Biographical Literature of the Prophet Muhammad

Assalamualaikum,

Dear my weblog readers,

In conjunction with the Maulid Al Rasul celebration this year, I am pleased to share with you, my brief article abour biographical literature of the Prophet Muhammad Sallallahualaihiwasallam . I strongly recommend all of us to have at least one or two books on the Prophet’s history and biography. We shall then story it to our children so as to educate them about the life of a greatest man on earth, Prophet Muhammad Sallallahualaihiwasallam (peace be upon him). Enjoy reading!!!!!

MENELUSURI LITERATUR SIRAH RASULULLAH SAW

Isu sambutan Maulidur Rasul seringkali menjadi topik perbincangan tatkala menjelangnya tarikh 12 Rabiul Awal setiap tahun. Berikutan itu, pelbagai pendapat dan pandangan dilontarkan oleh cendiakawan, agamawan termasuk ahli politik. Dalam kekalutan ini, penulis memilih pendekatan sederhana untuk bersama-sama Imam Jalaluddin Sayuti, Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan, Syeikh Yusuf Qaradawi dan fuqaha yang lain untuk mengharuskan sambutan Maulidur Rasul dengan syarat ianya tidak mencampur adukkan perkara yang dilarang oleh Islam.

Namun harus diingat, pada masa umat Islam beriya-beriya untuk menjayakan sambutan Maulidur Rasul, sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa masih ramai yang tidak mengenali Rasulullah SAW sama ada dari aspek pemikiran, peribadi, akhlak, pendekatan dan keseluruhan cara hidup baginda. Penulis mengambil kesempatan ini untuk berkongsi sedikit pengetahuan untuk membicarakan literatur mengenai Sirah Rasulullah SAW dengan harapan ianya akan dapat menjadi panduan dan rujukan selepas ini.

Merujuk kepada sejarah penulisan Sirah Rasulullah SAW, ianya telah pun dimulakan oleh para sahabat seperti Abu Rafi Mawla yang telah menulis tentang sifat solat dan ibadah baginda. Ini termasuk Sahl b. Abi Hathmah al-Madani al-‘Ansari dan ‘Abd Allah b. ‘Amru b. al-‘As b. Wa’il b. Hashim. Penulisan sirah Rasulullah SAW secara sistematik telah dimulakan oleh para Muhaddithun yang juga ahli sejarah seperti Sa`id b. al-Musayyib al-Makhzumi, ‘Urwah b. al-Zubayr b. al-‘Awwam and Abu Fadalah ‘Abd Allah b. Ka’b b. Malik al-Ansari.

Penulisan sirah Rasulullah SAW kemudiannya kian popular ketika zaman Muhammad b. Ishaq yang telah menulis kitab Kitab al-Mubtada’ wa al-Mab`ath wa al-Maghazi iaitu buku yang membincangkan secara terperinci kehidupan baginda bermula kelahiran hingga kewafatan. Ini diikuti oleh Muhammad b. ‘Umar al-Waqidi yang menulis Kitab Azwaj al-Nabiyy, Kitab al-Tarikh wa al-Maghazi wa al-Mab`ath and Kitab Wafat al- Nabiyy and Kitab al-Maghazi. Kitab Sirah yang menjadi rujukan utama hingga kini telah ditulis oleh ‘Abd al-Malik b. Hisham melalui karyanya yang masyhur iaitu Kitab al-Sirah al-Nabawiyyah.

Kitab-kitab sirah di atas walaubagaimanapun ditulis di dalam bahasa Arab dan mungkin ini menimbulkan kesulitan sesetengah pihak untuk memahami dan merujuk isi kandungannya. Ini sebenarnya tidak menjadi halangan bagi tujuan untuk memahami kehidupan Rasulullah SAW kerana terdapat banyak buku-buku kontemporari yang ditulis oleh sejarawan Islam mahupun dalam bentuk terjemahan. Sebagai contoh buku “Life of the Prophet Muhammad: Al-Sira Al-Nabawiyya” oleh Ibn Kathir dan juga “The Life of Muhammad: A Translation of Ibn Ishaq: Sirat Rasul Allah” telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris yang boleh dijadikan sebagai rujukan.

Selain daripada itu, buku-buku lain yang boleh dirujuk adalah seperti “Prophet Muhammad and His mission” oleh S. Athar Husain, “Muhammad, the messenger of Islam: His Life and Prophecy” oleh Hajjah Amina Adil, “Mohammed and the Rise of Islam” oleh D. S. Margoliouth, “The Great Prophet a Short Life of the Founder of Islam” oleh F. K. Khan Durrani, “The Messenger of God Muhammad: An Analysis of the Prophet’s life” oleh M. Fethullah Gulen, “Prophet Muhammad(s) and His Family: A Sociological Perspective” oleh Shamim Aleem, “The Prophet Muhammad: A Biography” oleh Barnaby Rogerson, “Muhammad: Prophet and Statesman” oleh William
Montgomery Watt, “Muhammad: Prophet for Our Time (Eminent Lives)” and “Muhammad: Western Attempt to Understand Islam” oleh Karen Armstrong, “The Sealed Nectar (Ar-Rah eq Al-Makhtum)” oleh S. al-Mubarakpuri, “Muhammad: His Life Based on the Earliest Sources” oleh Martin Lings, “Introducing Muhammad” oleh Ziauddin Sardar dan “Prophet Muhammad and His Miracles” oleh Bediuzzaman Said Nursi. Di
samping itu, terdapat juga koleksi rujukan dalam bentuk cakera padat seperti “The Life of the Last Prophet”, sebuah audio biografi oleh Yusuf Islam.

Kesemua koleksi sirah Rasulullah SAW di atas diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan faktor ini boleh menjadi penghalang sesetengah individu untuk memahami buku-buku tersebut. Sebenarnya terdapat buku-buku dalam bahasa melayu telah diterbitkan seperti “Biografi Muhammad bin Abdullah” oleh Zulkifli Mohd Yusoff dan Noor Naemah Abdul Rahman termasuk buku terjemahan seperti Fiqh al-Sirah oleh Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti, “Sejarah kehidupan Nabi Muhammad” oleh Muhammad Hussein Haykal dan “Sirah Nabi Muhammad SAW: Pengajaran dan Pedoman” oleh Mustafa as- Shibaie. Berdasarkan senarai rujukan tertera di atas, penulis menganjurkan agar setiap umat Islam untuk memiliki sekurang-kurangnya senaskhah sirah Rasulullah SAW sebagai koleksi peribadi.

Memahami dan meneladani Rasulullah SAW merupakan suatu kewajipan bagi semua umat Islam. Perkara ini tidak akan dapat dicapai melainkan melalui proses pencarian ilmu. Dalam aspek ini, sememangnya kita telah disajikan dengan pelbagai koleksi rujukan mengenai kehidupan Rasulullah SAW. Hanya tinggal kini ialah kemahuan, keazaman, keiltizaman diri untuk belajar memahami dan meneladani seterusnya mendidik jiwa dan rohani untuk mengasihi Rasulullah SAW.

Best Regards
ZULKIFLI HASAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s