New Rules of Court 2012 to replace Rules of the High Court 1980 and Subordinate Court Rules 1980

Siaran Akhbar: Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012

Available at: gwww.malaysianbar.org.my/notices_for_members/siaran_akhbar_kaedah_kaedah_mahkamah_2012.html

Pejabat Ketua Hakim Negara
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Istana Kehakiman
Putrajaya

Siaran Akhbar
Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012

Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Kaedah-Kaedah yang ditubuhkan di bawah seksyen 17 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan seksyen 3 Akta Kaedah Mahkamah Rendah 1955 yang terdiri daripada wakil Badan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam, Persatuan Peguam Sarawak, Persatuan Undang-Undang Sabah dan dipengerusikan oleh YAA Ketua Hakim Negara telah memperkenalkan Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (Rules of Court 2012) bagi menggantikan Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (Rules of the High Court 1980) dan juga Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980 (Subordinate Courts Rules 1980). Kaedah Mahkamah baru menggabungkan Kaedah-Kaedah yang terpakai bagi kes sivil di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah.

Tujuan Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 ini dibuat adalah untuk memudahkan dan menyeragamkan prosedur sivil di Mahkamah serta meningkatkan mutu penyampaian sistem keadilan di Malaysia. Diantara ciri-ciri baru yang dibuat ialah;

i) prosidur sivil di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah diseragamkan dan dipermudahkan.
ii) untuk pertama kalinya, teks sahih bagi kaedah-kaedah ini dibuat dalam Bahasa Malaysia.
iii) cara memulakan kes di Mahkamah telah dipermudahkan daripada 4 cara kepada hanya 2 cara iaitu melalui writ saman (writ of summons) atau saman pemula (originating summons) sahaja.
iv) permohonan interlokutori di kedua-dua Mahkamah diseragamkan dengan hanya menggunakan notis permohonan dan tidak lagi saman dalam kamar (summons in chambers)

Jawatankuasa Kaedah-kaedah dan Jawatankuasa kecil Kaedah-Kaedah yang ditubuhkan ini telah bersidang sebanyak 15 kali semenjak tahun 2009 bagi menyediakan dan memuktamadkan draf akhir Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Akhirnya, Kaedah-Kaedah Mahkamah tersebut telah diluluskan oleh kedua-dua Jawatankuasa Kaedah-Kaedah Mahkamah pada 26 Jun 2012 dan akan dikuatkuasakan mulai 1 Ogos 2012 .

Para pengamal undang-undang dan orang ramai boleh mendapatkan salinan Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 di laman web http://www.federalgazette.agc.gov.my, http://www.kehakiman.gov.my atau http://www.malaysianbar.org.my.

Disediakan oleh:
Che Wan Zaidi bin Che Wan Ibrahim
Pegawai Khas I kepada
YAA Ketua Hakim Negara

Regards
Zulkifli Hasan

With Professor Rodney Wilson, Durham University

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s