ANTARA BELANJAWAN NEGARA DAN BELANJAWAN ALTERNATIF

Antara Belanjawan Negara dan Belanjawan Alternatif 2012

ANTARA BELANJAWAN NEGARA DAN BELANJAWAN ALTERNATIF

Zulkifli Hasan

1.0 Pendahuluan

Belanjawan merupakan dokumen yang amat penting bagi merencana perbelanjaan dan perancangan Negara. Belanjawan yang dibentangkan baru-baru ini merupakan belanjawan ke 54 negara. Sehubungan dengan itu, setelah puluhan tahun belanjawan dibentangkan, kefahaman terhadap belanjawan juga merupakan perkara yang sepatutnya diberikan perhatian.

Secara umumnya belanjawan mengandungi dua aspek utama iaitu perbelanjaan (expenditure) dan hasil (revenues) negara. Perbelanjaan merujuk kepada perancangan dalam perlaksanaan dasar dan program negara dan ini termasuk pelaburan dan belanja mengurus dalam bentuk perkhidmatan ataupun bekalan. Manakala hasil negara diperlukan untuk menangggung segala perbelanjaan negara yang dijana melalui cukai, pengeluaran hasil minyak dan lain-lain. Belanjawan juga merupakan dokumen undang-undang yang penting dan memerlukan kelulusan Parlimen.

Belanjawan 2012 telah mencatatkan sejarah baru di Malaysia apabila rakyat disajikan dengan dua tawaran iaitu belanjawan kerajaan Barisan Nasional dan belanjawan alternatif Pakatan Rakyat. Ini merupakan satu perkembangan yang sangat baik di arena politik tanahair. Adalah lebih baik persaingan yang sihat begini menjadi budaya politik tanahair. Dengan adanya dua belanjawan ini, penulis ingin mengambil kesempatan untuk membuat analisis ringkas dan pemerhatian peribadi terhadap pendekatan dan kandungan kedua-dua belanjawan.

Analisis ini hanya berdasarkan isi kandungan dan perancangan yang terkandung dalam belanjawan Pakatan Rakyat dan Belanjawan Negara. Perlu diingatkan, analisis ini tidak membincangkan perbandingan prestasi atau potensi kebolehlaksanaan belanjawan kerana adalah tidak adil sekiranya perbincangan dibuat dalam aspek ini. Ketiadaan fakta dan data akibat tidak pernah bertukar kerajaan pemerintah untuk dijadikan analisis perbandingan dari aspek perlaksanaan belanjawan merupakan faktor yang menghalang analisis sedemikian dibuat. Ketiadaan fakta untuk dibuat perbandingan terhadap keberkesanan belanjawan dan perlaksanaannya menjadi satu halangan yang agak signifikan bagi maksud penyediaan analisa yang lebih jelas dan adil. Dengan itu, artikel ringkas ini hanya akan membuat perbandingan belanjawan dari aspek isi kandungannya. Berguna juga untuk diingatkan bahawa perbincangan di dalam artikel ini adalah bersifat umum dan tidak meneliti secara terperinci setiap perkara yang terkandung dalam kedua-dua belanjawan.

2.0Pemerhatian Ringkas Belanjawan Negara dan Belanjawan Alternatif

2.1Pendekatan Belanjawan

Belanjawan Alternatif meletakkan “Kesejahteraan Untuk Semua” sebagai tema belanjawan 2012 yang menyediakan peruntukan sebanyak RM220 bilion dengan matlamat untuk kurangkan defisit 4.4 peratus. Manakala belanjawan Negara memperuntukkan RM232.8 bilion dengan bertemakan ‘Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara”. Ini bermakna Belanjawan Negara memperuntukkan RM12.8 bilion lebih berbanding Belanjawan Alternatif iaitu peningkatan yang agak ketara sekiranya dirujuk kepada peruntukan Belanjawan 2011 iaitu kira-kira 9.4 peratus peningkatan perbelanjaan dan defisit 4.7 peratus. Defisit ini merupakan antara yang tertinggi dalam belanjawan negara.

Antara persoalan menarik untuk diketengahkan juga mengenai belanjawan Negara ialah sasaran peningkatan ekonomi (economic growth) 5-6 peratus yang dianggap agak mengaburkan. Ini berfaktorkan kepada jangkaan peningkatan ekonomi dunia adalah negatif atau maksima 3 peratus sahaja. Hanya dengan peningkatan tahap tertinggi ekonomi negara atau dalam erti kata lain sedikit keajaiban boleh mencapai sasaran 5-6 peratus yang dianggap kurang realistik. Ini ditambah pula dengan hutang negara yang kini mencecah lebih kurang RM455 bilion.

Buat pertama kalinya, terdapat persamaan dari aspek pendekatan memulakan belanjawan. Kedua-dua belanjawan dimulakan dengan petikan ayat al Quran. Malahan Belanjawan Alternatif menyelitkan petikan yang terkandung di dalam karya agung Ibnu Khaldun, Al Muqaddimah. Pendekatan ini membuktikan bahawa Islam adalah menjadi antara faktor yang diambil perhatian dalam merangka belanjawan kali ini. Ini juga menunjukkan bahawa Islam juga merupakan faktor penting sokongan rakyat. Dalam yang demikian, sedikit kekesalan kerana kedua-dua belanjawan tidak menyediakan apa-apa peruntukan khas bagi mana-mana institusi agama termasuk JAKIM atau badan bukan kerajaan untuk meningkatkan syiar Islam di Malaysia.

Dari aspek yang lain, Belanjawan Alternatif dirangka dengan bersandarkan kepada kegagalan atau kelemahan tadbir urus kerajaan. Belanjawan Alternatif menyertakan fakta dan data kelemahan kerajaan dan seterusnya menawarkan program khusus bagi menangani perkara ini dengan berkomitmenkan Buku Jingga yang dilancarkan sebelum itu. Bertentangan dengan pendekatan Pakatan Rakyat, Belanjawan Negara tidak menyebut secara khusus kelemahan mahupun kegagalan program kerajaan. Belanjawan Negara secara jelas hanya melaporkan pencapaian kerajaan dan kesemuanya bersifat positif. Dalam erti kata lain, pendekatan Pakatan Rakyat adalah berdasarkan kepada analisa dari aspek kelemahan kerajaan manakala Belanjawan Negara bersandarkan kepada kesinambungan dari program yang telah dilaksanakan sebelumnya.

2.2Kerangka Belanjawan

Mahu tidak mahu, tidak dapat dinafikan bahawa Belanjawan Negara adalah bersifat lebih komprehensif berbanding Belanjawan Alternatif. Ianya dirangka dengan mengambil kira program kerajaan terdahulu dan sedang dilaksanakan seperti Model Baru Ekonomi dan lain-lain. Perancangan juga adalah terfokus kepada hampir kesemua aspek pelaburan, pembangunan modal insan dan luar bandar, perkhidmatan awam, mengawal inflasi dan kebajikan rakyat. Dalam keghairahan untuk mencapai semua ini,peruntukan untuk membasmi masalah sosial yang semakin membarah tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.

Walaupun Belanjawan Alternatif tidak sekomprehensif Belanjawan Negara, kredit juga patut diberikan kepada Pakatan Rakyat kerana sangat memberikan penekanan kepada kebajikan rakyat dan juga perhatian kepada menambah nilai perbelanjaan negara. Bahkan berbanding Belanjawan Alternatif, Belanjawan Negara tidak membicarakan secara khusus aspek reformasi politik. Pakatan Rakyat secara serius menjadikan agenda reformasi politik sebagai salah satu fokus utama dalam belanjawan mereka.

2.3Kebajikan Rakyat

Kedua-dua belanjawan dianggap belanjawan yang mesra rakyat. Cuma pendekatan dan program yang dirancang berbeza. Umpamanya program subsidi, elaun dan pelbagai insentif demi kesejahteraan rakyat. Kedua-dua belanjawan juga memfokuskan hampir segenap lapisan rakyat hatta hingga suri rumah, orang kurang upaya dan warga emas juga mendapat perhatian. Dalam hal ini secara tidak langsung ianya menunjukkan persaingan politik yang sihat akan memberikan rahmat yang lebih kepada rakyat.

Bermanfaat juga untuk dinyatakan bahawa salah satu aspek yang tidak dibincangkan oleh Pakatan Rakyat ialah pembangunan Sukan dan Wanita serta inisiatif pemeliharaan alam sekitar. Belanjawan Negara memperuntukkan sejumlah peruntukan yang agak besar bagi program pembangunan Wanita dan Sukan serta program pemeliharaan alam sekitar di mana aspek ini tiada dalam Belanjawan Alternatif. Walaupun begitu, di samping Belanjawan Negara menawarkan pelbagai inisiatif dan insentif untuk rakyat umum, ianya tidak menyatakan apa-apa perancangan untuk menghapuskan subsidi korporat yang dianggap membebankan negara sebagaimana yang terkandung dalam Belanjawan Alternatif. Hingga kini beban subsidi korporat merupakan antara kos yang sangat tinggi terpaksa ditanggung kerajaan.

2.4Perkhidmatan Awam

Bagi memenangi hati rakyat Belanjawan Alternatif secara keseluruhannya memfokuskan kepada kebajikan rakyat dan ini termasuk perkhidmatan awam. Perancangan untuk menaikkan gaji kakitangan awam dan pelan gaji minima merupakan salah satu perkara utama dalam Belanjawan Alternatif. Belanjawan Negara juga mengambil perhatian aspek ini dengan insentif kenaikan dan skim yang lebih menarik.

Dari aspek ini, setiap inisiatif untuk menaikkan gaji perkhidmatan awam dan insentif lain harus juga diberikan perhatian sewajarnya. Dalam mengejar sokongan rakyat, implikasinya juga perlu difahami. Inflasi dan kenaikan harga barang bakal ditempuhi sekiranya inisiatif perkhidmatan awam ini tidak dikaji sepenuhnya. Umpamanya, di Greece yang dikenali sebelum ini sebagai kerajaan mesra perkhidmatan awam dengan pelbagai imbuhan dan insentif akhirnya kini terpaksa memberhentikan lebih kurang 30,000 kakitangan awamnya dan memotong hampir 40% pendapatan kakitanga awam yang lain. Pendekatan Belanjawan Negara yang mengambil kira faktor ini perlu difahami oleh setiap rakyat terutamanya kakitangan awam.

2.5 Penambahbaikan Tadbir Urus

Dalam usaha meningkatkan keberkesanan pentadbiran kerajaan, Belanjawan Negara merancang melaksanakan program Penambahbaikan Kewangan Sektor Awam dengan memberi penekanan pada sistem informasi teknologi. Pakatan Rakyat juga mempunyai perancangan penambahbaikan tadbir urus kerajaan dengan mengambil kira pendekatan pro-aktif program peningkatan perkhidmatan awam dan juga langkah pengurangan kos kerajaan.

Berbanding Belanjawan Alternatif, Belanjawan Negara tidak menyebut secara jelas perancangan untuk mengurangkan kos kerajaan. Malahan di kala keperluan penjimatan dan tiada kenaikan yang signifikan gaji kakitangan awam, sesuatu perkara yang agak sukar diterima ialah kenaikan elaun wakil rakyat dan ahli parlimen. Sepatutnya dalam keadaan ekonomi yang sebegini keutamaan harus diberikan pada perkara yang lebih aula seperti bantuan sekolah agama rakyat dan sebagainya. Dari aspek ini Belanjawan Alternatif telah merangka penjimatan kerajaan antaranya melalui melalui pemotongan belanjawan Perdana Menteri dan pemberhentian serta-merta kecenderongan menggunapakai tenaga perunding dalam proses keputusan kerajaan. Hal ini sepatutnya menjadi antara fokus utama Belanjawan Negara kerana jelas telah dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara tentang ketirisan pentadbiran Negara yang menelan kerugian berbilion ringgit. Di antara perkara yang perlu juga diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak kerajaan ialah usaha pemerkasaan institusi pembanteras rasuah negara. Sewajarnya peruntukan yang setimpal sebagaimana bakal dinikmati anggota PDRM dan angkatan tentera diberikan kepada pihak SPRM bagi memastikan gejala rasuah dapat dibanteras semaksimanya.

2.6Keluhuran Undang-undang

Belanjawan Negara ada memperuntukkan sejumlah wang untuk tujuan pemberian hak undang-undang kepada rakyat antaranya melalui penubuhan Yayasan Bantuan Guaman. Walaupun tiada janji khusus untuk memansuhkan undang-undang yang dianggap lapuk dan tidak relevan dalam Belanjawan Negara, perisytiharan pemansuhan beberapa akta seumpamanya boleh dijadikan sebagai bukti komitmen kerajaan dalam hal ini. Menyentuh aspek ini, Belanjawan Alternatif secara jelas menyatakan komitmen Pakatan Rakyat untuk memansuhkan semua peruntukan undang-undang yang bertentangan dengan amalan demokratik. Ini merupakan antara aspirasi utama Buku Jingga yang menjamin amalan demokrasi yang lebih luhur dan terbuka.

2.7Sistem Ekonomi Islam

Belanjawan Alternatif tidak menyentuh inisiatif untuk memperkukuhkan sistem kewangan Islam sebagai salah satu cabang ekonomi Islam. Malahan tiada spesifik inisiatif dalam sektor ini dinyatakan dalam Belanjawan Alternatif sedangkan hingga hari ini Malaysia merupakan peneraju industri kewangan Islam dari segenap aspek. Seiring dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, kerajaan yang memerintah seharusnya menjadikan sistem ekonomi Islam sebagai malamat dan kerangka dalam membangunkan Negara. Berbanding Belanjawan Alternatif, Belanjawan Negara memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi maksud ini dengan memperuntukkan insentif cukai yang menarik serta rangsangan ekonomi untuk menjana pertumbuhan yang lebih baik. Dalam hal ini, Belanjawan Negara dengan jelas mendahului Belanjawan Alternatif.

3.0Kesimpulan

Keupayaan Pakatan Rakyat merangka perbelanjaan menunjukkan potensi parti pembangkang bersaing dengan kerajaan Barisan Nasional. Lebih-lebih lagi dengan faktor kekurangan sumber manusia tanpa bantuan jentera kerajaan mahupun khidmat perunding tempatan ataupun antarabangsa membuktikan kualiti dan keupayaan parti pembangkang. Hal ini sepatutnya tidak menjadi kegusaran kepada kerajaan pemerintah, malahan sepatutnya diterima secara positif. Umpamanya, Belanjawan Alternatif yang menyenaraikan setiap kelemahan perlaksanaan dan tadbir urus Negara seharusnya dimanipulasikan oleh kerajaan Barisan Nasional bagi tujuan penambahbaikan dan peningkatan keberkesanan pentadbiran kerajaan.

Secara umumnya, kedua-dua belanjawan mempunyai kekurangan dan kelebihan. Namun tidak dinafikan Belanjawan Negara adalah bersifat lebih komprehensif berbanding Belanjawan Alternatif. Ini bukanlah suatu perkara yang memeranjatkan, memandangkan Belanjawan Negara kali ini adalah Belanjawan ke-54 yang dibentangkan oleh kerajaan Barisan Nasional. Malahan ianya dirangka dan digubal dengan menggunakan setiap jentera kerajaan dari semua kementerian berserta khidmat perunding. Atas faktor ini, sudah pasti Belanjawan Negara bersifat menyeluruh, komprehensif dan lebih lengkap jika dibandingkan dengan Belanjawan Alternatif.

Walaupun Belanjawan Alternatif dianggap tidak sekomprehensif Belanjawan Negara, ada beberapa aspek yang terkandung dalamnya mendahului perancangan kerajaan Barisan Nasional. Bahkan Belanjawan Alternatif juga melaporkan fakta dan data kelemahan serta kecacatan perlaksanaan program Belanjawan Negara terdahulu. Setiap fakta ini secara jelas memperlihatkan beberapa aspek kegagalan dan ketidakberkesanan program kerajaan. Sekiranya tiada laporan sebegini yang terkandung dalam Belanjawan Alternatif di mana ianya secara jelas tidak dinyatakan dalam Belanjawan Negara, sudah pasti ramai rakyat tidak mengetahui pencapaian dan kedudukan sebenar perlaksanaan Belanjawan Negara terdahulu. Inisiatif Belanjawan Alternatif ini walaupun ada kekurangan, merupakan satu usaha yang baik ke arah mewujudkan persaingan politik yang sihat di antara kerajaan dan pembangkang.

Berdasarkan kepada pemerhatian ringkas di atas, melalui Belanjawan Alternatif dan Belanjawan Negara, dapatlah disimpulkan bahawa Malaysia kini sudah mencapai satu tahap politik yang berdaya saing. Persaingan dari sudut memenangi hati rakyat melalui penawaran program Negara di dalam belanjawan merupakan satu usaha yang sangat dialu-alukan. Sememangnya tidak dapat dinafikan, peranan pembangkang yang aktif dari sudut polisi, dasar, idea, program dan perancangan untuk rakyat akan dapat memperkuatkan serta memperkukuhkan kerajaan sedia ada. Perkara ini seharusnya tidak menjadi satu permasalahan besar kepada kerajaan malahan ia sepatutnya diterjemahkan sebagai peluang untuk meningkatkan keberkesanan pentadbiran dan menjadi pemangkin kepercayaan rakyat.

Regards
ZULKIFLI HASAN

P1150849
Masjid Nabawi, Madinah Al Munawwarah

Advertisements

Tunisia’s Islamists seem to have learnt from their Egyptian peers’ debacle

Keep that new democracy afloat

Tunisia’s Islamists seem to have learnt from their Egyptian peers’ debacle

Oct 12th 2013 | TUNIS |From the print edition

Available at: http://www.economist.com/node/21587843

SINCE their back-to-back revolutions in January 2011, Tunisia and Egypt have wobbled along oddly parallel trial-and-error paths. Yet even as Egypt has blundered serially into violence and seen democracy fail, Tunisia’s trials have been largely peaceful and its democracy is still alive. Its politicians have chosen compromise over conflict, avoiding the brittle polarisation between Islamists and their critics that now so dangerously embitters Egypt.

The latest Tunisian compromise was sealed in principle on October 5th when Nahda, the Islamist party that is Tunisia’s strongest and has led a three-party coalition government for nearly two years, agreed to step down to make way for a temporary, technocrat-led administration. The details have yet to be fixed, but they include a three-week period of all-party talks leading to the formation of a caretaker cabinet, the finalising of Tunisia’s long-delayed new constitution, the revision of an electoral commission, and the holding of presidential and then parliamentary elections expected early next year.

Those are big hurdles, and it is not yet clear if all the many parties represented in parliament, including the opposition, are fully on board. But endorsement of the deal by Nahda, which holds 90 of the 217 seats in the interim constituent assembly elected in October 2011, raises hopes that two months of stalemate will end.

It all began with the murder, on July 25th, of Muhammad Brahmi, a left-wing member of the constituent assembly. Secular opponents of Nahda used this to heap pressure on the party, just as they had done after a strikingly similar assassination in February of another leftist politician. They said Nahda’s failure to take stronger actions against Islamist radicals had allowed extremism to spread unchecked. More than 50 assembly members temporarily withdrew in protest at Mr Brahmi’s death, including leftists, centrists in the Republican party and a handful of assembly members who had joined a rising new force, Nida Tounes (“Tunisian Call”), that has links to the pre-revolutionary regime of Zine el-Abidine Ben Ali.

Rallies demanding the government’s immediate resignation drew large crowds in August, along with calls for a mass-protest campaign to toss Nahda out of power, echoing what happened to the Islamists in Egypt. The movement tapped into frustration, expressed even by dismayed Nahda supporters, over its failure to redress economic and social ills. But momentum drained as most people showed little inclination to see at home horrific headlines like those coming out of Egypt.

A gruelling period of brinkmanship ensued. Nahda’s leaders were clearly loth to be bounced out by parties that had always found its 2011 election win unpalatable. Yet unlike Egypt’s Muslim Brothers, they shied away from full confrontation. Quietly changing tack, they stopped vilifying their most vociferous opponents as “counter-revolutionaries”. Only last year Nahda’s éminence grise, Rached Ghannouchi, dismissed Nida Tounes as a front for covering up the crimes and corruption of Mr Ben Ali’s dictatorship. But in recent weeks he has sought a rapprochement with its leader, Beji Caid Sebsi, a stalwart of the country’s first post-independence regime, who led an interim government after Mr Ben Ali’s fall.

Unlike Egypt, Tunisia’s modest-sized armed forces showed no inclination to intervene. Stronger than Egypt’s, Tunisia’s civil-society organs stepped into the breach instead. A group representing the powerful trade-union federation, the main employers’ union, the law association and human-rights groups shuttled between the jousting politicians. Faced with a prolonged paralysis in government for which it would have paid a big electoral price, Nahda backed down. Not only did it accede to the draft road map; it has signalled that it is prepared to give further ground over remaining articles in the constitution that its opponents regard as problematic, including one that refers to Islam as the religion of the state.

The Islamists are still trying to hedge their bets. In practice, they say, the Nahda-led government will cede power only once the constituent assembly has finalised a new constitution, and a new electoral commission is in place. Some of its opponents see this as infuriating sophistry or worse. Others are more understanding. Nahda needs to placate its most obdurate rank and file, whose dream of Islamising Tunisia chafes against the public’s longing for more tangible gains, but nevertheless allow the political process to go forward. It also wants a smooth transition rather than a disruptively abrupt one. Not for the first time, Egyptians are gazing at their distant neighbour with envy.

Regards
Zulkifli Hasan

Islamic finance laws reviewed

Islamic finance laws reviewed

Available at: http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2013/10/08/Islamic-finance-laws-reviewed.aspx

KUALA LUMPUR: The Law Harmonisation Committee Report 2013 released yesterday documents the current phase of the committee’s initiatives since its inception in 2010.

The high-level committee has been set up to review, harmonise and further strengthen the legal infrastructure to facilitate the conduct of Islamic finance in a bid to reinforce Malaysia’s leadership role in building and maintaining a solid foundation for the development of Islamic finance.

The committee has a mandate to recommend legal reforms that will advance the development of Islamic finance and achieve greater certainty and enforceability of Islamic finance contracts domestically.

A total of nine issues concerning 17 laws were reviewed, it said in a press release. And after extensive consultation and research, recommended amendments were made on four issues, which have been escalated to the relevant Government ministries, departments and agencies.

The first recommendation is to introduce provisions in court rules on the imposition of late payment charges on judgement debts in Islamic financial cases as permitted by the Syariah Advisory Councils of Bank Negara and the Securities Commission.

Further, allowing better access to financing, particularly Islamic financing, for consumers where it involves the charging of reserve lands through recommended amendments to reserve land legislations at all states has also been recommended. Next, the committee will look into facilitating Islamic financing involving landed property through the recognition of Islamic finance in the National Land Code 1965.

And finally, it recommends facilitating the introduction and usage of innovative and more globally accepted Syariah-compliant product structures for the Islamic money market through appropriate modifications in the Companies Act 1965 that would enable a more efficient conduct of collateralised commodity murabahah transactions.

The first recommendation has been fully implemented, while the remaining are in the process of being implemented.

The committee is headed by the former chief justice Tun Abdul Hamid Mohamad.

Regards
Zulkifli Hasan
award blog
With the winners of best educational blog for IPTA and IPTS in Putrajaya.

MEMAHAMI ISU ISLAMOFOBIA: ANTARA PERSEPSI DAN REALITI

MEMAHAMI ISU ISLAMOFOBIA: ANTARA PERSEPSI DAN REALITI

Zulkifli Hasan

Abstrak

Beberapa insiden keganasan yang berlaku di dunia seringkali dikaitkan dengan umat Islam biarpun pada hakikatnya ianya dilakukan juga oleh penganut agama yang lain. Kejadian pembunuhan lebih 120 orang di Paris, peristiwa 11 September 2001 yang telah mengorbankan kira-kira 2996 nyawa diikuti oleh pengeboman di Madrid pada 11 Mac 2004 melibatkan kematian 191 orang dan pengeboman di London pada 7 julai 2005 yang meragut 52 nyawa oleh pengganas yang disyaki Muslim telah memburukkan lagi imej Islam di mata masyarakat dunia. Seiring dengan perkembangan negatif ini, istilah Islamofobia telah menjadi popular dalam memberikan gambaran tentang persepsi masyarakat terhadap umat Islam dan Islam itu sendiri. Ini juga dibuktikan dengan penerbitan beberapa filem berunsur Islamofobia seperti filem “Innocence of Muslim’ arahan Sam Becille yang secara jelas menghina Islam dan Rasulullah SAW serta menunjukkan salahfahaman terhadap Islam itu sendiri. Fenomena Islamofobia semakin hari semakin popular dan memberikan implikasi pelbagai kepada kehidupan umat Islam sehinggakan Pertubuhan Negara-negara Islam telah menubuhkan “OIC Islamofobia Observatory” bagi memantau perkembangan isu ini dan juga mengambil inisiatif usaha-usaha ke arah membetulkan persepsi negatif terhadap Islam. Walaupun istilah Islamofobia ini hanya digunakan secara meluas oleh media dan ahli akademik di sekitar 1990an, namun pada hakikatnya fenomena Islamofobia telah pun berlaku sejak permulaan pengembangan Islam di Makkah dalam bentuk yang berbeza. Di Malaysia, Islamofobia juga terus berlaku di mana insiden-insiden yang melibatkan sensitiviti agama antara menjadi halangan bagi mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat yang pluralistik. Sehubungan dengan topik Islamofobia yang terus berlaku dan dibincangkan, artikel ini akan mengupas dan cuba memberikan kefahaman terhadap beberapa isu, aspek, konsep, manifestasi, implikasi, bentuk, faktor-faktor Islamofobia termasuk menggariskan beberapa langkah yang boleh diusahakan dalam membetulkan persepsi masyarakat terhadap Islam.

Kata Kunci: Islamofobia, realiti, konsep, perspektif dan Islam

1.0 Pendahuluan

Mahu tidak mahu, sememangnya tidak dapat dinafikan peristiwa keruntuhan menara Pusat Perdagangan Dunia di New York pada 11 September 2001 telah menjadi pencetus utama kepada fenomena Islamofobia. Kejadian pembunuhan yang melibatkan lebih 120 orang mati di Paris baru-baru ini memburukkan lagi keadaan Islamofobia masyarakat antarabangsa kepada Islam. Peristiwa ini telah memberikan kesempatan yang meluas kepada ramai pihak terutamanya musuh Islam untuk terus memberikan gambaran buruk terhadap Islam. Bahkan telah terdapat gerakan secara teratur dan dibiayai sepenuhnya oleh pihak tertentu untuk mempromosi dan menyebarkan propaganda mengenai Islamofobia kepada masyarakat dunia.

Ironinya, walaupun terdapat banyak lagi gerakan yang mempelopori keganasan seperti Liberation Tigers of Tamil Elam di Sri Lanka, gerakan Khalistani di India, Pemberontak Ireland Utara, ‘Basque separatists’ di Sepanyol, Zionis Israel dan Ku Klux Clan di Amerika, kumpulan-kumpulan ini tidak pula dianggap sebagai mewakili agama mereka dan tiada istilah Kristianofobia atau Hindufobia atau Judaismofobia dikaitkan dengan mereka. Ini membuktikan bahawa fenomena Islamofobia yang berlaku di dunia ini bukanlah sangat disebabkan oleh jenayah keganasan umat Islam sahaja tetapi ianya juga berkaitan dengan faktor-faktor lain yang perlu diberikan perhatian secara serius oleh umat Islam.

Seiring dengan perkembangan Islamofobia ini, penulis merasakan bahawa kefahaman dan kesedaran yang secukupnya perlu diberikan kepada masyarakat umum mengenai isu ini. Maklumat dan informasi yang betul berdasarkan fakta dan bukti-bukti sahih mengenai Islamofobia akan dapat memberikan kefahaman yang sebaiknya dan seterusnya sedikit sebanyak akan membetulkan salah tanggapan ramai terhadap Islam. Sehubungan dengan itu, artikel ini akan secara khusus membicarakan tajuk Islamofobia dengan membincangkan isu-isu berkaitan, konsep, manifestasi, implikasi, bentuk, faktor-faktor Islamofobia termasuk menggariskan beberapa strategi yang boleh diusahakan dalam membetulkan persepsi masyarakat terhadap Islam.

2.0 Memahami Konsep Islamofobia

Memahami konsep Islamofobia adalah perkara yang amat penting sebelum kita dapat membicarakan dengan lebih lanjut aspek lain yang berkaitan dengannya. Bahagian dua artikel ini akan membincangkan konsep Islamofobia secara umum dari sudut pentakrifan, bentuk dan manifestasi. Penjelasan terhadap ketiga-tiga aspek ini akan dapat memberikan kefahaman yang sewajarnya mengenai konsep Islamofobia secara umum.

2.1 Definisi

Sekiranya dirujuk dan diperhatikan di dalam media massa dan saluran yang lain, istilah lain yang hampir sama dengan Islamofobia juga digunakan bagi merujuk kepada fenomena kebimbangan atau fobia kepada Islam. Istilah seperti ‘Muslim radicalization’, ‘anti-Muslim hate crime’, ‘anti-Islamic phenomena’, ‘xenophobia’ dan ‘religiously based hate crimes’ juga sering kali digunakan. Namun, Islamofobia masih menjadi istilah yang lebih popular dan ianya kini diterimapakai secara meluas di akhbar, majalah, media elektronik dan lain-lain saluran.

Berdasarkan sorotan literatur, istilah Islamofobia ini telah mula digunakan di Perancis oleh Etienne Dinet dan Slima Ben Ibrahim pada 1925 di dalam bukunya “Acces De Delire Islamophobe”. Istilah Islamofobia ini walaubagaimanapun tidak popular dan ianya juga sama sekali tidak menjadi isu pada waktu itu. Di Amerika, Islamofobia ini sebenarnya telah mula digunakan pada 1991 melalui satu artikel di dalam majalah ‘Insight’, namun masyarakat tidak ambil kisah dan tidak memberikan apa-apa reaksi terhadap fenomena Islamofobia ini. Akhirnya istilah Islamofobia ini semakin popular dan mencapai kemuncak penggunaannya selepas 11 September 2001 diikuti dengan pengeboman di Madrid pada 11 Mac 2004 dan pengeboman di London pada 7 Julai 2005.

Secara umumnya Islamofobia ini merujuk kepada rasa fobia atau kebimbangan terhadap Islam sama ada pada penganutnya, ajarannya, budayanya dan apa sahaja yang berkaitan dengan Islam. Menurut Pelapor Khas PBB, Islamofobia bermakna “suatu permusuhan dan ketakutan tidak berasas terhadap Islam dan akibat ketakutan atau kebencian pada orang Islam atau majoriti daripada mereka”. Pentakrifan yang hampir sama diberikan oleh Laporan ‘Commission on British Muslims and Islamofobia’ yang menyatakan bahawa ianya merujuk kepada “dread or hatred of Islam and, therefore, to fear or dislike all or most Muslims”atau “irrational fear of Islam or anti-Muslim racism and continuation of anti-Asian and anti-Arab racism”. Melalui pentakrifan ini, dapatlah disimpulkan bahawa Islamofobia ini merujuk kepada persepsi negatif terhadap Islam dalam bentuk diskriminasi pelbagai yang dimotivasikan oleh ketakutan dan kebimbangan terhadap Islam atau umat Islam.

Persepsi negatif yang terbina akibat fobia terhadap Islam ini dapat dilihat dalam pelbagai aspek dan ini merangkumi pandangan serong terhadap undang-undang, nilai-nilai dan budaya yang dibawa oleh Islam. Persepsi negatif yang terbentuk ini disahkan dengan Laporan yang dibuat oleh Runnymede di London bertajuk ‘Islamofobia: A Challenge for Us’ All yang secara khusus menyatakan bahawa “Islam is perceived as a monolithic block, static and unresponsive to change; it is viewed as separate and “other”; it does not have values in common with other cultures, is not affected by them and does not influence them. Islam is seen as inferior to the West; it is considered barbaric, irrational, primitive and sexist; Islam is seen as violent, aggressive, threatening, and supportive of terrorism and engaged in a “clash of civilizations.” Rumusan yang dibuat Runnymede ini mengesahkan bahawa Islam telah disalahfahami secara serius oleh ramai pihak terutamanya masyarakat bukan Islam di barat. Sehubungan dengan itu, persepsi yang salah ini perlu diperbetulkan segera bagi memastikan Islam yang menjadi rahmat sekalian alam ini difahami atau tidak disalahtanggapi. Sesungguhnya, tanggungjawab ini mestilah dipikul oleh setiap individu Muslim termasuk institusi-institusi, badan-badan dan pertubuhan Islam.

2.2 Bentuk Islamofobia

Akibat daripada persepsi negatif terhadap Islam, diikuti dengan rasa kebimbangan atau ketakutan yang tidak berasas, Islamofobia ini telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bentuk diskriminasi dan ketidakadilan. Dalam hal ini, Islamofobia boleh dibahagikan kepada beberapa bentuk. Penulis mengklasifikasi Islamofobia ini kepada beberapa kategori iaitu ‘institutional Islamophobia’ dan ‘non-Institutional Islamophobia’, ‘Islamophobia of the State’, ‘dominant Islamophobia’ dan ‘non-dominant Islamophobia’ dan ‘unconscious Islamophobia’.

‘Institutional Islamophobia’ merujuk kepada organisasi atau mana-mana pertubuhan yang mendiskriminasi berdasarkan identiti agama. ‘Non-Institutional Islamophobia’ berlaku apabila ianya melibatkan Islamofobia oleh individu. Islamofobia diperingkat institusi seperti organisasi tertentu, syarikat dan badan korporat lebih memberikan implikasi berbanding individu. Islamofobia di peringkat institusi ini kebiasaannya melibatkan diskriminasi sama ada dalam bentuk penafian peluang pekerjaan, kenaikan pangkat, hak-hak beragama sewaktu bekerja dan sebagainya.

‘Islamophobia of the State’ atau Islamofobia yang melibatkan polisi negara adalah sesuatu yang perlu dibendung. Melalui Islamofobia ini, amalan sistematik yang mendiskriminasi berdasarkan identiti agama boleh berlaku terutamanya di jabatan atau kementerian sesebuah kerajaan. Akibatnya Muslim atau institusi dimiliki Muslim yang berhubung atau mempunyai apa-apa perhubungan dengan kerajaan sebegini akan mengalami pelbagai masalah dan memberikan pelbagai implikasi negatif.

“Dominant Islamophobia” merujuk kepada Islamofobia yang berlaku di negara majoriti bukan Islam dan ’non-dominant Islamophobia” apabila ianya berlaku di negara majoriti Muslim. Islamofobia yang berlaku di negara majority Muslim adalah berbeza dengan negara yang penduduk Muslimnya adalah minoriti. “Dominant Islamophobia’ adalah lebih membimbangkan kerana Muslim minoriti ini akan lebih berpotensi untuk didiskriminasi dan dilayan dengan tidak adil.

“Unconscious Islamophobia” pula bermaksud Islamofobia yang berlaku secara tidak disedari. Ini kerap berlaku dikalangan bukan Islam dan ianya boleh juga terjadi kepada Muslim itu sendiri. Kenyataan yang menghina dan mempertikaikan undang-undang Islam dan hak-hak asasi manusia dalam Islam oleh golongan tertentu misalnya boleh dianggap sebagai fenomena Islamofobia yang tidak disedari.

Bentuk-bentuk Islamofobia di atas menunjukkan bahawa fenomena Islamofobia ini memberikan kesan kepada persepsi masyarakat dan ianya boleh berlaku dalam bentuk ekspresi individu dan juga institusi termasuk melalui dasar dan polisi sebuah Negara. Setelah mengenalpasti bentuk Islamofobia ini, maka segala strategi untuk mengatasi perkara ini hendaklah juga berdasarkan klasifikasi atau pembahagian ini. Ini bagi memastikan sebarang usaha ke arah membetulkan persepsi masyarakat dalam isu Islamofobia ini dapat dilakukan secara berkesan.

2.3 Manifestasi Islamofobia

Manifestasi Islamofobia merujuk kepada situasi di mana persepsi negatif atau kebimbangan atau kebencian kepada Islam itu dizahirkan dalam bentuk ekspresi intelektual seperti penulisan karya ilmiah atau perbuatan yang merangkumi keganasan, protes dan gerakan Islamofobia itu sendiri. Penulis akan membincangkan kategori manifestasi Islamofobia ini kepada lima bahagian iaitu:-

2.3.1 Media

Peranan media dalam membentuk pendapat umum sememangnya tidak dapat dinafikan. Media yang pro-barat dan sentiasa mengambil peluang untuk memberikan imej yang buruk kepada Islam sudah pasti akan terus menyebarkan berita-berita yang menggambarkan kenegatifan Islam. Misalnya penerbitan filem ‘Fitna’ oleh ahli politik Belanda bernama Geert Wilders yang kemudiannya disiarkan secara berleluasa menyebabkan masyarakat umum mempunyai pandangan yang amat negatif terhadap Islam khususnya al-Quran. Ini diikuti dengan liputan yang sangat berat sebelah mengenai kes pembunuhan Marwa al-Sherbini di Dresden, Jerman pada 1 Julai 2009 yang bermotifkan benci dan salah faham terhadap Islam. Media juga menghangatkan lagi isu kontroversi seperti pembinaan masjid di ’Ground Zero’, ’Tea Party Movement’ dan gerakan pengharaman Shari’ah yang menanamkan kebencian terhadap muslim di Amerika.

2.3.2 Intelektual

Tren politik dan ideologi semasa kuat dipengaruhi oleh legitimasi intelektual dan saintifik terhadap elemen perkauman, ’xenophobia’ dan sikap tidak bertoleransi. Tren ini jelas kelihatan dalam sejumlah buku yang diterbitkan oleh beberapa penulis dengan tujuan untuk memanfaatkan peluang dalam meningkatkan gejala Islamofobia dan mengubah imej Islam kepada yang lebih negatif. Antara karya yang cuba untuk memberikan gambaran negatif terhadap Islam dan seterusnya menyuburkan Islamofobia ialah ‘Legacy of Jihad’, ‘While Europe Slept: How Radical Islam is Destroying the West from Within’ dan ‘Muslim Mafia: Inside the Secret Underworld That’s Conspiring to Islamize America’. Bukan itu sahaja, ucapan kontroversi Pope Benedict XVI yang menghina Nabi Muhammad dan mempertikaikan al Quran merupakan salah satu manifestasi intelektual dalam konteks Islamofobia.

2.3.3 Politik dan Perundangan

Persepsi kebencian dan kebimbangan terhadap Islam ini juga dizahirkan dalam politik dan perundangan. Umpamanya di Switzerland, akibat dari kempen anti Islam yang dipelopori oleh Daniel Streich, undang-undang telah dipinda bagi mengharamkan pembinaan menara-menara masjid. Walaupun ianya melanggar hak asasi umat Islam di Switzerland, bahkan dikecam oleh pelbagai kerajaan, badan bukan kerajaan, badan hak asasi, termasuk Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan ’Amnesty International’, pindaan undang-undang ini tetap diteruskan atas faktor kuatnya kemahuan politik dalam isu ini. Ini ditambah lagi dengan gerakan anti Islam yang diketuai oleh ahli politik Belanda bernama Geert Wilders yang memusuhi Islam atas dasar populariti dan politik. Walaubagaimanapun, Daneil Streich akhirnya telah memeluk Islam dan kini merupakan aktivis Muslim yang terkehadapan di Switzerland.

2.3.4 Struktur

Manifestasi struktur merujuk kepada diskriminasi atas sebab Islamofobia dalam pelbagai sektor seperti masalah dalam mendapat keperluan asas, peluang pekerjaan, tempat tinggal, penjagaan kesihatan dan pendidikan. Banyak insiden yang berlaku menunjukkan situasi Islamofobia berstruktur ini semakin meningkat. Sebagai contoh, kes BBC mengenai perlantikan seorang Muslim yang dianggap ‘penghinaan’ bagi orang Kristian. Di Itali, wanita muslim yang bekerja sebagai pencuci dianggap sebagai satu ‘ancaman keselamatan’. Lebih berat lagi, di Jerman, ada doktor yang enggan merawat seorang remaja Muslim yang bernama Jihad. Begitu juga di Kanada apabila pelajar muslimah di Kanada telah dibuang sekolah hanya kerana tidak mahu menanggalkan tudung. Kes-kes ini membuktikan bahawa Islamofobia ini telah memberikan kesan kepada kehidupan umat Islam dalam pelbagai bentuk khsususnya di negara majoriti bukan Islam.

2.3.5 Manifestasi Protes dan Keganasan

Kebencian terhadap Islam juga diterjemahkan dalam bentuk protes dan lebih teruk lagi keganasan atau jenayah. Penerbitan kartun yang menghina Nabi Muhammad oleh Kurt Westergaard di Denmark membuktikan Islamofobia yang dizahirkan melalui kartun. Peristiwa membakar al-Quran sepanjang 9 bulan dari September 2010 hingga April 2011 di Amerika termasuk kempen untuk membakar al-Quran oleh Pastor Terry Jones menunjukkan manifestasi protes kesan daripada Islamofobia. Bahkan keganasan juga berlaku di mana ada Muslim yang di tembak di Amerika setelah menunaikan solat Jumaat, di Nevada, polis menahan Muslim yang menunaikan solat di tempat letak kereta dan peristiwa pembunuhan kejam Marwa El Sharbini di dalam Mahkamah di Dresden, Jerman akibat daripada perasaan benci yang tidak berasas kepada Islam.

3.0 Islamofobia: Antara Persepsi dan Realiti

Persepsi adalah suatu perkara yang dibentuk melalui fakta yang kadangkala sahih dan ada yang tidak tepat. Sekiranya persepsi itu dibentuk melalui fakta yang tidak benar, sudah pastilah persepsi itu akan menimbulkan kesan yang sangat negatif kepada sesuatu perkara. Dalam erti kata lain persepsi tidak semestinya melambangkan realiti dan kerap kali realiti itu tidak diendahkan atau diabaikan oleh kerana persepsi yang terbina melalui fantasi.

3.1 Antara Persepsi dan Realiti

Islamofobia pada hakikatnya terbina melalui pembentukan persepsi berdasarkan kepada fakta yang tidak tepat atau kurang lengkap. Ditambah dengan propaganda dan gerakan memburukkan imej Islam termasuk sikap dan tindakan segelintir Muslim juga telah meningkatkan persepsi negatif terhadap Islam. Sekiranya dirujuk kepada kajian, laporan dan maklumat mengenai keganasan dan jenayah, persepsi umum mengatakan bahawa Muslim sinonim dengan ’terrorism’ adalah tidak tepat. Fakta membuktikan bahawa keganasan dilakukan juga oleh penganut agama lain. Sebagai bukti, artikel ini merujuk kepada data dimiliki Federal Bureau Investigation, United States mengenai serangan pengganas di Amerika sepanjang 1980-2005.

Fakta oleh FBI ini mengesahkan bahawa serangan pengganas di Amerika didominasi oleh golongan ’Latino’ atau pengganas daripada Amerika Selatan seperti Mexico, Colombia dan lain-lain iaitu 42% diikuti oleh ’Extreme Left Wing Groups’ 24% dan lain-lain 16%. Bahkan pengganas yahudi mewakili 7% yang menunjukkan golongan yahudi adalah lebih ramai melakukan keganasan berbanding Muslim. Data ini secara jelas membuktikan bahawa diskriminasi dan fenomena Islamofobia yang berlaku di dunia ini hanyalah berdasarkan persepsi dan bukan realiti. Bahkan Muslim hanya mewakili kelompok kecil pengganas dan tidak signifikan berbanding dengan pengganas yang lain. Berdasarkan fakta ini juga membuktikan bahawa persepsi mengatakan bahawa Islam mempromosi keganasan dan sinonim dengan jenayah awam adalah tidak tepat serta sangat berlawanan dengan fakta dan realiti.

3.2 Persepsi kepada Ekspresi

Walaupun hanya melalui persepsi, kebencian terhadap Islam ini telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bentuk dan memberikan implikasi yang tidak baik kepada umat Islam dan imej Islam itu sendiri. Islamofobia mampu memberi implikasi yang amat signifikan kepada kehidupan umat Islam dan keharmonian masyarakat umumnya dan ianya juga memberi kesan kepada pembangunan sosio-ekonomi termasuk kesan mental dan fizikal individu.

3.2.1 Diskriminasi dan Perasaan Prejudis

Menurut kajian oleh ’The Pew Forum on Religion and Public Life’ mengenai Islamofobia di Amerika, fenomena diskriminasi terhadap Muslim adalah tinggi. Didapati bahawa enam daripada sepuluh iaitu (58%) bersetuju mengatakan bahawa diskriminasi terhadap Muslim mempunyai kebarangkalian yang amat tinggi. Ini disahkan oleh kajian yang dijalankan oleh USA Today Gallup Poll dan mendapati bahawa rakyat Amerika mengakui mempunyai prejudis kepada Muslim iaitu kira-kira empat daripada sepuluh (39%).

3.2.2 Kesan Kepada Sosio-ekonomi

Islamofobia juga memberikan kesan kepada pembangunan sosio-ekonomi. Diskriminasi terhadap umat Islam dalam bidang pendidikan, tempat kerja, peluang pekerjaan, peluang perniagaan dan sebagainya juga memberikan impak kepada kehidupan umat Islam terutamanya di negara majoriti bukan Islam. Hak-hak asas kehidupan berpotensi untuk diketepikan dan akibatnya ia mampu mengganggu pembangunan sosio ekonomi sesebuah negara. Sebagai contoh, negara miskin seperti Somalia, Afghanistan dan lain-lain akan kurang mendapat bantuan antarabangsa oleh kerana faktor Islamofobia.

3.2.3 Kesan Mental dan Fizikal

Islamofobia juga mampu memberi kesan kepada mental dan fizikal. USA Today Gallup Poll melaporkan bahawa 22% daripada responden yang ditemubual mengakui bahawa mereka tidak mahu berjiran dengan Muslim dan 18% berasa gementar jika ada wanita Muslim sama-sama berada di dalam kapal terbang dan 31% jika penumpang adalah lelaki muslim. Ini menunjukkan keadaan mental yang terganggu kepada mereka yang mempunyai persepsi negatif dan ketakutan kepada Islam. Kesan penganiayaan individu dan kerosakan fizikal juga berlaku akibat Islamofobia. Menurut ‘OIC Observatory Report’ insiden berkaitan mencemar kesucian masjid meningkat sebanyak 100% dan penodaan terhadap perkuburan Islam sebanyak 75%. Insiden keganasan dan gangguan terhadap Muslimah berpurdah dan burqah juga meningkat sebanyak 500% dan sikap tidak bertoleransi terhadap simbol-simbol suci Islam lebih dari 100%.

4.0 Faktor Islamofobia

Kajian dilakukan oleh Henk Dekker dan Jolanda van der Noll bertajuk ’Islamophobia and Its Origins: A study Among Dutch Youth’ terhadap 580 remaja di Belanda pada 2006 telah mengesahkan bahawa 54% daripada responden mempunyai pandangan negatif tentang Islam dan Muslim. Antara rumusan penting kajian ini ialah kesimpulan yang dibuat mengenai faktor-faktor Islamofobia. Kajian ini mengesahkan bahawa terdapat faktor luaran dan dalaman yang membina persepsi negatif bukan Islam dan seterusnya meningkatkan rasa kebimbangan atau kebencian mereka terhadap Islam atau umat Islam.

4.1 Faktor Luaran

4.1.1 Penghijrahan

Penghijrahan orang Islam ke negara majoriti bukan Islam merupakan antara faktor terjadinya Islamofobia. Faktor kemunduran ekonomi dan masalah kesempitan hidup menyebabkan ramai umat Islam berhijrah ke negara maju. Situasi ini menyebabkan persaingan peluang pekerjaan kepada rakyat negara itu dan juga menggugat taraf ekonomi mereka. Terdapat juga segelintir umat Islam yang berhijrah ini melakukan pelbagai jenayah dan tidak menghormati budaya negara itu. Ini adalah antara faktor menyebabkan masyarakat negara itu memandang serong kepada orang Islam dan melihat imej Islam sebagai sesuatu yang negatif.

4.1.2 Kurang Ilmu Pengetahuan dan Pendedahan

Kejahilan dan kurang pengetahuan orang bukan Islam juga dilihat antara punca Islamofobia. Sistem pendidikan sedia ada tidak mempunyai aspek khusus untuk mendedahkan masyarakat dengan sebarang ajaran Islam. Dengan kurangnya ilmu pengetahuan dan tiadanya pendedahan terhadap ajaran Islam di peringkat rendah dan tinggi, Islam akhirnya dilihat sebagai sesuatu yang menggugat gaya hidup dan ganas termasuk mempromosi ketidakadilan terutamanya apabia ianya melibatkan hak-hak wanita.

4.1.3 Prejudis dan Kesan Serangan Menara Pusat Perdagangan New York

Serangan menara Pusat Perdagangan Dunia pada 11 September 2001 merupakan pencetus dan kemuncak kepada Islamofobia. Mulai dari tarikh ini, Islam telah dijenamakan dengan keganasan dan masyarakat dunia sudah mempunyai persepsi umum bahawa Islam dan keganasan adalah sinonim. Kesan daripada peristiwa ini masyarakat dunia mula berprejudis kepada umat Islam. Ini ditambah lagi dengan siri pengeboman yang berlaku di seluruh dunia seperti di Madrid, di London dan malangnya jenayah ini sering kali dikaitkan dengan Islam. Sebagai contoh, peristiwa pengeboman di Oslo pada 22 Julai 2011 yang mengorbankan lapan nyawa dan beberapa jam selepas itu pembunuhan beramai-ramai 69 remaja di Utoya Island, Norway. Sejurus selepas pengeboman dan pembunuhan ini, akhbar-akhbar utama dunia seperti Washington Post, New York Times dan lain-lain telah mengesyaki bahawa penjenayah terbabit adalah Muslim sedangkan beliau ialah penganut Kristian Konservatif yang bernama Aders Breivik. Peristiwa ini menunjukkan betapa prejudisnya masyarakat barat terhadap Islam sehinggakan sebarang keganasan akan dikaitkan dengan Islam atau umat Islam.

4.1.4 Pengaruh Media dan Gerakan Islamofobia

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa media mempunyai pengaruh yang sangat kuat membentuk persepsi masyarakat. Media yang dikuasai oleh pihak yang prejudis kepada Islam sudah pasti akan menggunakan saluran ini untuk menanamkan perasaan kebimbangan dan kebencian kepada Islam. Ini ditambah lagi dengan gerakan Islamofobia yang mendapat pembiayaan yang lumayan oleh pihak-pihak tertentu. ’The Center for American Progress’ melaporkan terdapat tujuh yayasan yang telah membayar sebanyak USD42 juta untuk menanamkan ketakutan dan kebimbangan serta kebencian kepada Muslim di Amerika. Di antara badan yang membiayai gerakan Islamofobia ini ialah ‘Donors Capital Fund’, ‘Richard Mellon Scaife Foundations’, ‘Lynde and Harry Bradley Foundation’, ‘Newton D. dan Rochelle F. Becker Foundations’ and ‘Charitable Trust’, ’Russell Berrie Foundation’, ’Anchorage Charitable Fund’, ’William Rosenwald Family Fund’ and ’Fairbrook Foundation’. Dilaporkan juga bahawa Salman Rushdie telah dibayar sejumlah 850 ribu pound sterling untuk menghasilkan buku ‘Satanic Verses’ yang diterbitkan oleh penerbitan Viking.

4.2 Faktor Dalaman

Berbanding faktor luaran, faktor dalaman merujuk kepada Islamofobia yang berpunca daripada sikap, amalan, budaya, perlakuan umat Islam itu sendiri. Kelemahan dan kesilapan serta keganasan yang dilakukan segelintir umat Islam juga telah menyebabkan persepsi masyarakat yang serong terhadap Islam.

4.2.1 Kelemahan Penyebaran Maklumat

Di antara punca berlakunya Islamofobia ialah kelemahan dan kurang penyebaran maklumat mengenai Islam. Media-media kebanyakannya dimiliki oleh bukan Islam dan sering kali Islam ini diberikan liputan yang negatif. Didapati juga media tidak mempunyai maklumat yang tepat mengenai keganasan oleh gerakan agama yang lain bahkan tiada data yang lengkap negara Islam yang menjadi mangsa keganasan akibat daripada Islamofobia. Media yang dimiliki institusi Islam pula pada hakikatnya adalah kurang efisyen dan kurang berjaya menampilkan program-program yang mampu memperbetulkan persepsi negatif masyarakat terhadap Islam.

4.2.2 Isu Siapa Mewakili Islam?

Esposito dan MOgahed di dalam bukunya ’Who Speaks for Islam?: What a Billion Muslims Think’ menimbulkan beberapa persoalan mengenai siapa sebenarnya mewakili Islam. Ada di kalangan masyarakat melihat bahawa Osama bin Laden, Ayman Al Zawahiri, Muammar Gaddafi, Husni Mubarak, Saddam Hussein dan lain-lain mewakili umat Islam dan ini telah memberikan gambaran negatif terhadap Islam. Dalam isu ini, umat Islam perlu memastikan masyarakat dunia mengetahui bahawa mereka-mereka ini sama sekali tidak mewakili Islam bahkan telah menyeleweng dengan ajaran Islam yang sebenarnya.

4.2.3 Kebangkitan Negara Islam

Kebangkitan kuasa politik Islam termasuk kemajuan teknologi seperti Iran dan Turki juga telah menimbulkan kebimbangan pihak tertentu terhadap pengaruh Islam. Kebangkitan ini juga berlaku pada kekuatan ekonomi negara-negara Islam seperti negara pengeluar minyak yang mula melabur dan membeli aset strategik di negara-negara lain. Fenomena ini menimbulkan keraguan dan kebimbangan ramai terhadap Islam. Umpamanya Iran sering kali dilihat sebagai ancaman kepada kestabilan di Timur Tengah sedangkan pada hakikatnya Israel yang tidak menghormati undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia lah punca sebenar dan utama ketidakstabilan di rantau Timur Tengah.

4.2.4 Salah faham Terhadap Konsep Jihad

Terdapat beberapa gerakan yang mendakwa mereka mewakili Islam dan berjihad memperjuangkan Islam tetapi jauh tersasar daripada ajaran agama. Konsep jihad yang sebenarnya menuntut untuk semua umat Islam berjuang di jalan Allah dengan mematuhi prinsip syariat dan etika. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya iqh al-Jihad: Dirasatun Muqaranatun li Ahkamihi wa Falsafatihi fi Daw’ al-Qur’an wa al sunnah ada menggariskan ruanglingkup jihad yang dituntut oleh Islam. Gerakan ISIS umpamanya adalah kelompok yang telah memburukkan nama Islam dan telah membawa satu perjuangan yang jelas bertentangan dengan Islam. Malahan, kewujudannya juga disangsikan atas faktor tertentu yang menunjukkan mereka ini di taja dan didanai oleh pihak berkepentingan.

5.0 Islamofobia di Malaysia

Walaupun Malaysia merupakan negara Islam yang majoriti penduduknya adalah Islam, Islamofobia juga berlaku dikalangan masyarakat. Ini membuktikan Islamofobia ini boleh subur di mana-mana selagi mana ianya tidak diatasi dan dibendung dengan program yang berkesan.

5.1 Manifestasi Islamofobia di Malaysia

Manifestasi Islamofobia di Malaysia berlaku dalam pelbagai bentuk. Umpamanya, parti DAP dalam keadaan bekerjasama dengan parti PAS masih tetap tidak bersetuju dengan perlaksanaan hukum hudud. Ini ditambah dengan kenyataan keras Dato’ Seri Chua Soi Lek yang terang-terangan telah menghina undang-undang Islam. Dilaporkan juga terdapat segelintir pihak termasuk pimpinan agama lain yang menghina Islam seperti anggapan undang-undang Islam terlampau bodoh dan kuno dan sebagainya. Beberapa akhbar harian juga ada yang menerbitkan gambar yang sensitif kepada umat Islam seperti masakan babi dalam ‘Ramadhan Delights’ di akhbar ’the Star’. Didapati juga kes-kes melibatkan penghinaan terhadap Islam lebih-lebih lagi melalui laman sosial seperti ’Facebook’ dan ’Twitter’ yang semakin hari semakin menjadi-jadi. Manifestasi Islamofobia di Malaysia ini ada juga dizahirkan dalam bentuk yang lain iaitu dengan menafikan hak berpakaian muslim dalam pertandingan renang di sebuah kompleks sukan di Selangor. Kes yang melibatkan kakitangan sebuah hotel terkemuka yang ditamatkan perkhidmatan kerana memakai tudung juga antara insiden yang boleh diklasifikasikan sebagai Islamofobia.

5.2 Faktor Islamofobia di Malaysia

5.2.1 Media

Peranan media di Malaysia sudah pasti menjadi salah satu punca berkembangnya fenomena Islamofobia. Gambaran negatif dan salah terhadap Islam seperti liputan larangan memasuki masjid oleh bukan Islam, bantahan bukan Islam membaca ayat al-Quran di dalam perucapan umum, kes memijak kepala lembu dan lain-lain telah menyuburkan lagi Islamofobia di Malaysia. Media juga kerap memaparkan insiden-insiden keganasan yang dilakukan orang Islam tanpa mengimbangkannya dengan jenayah bukan Islam. Media secara umumnya masih tidak dapat memainkan peranannya untuk membetulkan persepsi Islamofobia ini. Bahkan kerap kali media ini menayangkan program-program termasuk filem dan drama yang menimbulkan kekeliruan terhadap Islam.

5.2.2 Kurang Keberkesanan Institusi Agama

Umum sudah sedia maklum bahawa Malaysia menikmati kelebihan untuk menegakkan syiar Islam memandangkan banyaknya institusi agama yang ada untuk menjalankan dakwah ini. Bukan itu sahaja, institusi agama di negeri-negeri dan kerajaan persekutuan juga mempunyai kuasa dan bajet yang amat besar untuk dakwah Islam. Berdasarkan fakta ini sudah pastinya sepatutnya fenomena Islamofobia tidak akan berkembang dan mendapat tempat di negara ini sekiranya institusi Islam ini telah memainkan peranannya secara efisyen.

Namun demikian, apa yang berlaku ialah sebaliknya. Dalam keadaan ruang lingkup undang-undang dan peruntukan yang tinggi untuk Islam, fenomena Islamofobia ini masih berleluasa dan malahan semakin menyubur di negara ini. Kenyataan menghina undang-undang Islam, mempersoalkan institusi fatwa, memperleceh amalan ibadah umat Islam dan sebagainya membuktikan bahawa terdapat kelemahan yang amat ketara ada pada institusi Islam ini. Oleh itu, institusi Islam ini perlu melakukan transformasi segera demi memastikan peranan dan tanggungjawab terhadap Islam dapat dilaksanakan dengan berhikmah dan berkesan.

5.2.3 Kemahuan Politik

Oleh kerana Malaysia ini majoriti penduduknya beragama Islam, maka perhatian kurang diberikan bagi menangani Islamofobia. Ini ditambah pula dengan kurangnya kemahuan politik dan komitmen di mana ianya menafikan keperluan menangani isu Islamofobia. Sekiranya kemahuan politik itu ada dan mempunyai momentum yang kuat, sudah pasti pelbagai program ke arah membetulkan persepsi negatif terhadap Islam dalam konteks Islamofobia ini akan diadakan di seluruh negara. Sebagai contoh, dialog dan diskusi ilmiah menangani isu Islamofobia termasuk aspek toleransi agama adalah sangat kurang di Malaysia. Sekiranya ada, forum dan dialog ini hanya dipelopori golongan tertentu dan tidak sampai ke akar umbi. Memandangkan Islamofobia ini tidak menjadi isu utama kebanyakan ahli politik dan tiada inisiatif untuk mengatasinya, fenomena Islamofobia ini dijangka akan terus berkembang dan seterusnya mampu memberikan kesan yang agak signifikan kepada umat Islam.

5.2.4 Salah Faham Syariah

Secara umumnya, masyarakat di Malaysia masih tidak mempunyai kefahaman yang baik tentang Islam. Ini bukan sahaja berlaku di kalangan orang bukan Islam bahkan terjadi pada Muslim juga. Aspek yang sering disalahfaham tentang Islam ialah berkenaan dengan undang-undang hudud, pewarisan dan hak-hak wanita. Salah anggapan terhadap beberapa prinsip Shariah seperti faraid atau pewarisan menyebabkan ramai yang bimbang dan cuba mempertikai ajaran Islam. Perkara ini juga boleh membina persepsi negatif orang bukan Islam terhadap kepercayaan dan amalan fiqh yang terima dan diamalkan oleh umat Islam. Di samping itu, isu kedudukan wanita dalam Islam yang dilihat oleh orang bukan Islam sebagai menindas juga menjadi faktor Islamofobia di Malaysia.

5.2.5 Pengaruh Golongan Fundamentalis

Peristiwa jenayah al Maunah di Bukit Pelandok yang dilakukan oleh golongan berlatarbelakangkan agama merupakan salah satu punca terbinanya persepsi negatif terhadap Islam di Malaysia khususnya mengaitkan Islam dengan keganasan. Kemunculan golongan fundamentalist yang militan bahkan mendokong satu matlamat iaitu menghapuskan orang bukan Islam seperti Kumpulan Mujahidin Malaysia telah menyuburkan lagi fenomena Islamofobia. Melalui peristiwa dan perkembangan pengaruh golongan fundamentalis ini, Islam dilihat sebagai sesuatu yang sangat sinonim dengan keganasan dan menjadi punca ketidaktenteraman awam.

6.0 Inisiatif Membasmi Islamofobia

Seiring dengan perkembangan Islamofobia yang semakin meningkat di serata dunia, telah terdapat pelbagai inisiatif yang dilaksanakan dari segenap peringkat ke arah menangani isu ini. Program dan aktiviti yang dirancang dan diimplementasi ini merangkumi inisiatif yang dijalankan oleh masyarakat sivil, institusi, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Pertubuhan Negara Islam dan Malaysia sendiri.

6.1 Masyarakat Sivil

Gerakan menangani Islamofobia ini telah giat dijalankan di seluruh dunia. Pelbagai aktiviti, kempen, forum, dialog dan penerbitan risalah ilmiah telah dilaksanakan secara sistematik dan berterusan. Terdapat beberapa organisasi dan institusi yang aktif menjalankan usaha ini antaranya Forum Against Islamophobia and Racism, the National Association of Muslim Police, Islamic Human Rights Commission di UK, the Council on American-Islamic Relations di Amerika, European Muslim Initiative for Social Cohesion di Denmark dan Perancis, Jewish-Muslim Cooperation Platform di Belgium, Austrian Muslim Initiative di Austria, Collectif Contre l’Islamophobie en France di Perancis, Ethnic Debate Forum and Fair Play di Denmark, , Western Thrace Minority University Graduates Association di Greece, Muslim Community of Bulgaria, Muslim Committee on Human Rights di Kazakhstan dan Federation of Western Thrace Turks in Europe di Jerman. Gerakan menangani dan memantau Islamofobia ini giat menjalankan aktiviti dan advokasi di seluruh dunia.

6.2 Peringkat Institusi

Terdapat juga di beberapa Negara yang memberikan reaksi positif terhadap fenomena Islamofobia. Ada beberapa Negara yang telah mengambil inisiatif dalam bentuk undang-undang dan polisi yang menyabitkan kesalahan berkaitan diskriminasi akibat Islamofobia. Umpamanya Ireland telah meluluskan undang-undang di mana sesiapa yang mengkritik mana-mana agama dikenakan hukuman denda sehingga 25,000 Euro. Senat Negara Republic Czech dan Britain telah mengharamkan kemunculan ahli politik Belanda iaitu Geert Wilders yang menjadi dalang dan pelopor Islamofobia. Mahkamah di Denmark telah mengenakan bayaran kepada seorang lelaki yang menggantung poster anti Islam. Hukuman juga dijatuhkan oleh pihak mahkamah di Belanda kerana menghina umat Islam. Mahkamah di Perancis juga telah mengharamkan risalah-risalah anti Islam dan apa-apa yang bertujuan menghasut masyarakat membenci Islam.

6.3 Pertubuhan Negara Islam

Setelah melihat kepada seriusnya kesan Islamofobia kepada umat Islam dan Negara Islam, Pertubuhan Negara-Negara Islam telah bersetuju untuk menubuhkan badan khas untuk memantau dan menangani isu ini. Semua negara-negara Islam telah bersetuju untuk menubuhkan “OIC Islamofobia Observatory’ secara rasmi pada 2007. Melalui penubuhan OIC Islamophobia Observatory’ sebanyak 4 laporan yang komprehensif telah dikeluarkan iaitu ‘the First Annual Report on Islamophobia by the OIC Observatory May 2007 to May 2008’, ‘the Second Annual Report on Islamophobia by the OIC Observatory June 2008 to April 2009’, ‘the Third Annual Report on Islamophobia by the OIC Observatory May 2009 to April 2010’ dan ‘the Fourth Annual Report on Islamophobia by the OIC Observatory June 2008 to April 2009 May 2010 to April 2011’. Kesemua laporan ini telah menyediakan fakta dan maklumat yang terperinci mengenai kes-kes Islamofobia yang berlaku di seluruh dunia. Laporan ini juga memaparkan segala aktiviti dan program yang telah dilaksanakan bagi menangani Islamofobia.

6.4 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

Inisiatif Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam isu diskriminasi atas faktor agama telah pun dimulakan sejak 2001 iaitu semasa ‘Durban World Conference on Racism, Racial Discrimination, Xenophobia, and Related Intolerance’. Atas faktor lobi Pertubuhan Negara-Negara Islam melalui ‘OIC Islamophobia Observatory’, ‘United Nation Human Rights Council’ akhirnya telah membuat resolusi menyokong usaha-usaha menangani isu Islamofobia ini. Sebagai contoh, ‘the Ministerial meeting at the 62nd Session of the UN General Assembly on October 4-5, 2007’ di New York yang membincangkan topik ‘the High-Level Dialogue on Inter-religious and Intercultural Understanding and Cooperation for Peace’ telah mengeluarkan resolusi iaitu ‘the UN Resolution on Combating Defamation of Religions: Human Rights Council Resolution 7/19. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu juga telah melantik ‘Special Rapporteur on contemporary forms of racism, racial discrimination, xenophobia and related intolerance’ yang bertanggungjawab secara khusus menangani isu diskriminasi etnik termasuk Islamofobia.

6.5 Malaysia

Seiring dengan inisiatif di peringkat antarabangsa, Malaysia juga mengorak langkah untuk terlibat sama dalam usaha memerangi Islamofobia. Malaysia telah menyokong Deklarasi dari Mesyuarat Penyelarasan Tahunan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Bagi Negara Anggota OIC Yang Menentang Islamofobia di Ibu Pejabat PBB, New York pada 24 September 2010. Dalam masa yang sama, Malaysia juga telah melancarkan “Global Movement of the Moderates”. Di peringkat masyarakat sivil pula, badan bukan kerajaan telah awal-awal lagi menubuhkan ‘Allied Coordinating Committee of Islamic NGO’s’ (ACCIN) iaitu gabungan badan bukan kerajaan Islam untuk bersama-sama menjadi pemantau Islamofobia di Malaysia. Pada waktu ini, Malaysia sedang dalam perancangan di bawah inisiatif Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk menubuhkan badan atau gerakan menangani dan memantau isu Islamofobia. Gerakan ini akan dinamakan sebagai “Malaysia Islamofobia Observatory” untuk diselaraskan dengan “OIC Islamofobia Observatory” dan seterusnya “United Nation Islamofobia Observatory”.

7.0 Strategi Bersepadu Mengatasi Islamofobia

Walaupun telah wujud inisiatif untuk mengatasi Islamofobia di peringkat tempatan dan antarabangsa, bahagian ini mengesyorkan beberapa cadangan bagi melengkapkan usaha-usaha sedia ada. Institusi Islam, individu dan pihak yang bertanggungjawab dalam dakwah Islam perlu menggembleng tenaga secara intensif bagi menggerakkan pelbagai aktiviti dan program tangani Islamofobia. Pendekatan yang perlu dilaksanakan juga perlulah bermodelkan ‘konsep wasatiyah’ atau kesederhanaan dan berbentuk pendidikan dan dakwah. Konsep Wasatiyah dan Pendekatan Dakwah dan Pendidikan ini akan dapat mewujudkan persepsi dan kefahaman masyarakat muumuu dan dunia terhadap Islam. Pendekatan radikal, agresif dan berbentuk kekerasan bukan sahaja menimbulkan fitnah dan salah faham terhadap Islam, malahan hanya menjadi pencetus kepada persepsi buruk dan benci terhadap Islam dan orang Islam itu sendiri.

7.1 Media

Antara perkara utama yang perlu diberikan perhatian ialah fungsi media dalam membentuk persepsi dan pemikiran masyarakat. Media harus lebih bertanggungjawab dalam memastikan program yang disiarkan termasuk berita yang dipaparkan tidak menggambarkan perkara yang salah tentang Islam. Media sepatutnya menerbitkan program dan rancangan termasuk dokumentari mengenai realiti Islamofobia berdasarkan fakta yang sahih.

7.2 Membina Kefahaman

Merangka strategi dan program pendidikan yang komprehensif adalah amat perlu dalam proses membina kefahaman tentang Islam kepada bukan Islam dan Muslim. Dalam aspek ini, kesedaran mengenai Islamofobia perlu diserapkan dalam silibus di sekolah. Islam perlu disebar dan diajar di sekolah dengan kaedah yang lebih segar dan seterusnya menonjolkan ajaran Islam itu sendiri yang adil dan sesuai di semua zaman. Dalam masa yang sama, program secara berterusan memberi kesedaran dan kefahaman mengenai Islamofobia perlu juga dijalankan di peringkat masjid, daerah, negeri dan kebangsaan. Umpamanya di dalam kes di Johor yang melibatkan sekumpulan pengikut Budha yang menjalankan upacara keagamaan di surah sebuah hotel, badan bukan kerajaan ABIM telah mengambil langkah pro-aktif membuat pertemuan dengan pemimpin tertinggi agama Budha Malaysia dan mendapatkan penjelasan terhadap insiden tersebut yang akhirnya dapat diselesaikan dengan suasana harmoni.

7.3 Latihan, Forum dan Dialog

Latihan perlu diberikan kepada mereka yang terlibat dalam menangani isu Islamofobia ini. Melalui latihan yang sesuai mereka ini mampu berperanan sebagai agen untuk menyebarkan risalah Islam. Di samping itu, penganjuran forum, dialog, bengkel toleransi agama dan hubungan antara agama juga perlu dipergiatkan. Kempen kesedaran dan program kepada kakitangan kerajaan dan swasta serta masyarakat juga perlu dilaksanakan secara berterusan. Sebagai contoh, ABIM bergiat aktif dalam program berbentuk kerjasama dengan badan bukan Kerajaan yang mewakili agama Kristian, Budha, Hindu dan lain-lain melalu kegiatan budaya dan aktiviti kemasyarakatan.

7.4 Penyelidikan

Umat Islam sudah sekian lama mengalami masalah kemandulan intelektual. Terlalu sedikit penyelidikan bermutu yang telah dikeluarkan oleh negara Islam di dunia. Sehubungan dengan itu, umat Islam melalui institusi sedia ada perlu meningkatkan penyelidikan yang berkualiti mengenai Islamofobia. Penyelidikan ini kemudiannya perlu diterbitkan dan disebarkan ke seluruh pelusuk dunia. Kajian ini merangkumi laporan Islamofobia, insiden Islamofobia, statistik Islamofobia dan sebagainya. Institusi Islam ini juga dinasihatkan untuk merekodkan, memantau dan membina sistem maklumat mengenai insiden Islamofobia dan ianya boleh dibaca oleh semua pihak.

7.5 Meningkatkan Kerjasama Dengan Pihak Berkuasa, Badan Bukan Kerajaan dan Pertubuhan Antarabangsa

Polis dan pihak berkuasa agama perlu berkerjasama menanamkan kesedaran masyarakat mengenai Islamofobia. Ini memandangkan institusi ini menyimpan rekod, statistik insiden Islamofobia dan maklumat yang lain. Di peringkat yang lain badan bukan kerajaan juga perlu bekerjasama dengan agensi kerajaan dan institusi agama. Usaha ini tidak akan lengkap sekiranya tiadanya jaringan kerjasama mantap dengan pertubuhan diperingkat serantau dan antarabangsa. Membina jaringan dan kerjasama dengan institusi luar negara adalah perkara yang sangat perlu dilaksanakam terutamanya untuk memastikan keterlibatan dengan gerakan membasmi Islamofobia diperingkat antarabangsa.

8.0 Kesimpulan

Islamofobia bukanlah fenomena baru di alaf ini. Islamofobia telah lama berlaku sejak zaman awal perkembangan Islam di mana pada waktu itu Islam dipandang sebagai sesuatu ajaran yang asing bagi penduduk Mekah. Fakta ini disokong oleh sepotong hadis Rasullulah Sallallahualaihiwasallam diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud:

“Islam bermula sebagai (sesuatu yang) asing dan akan kembali menjadi (sesuatu yang) asing seperti awalnya. Maka berbahagialah orang-orang yang asing itu”. (Sahih Muslim, Hadis 145, Bab Iman)

Hadis ini secara jelas membuktikan bahawa Islam juga akan digambarkan dengan pelbagai perkara yang negatif sepertimana ianya terjadi ketika awal dakwah Rasulullah. Persepsi melihat Islam sebagai ajaran yang asing dan tidak sesuai dengan budaya, hak asasi manusia dan nilai-nilai murni adalah perkara yang telah dijangkakan oleh Rasulullah. Hadis ini memberikan tanggungjawab kepada umat Islam untuk berusaha memperbetulkan persepsi ini dan seterusnya meletakkan Islam itu di tempat yang sepatutnya serta difahami oleh masyarakat.

Berdasarkan kepada manifestasi dan implikasi Islamofobia kepada kehidupan, mental, fizikal dan sosio ekonomi umat Islam, usaha-usaha ke arah menangani isu ini perlu digembleng secara berhikmah dan berterusan. Inisiatif bersepadu melalui kerjasama di setiap peringkat menerusi jaringan kerja yang mantap akan dapat memastikan usaha mengatasi Islamofobia dapat dicapai. Segala gerakan, usaha, inisiatif dan program ini merupakan salah satu cabang jihad demi menegakkan Islam di muka bumi ini. Bagi memastikan setiap usaha dakwah ini mencapai matlamatnya, istiqamah, iltizam dan itqan merupakan konsep yang sewajarnya dijadikan teras utama.

Bibliografi

Allen, C. (2007). Islamophobia. London: Ashgate.

Allen, C. (2001). Islamophobia in the Media Since September 11th. Working Paper for a Conference on Exploring Islamophobia, Deepening Our Understanding of Islam and Muslims. 29th May 2009, University of Westminster, London.

Allen, C. (2001). An Overview of Key Islamophobia Research. London: National Association of Muslim Police.

Bunzl, Matti (2007) Anti-semitism and Islamophobia: Hatreds Old and New in Europe. Chicago: Prickly Paradigm Press.

Doudou Denien. (2006). International Service for Human Right’s summaries of documents for the UN Commission on Human Rights in the 62nd Session and Human Rights Council 2nd Session on Contemporary Forms of Racism, Racial Ddiscrimination, Xenophobiaand Related Intolerance. Geneva: UNHCR.

Edvaarson, L. (2008). Islamophobia, Features of Islamophobia and Strategies Against It. Malmo: Malmo University.

Esposito, L, John. (1999) The Islamic Threat – Myth or Reality? New York: Oxford University Press.

Esposito, L. John. and Mogahed, Dalia. (2001). Who Speaks for Islam? What a Billion Muslims Think. New York: Gallup Press.

Esposito, L. John and Ibrahim Kalin. (2010). Islamophobia:The Challenge of Pluralism in the 21st Century. Oxford: Oxford University Press.

Faliq, A. (Ed.). (2010). Islamophobia and Anti-Muslim Hatred: Causes and Remedies. The Arches, 4 (7).

Henk Dekker and Jolanda van der Noll. (2009). Islamophobia and Its Origins A Study Among Dutch Youth. Leiden: Leiden University.

Ingrid Ramberg. (2004). Islamophobia and Its Consequences on Young People, Seminar Report. Hungary: Council of Europe.

Instead. (2004). Commission on British Muslims and Islamophobia. London: Instead.

Lambert, R. and Jonathan, Githens-mazer. (2010). Islamophobia and Anti-Muslim Hate Crime: UK Case Studies. Exeter: Exeter University Press.

Liz Fikete. (2008). Integration, Islamophobia and Civil Rights in Europe. London: Institute of Race Relation.

The Pew Forum on Religion and Public Life (2009). Views of Religious Similarities and Differences: Muslims Widely Seen as Facing Discrimination.

The First Annual Report on Islamophobia by the OIC Observatory May 2007 to May 2008.

The Second Annual Report on Islamophfobia by the OIC Observatory June 2008 to April 2009.

The Third Annual Report on Islamophobia by the OIC Observatory May 2009 to April 2010.

The Fourth Annual Report on Islamophobia by the OIC Observatory May 2010 to April 2011.

The Runnymede Trust. (2011) Islamophobia:A Challenge For All of Us. London: Runnymede.

Zaki, Yacub. (2011). The Politics of Islamophobia. Talas, Turki: ERUSAM.

Labourious beginning of the Islamic finance industry

Labourious beginning of the Islamic finance industry

Available at: http://themalaysianreserve.com/main/sectorial/islamic-finance/4750-labourious-beginning-of-the-islamic-finance-industry

Labourious and stepping into the unknown, those were the early beginnings of the Islamic finance industry in Malaysia where it all started with new legislations adopted in the 1980’s, Khazana Nasional Bhd deputy chairman Tan Sri Nor Mohamed Yaacop recalled in a speech in Kuala Lumpur.

At that time, he told the audience during the 10th Kuala Lumpur Islamic Finance Forum (KLIFF 2013), there was only one bank offering such services — that is the Bank Islam Malaysia (BNM) — and there was the need to pass new laws and regulations through the August Parliament in order to give Islamic banking its own characteristics.

“We could have granted exemptions to the Islamic banking industry with the existing banking laws, but we decided to implement our own Islamic banking laws. That led us to seek new legislations, which eventually became the Islamic Banking Act (IBA) in 1983,” Nor said.

The former minister said these were tough times though, since the legislators had to decided on how to interpret the Islamic banking sector and sought the help of late Tan Sri Professor Ahmad Ibrahim who drafted a law passed through Parliament.

“It was easier those days, because we did not have the complicated sukuk of today for example. We went to the simple then we took on the complicated,” Nor recalled.

After that, more laws were passed through Parliament, including the Takaful Act of 1984, and after we found we could not use the existing insurance laws to implement Islamic insurance industry in the country, Nor said.

He said Islamic banking today represented more than 24% of the entire Malaysian banking assets.

Malaysia’s Islamic banking assets has reached over RM500 billion in 2012, according to some reports.

The IBA today is known as the instrument that started the assimilation of Islamic laws in the Malaysian economic system, whereas the Takaful laws have helped the spreading of Islamic insurance in the country.

While in 1989, Malaysia implemented the Banking & Financial Institutions Act, 1989 which is the legal structure that allows banks to operate in the country, it means that the country had two banking laws guiding the local banks.

Thus Malaysia became the first country in the world with a dualistic system that allowed both the Islamic banking and the conventional banking systems to function separately, without interchange.

“Today, Malaysia may be the only country on earth that has both a conventional banking system and the Islamic banking system. It all started with conventional banks offering a window to Islamic banking solutions to their Muslim consumers,” he said.

This facilitation of both systems, he said, could be exported to other Muslim countries or to other jurisdictions where Islamic banking is being offered under existing conventional banking services, urging Malaysia to look forward to the spread of the local expertise in this matter.

In 1998, BNM changed some vital rules. Instead of the term “interest-free” banking, the Islamic banks offering interestfree services would be called “Islamic banking” institution.

Furthermore, in 1999, BNM decided that the Islamic banking units of banking institutions participating in the Islamic banking system were upgraded to become the Islamic banking divisions of the conventional banks.

“It was shameful in those days to go to pawn shops to exchange gold or anything for money. We were told, in our childhood, not to let friends or neighbours see when we enter pawn shops,” the former minister recalled.

Regards
Zulkifli Hasan

frankfurt 1
Frankfurt