QUEST FOR MEANING IN THE SOIL OF THE RISING SUN: PART III

KEMBARA ILMU DI BUMI NIPPON: BAHAGIAN TIGA

Zulkifli Hasan

KYOTO

Kyoto adalah bandar ketujuh terbesar di Jepun dengan kira kira 1.5 juta penduduk. Kyoto merupakan pusat pemerintahan empayar Jepun satu waktu dahulu. Sebhagian besar Kyoto diisytiharkan sebagai ‘World Heritage’. Beberapa peperangan telah berlaku di Kyoto semasa era empayar Jepun sekitar abad ke-10 dan ke-11. Penulis sangat bertuah kerana Kyoto kali ini adalah sangat cantik dengan warna-warni alam semulajadinya. Pada waktu ini, ramai warga seluruh Jepun datang ke Kyoto untuk bercuti.

P1170780
Pusat Beli Belah di Kyoto

Setibanya kami di Kyoto, kami terus di bawa ke pusat pelancongan Kyoto untuk makan tengahari. Kali ini semua perserta program di bawa ke restoran Koyazami Junshei. Dimaklumkan oleh Mrs Ako dan Mrs Satomi bahawa Japan Foundation telah menempah untuk makan tengahari di restoran ini seawal dua bulan. Restoran ini adalah antara yang paling masyhur di Kyoto. Penulis dihidangkan dengan makanan tradisional Jepun dengan menu utamanya tafu. Beberapa menu lain juga dihidangkan dan kesemuanya adalah sesuai untuk ‘vegetarian’.

P1170770
Tafu, Menu Utama di Restoran Junshei

Apa yang menarik di restoran ini ialah hiasan dalaman, makanan dan cara penyediaan makanan. Dapur restoran bersebelahan pintu masuk dan semua pelanggan boleh melihat dari cermin cara penyediaan makanan. Meja makan juga adalah unik. Meja di restoran ini adalah meja yang ‘built in’ pemanas dan dapur secara elektronik. Jadi makanan yang dihidangkan adalah sentiasa panas dan segar.

P1170779
Kelihatan Chef Menyediakan Menu Utama

MENIKMATI PEMANDANGAN DI KYOTO

Setelah makan tengahari kami terus di bawa ke kuil Budha yang menjadi antara tarikan di Kyoto terletak di atas bukit. Berpeluang bergambar dengan warga Jepun berkimono. Pemandangan dari atas bukit dengan warna-warni pohon di sekitar kawasan di sini begitu indah sekali. Terdapat air gunung yang melalui kawasan ini yang sangat jernih dan cantik. Terdapat ribuan pelawat di kawasan ini yang menyebabkan suasana begitu sesak.

P1170793
Kiyomizu Dera Temple

P1170833
Antara Pelancong Warga Jepun yang Memakai Pakaian Tradisi

Dalam perjalanan pulang ke bas, penulis sempat membeli beberapa cenderamata Kyoto yang tidak didapati di mana-mana melainkan di Kyoto. Di Jepun semua harga barang di pusat pelancongan seperti ini harganya adalah harga tetap. Pelancong tidak perlu tawar menawar untuk mendapatkan harga sesuai seperti mana di banyak tempat pelancongan lain di dunia. Sepanjang pengalaman penulis, antara tempat yang perlu paling pandai tawar menawar adalah Kaherah, Jakarta, Bangkok dan Istanbul. Penulis berpandangan harga tetap seperti ini adalah lebih baik bgi mengelakkan sebarang penipuan oleh penjual.

‘TEA CEREMONY’ UPACARA TEH

Antara perkara yang unik di Kyoto adalah tradisi ‘tea ceremony.’ Penulis berpeluang untuk melihat sendiri sambutan ‘tea ceremony’ yang telah berusia lebih 500 tahun. Umumnya ‘tea ceremony’ ini diasaskan oleh seorang jeneral lebih 500 tahun dahulu sebagai cara untuk menanamkan nilai dan norma pada masyarakat. ‘Tea ceremony’ ini penuh dengan protokol walaupun hanya melibatkan teh dan sedikit ‘cuisine’ yang ringkas. Ia mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk menghabiskan keseluruhan upacara ‘tea ceremony’ ini.

P1170841
Sensei Kentaro Mempersembahkan Tea Ceremony

‘Tea ceremony’ ini melibatkan menu utama iaitu premium ‘green tea’ yang sangat terkenal di Jepun. Sensei atau Master of the Tea Ceremony akan membancuh teh hijau ini dengan penuh protokol dan kemahiran. Sensei Keintaro yang merupakan generasi kelima pewaris ‘tea ceremony’ ini telah mempelajari selok belok ‘tea ceremony’ ini selama 16 tahun melalui bapanya. Kelihatan dua orang pelajar universiti Ryokoku yang juga kelab ‘tea ceremony’ datang membantu Sensei Keintaro melakukan upacara ‘tea ceremony’.

P1170845
Teh Siap Disediakan oleh Sensei Keintaro

‘Tea ceremony’ dimulakan dengan hidangan teh. Diikuti dengan kuih Jepun dan gula gula serta makanan yang lain. Upacara ini dilakukan dengan penuh adat dan protokol malahan secara terhormat. Diakhir upacara, kami diberi taklimat ringkas mengenai falsafah ‘tea ceremony’ ini. Falsafah ‘tea ceremony’ meliputi empat prinsip iaitu, honesty, respect, trust and simplicity. Falsafah ini diterapkan kepada masyarakat melalui upacara penuh protokol ‘tea ceremony’. Walaupun teh hijau Jepun bukanlah selera penulis tetapi masih membelinya untuk dibawa pulang ke Malaysia.

P1170856
Kelihatan Balang Menyimpan Green Tea Tradisional

P1170857
Bersama Sensei Keintaro, Master of Tea Ceremony juga Pewaris Sekolah Tea Ceremony di Kyoto

BILIK KATAMI

Selesai melawat dan membeli sedikit cenderamata, penulis terus menaiki bas untuk ke Kotel Kyoto Konkosei. Di hotel ini penulis diletakkan di bilik Katami iaitu bilik hotel berkonsepkan tradisi Jepun. Bilik menggunakan ‘sliding door’, hanya tilam dan bantal keras mengikut tradisi Jepun. Minuman yang disediakan dalam bilik juga hanya teh hijau Jepun. Bilik menyediakan kimono dan meja Jepun. Semuanya di atur seperti rumah tradisi Jepun waktu dahulu.

P1170858
Bilik Katami Tradisional Jepun

Kami terus makan malam di hotel ini dan berehat. Menu makan malam adalah ala barat dengan ikan menjadi menu utama. Msr Ako dan Mrs Satomi menemankan kami makan malam di hotel ini. Selepas makan malam penulis terus keluar jalan-jalan menghirup udara malam di Kyoto. Waktu malam di Kyoto agak berlainan di Tokyo. Kebanyakan kedai sudah tutup dan tidak ramai warga Kyoto yang berlegar di kota waktu malam seperti di Tokyo. Kyoto adalah unik, dengan sungai yang jernih melingkari bandar Kyoto diwarnai dengan pohon yang cantik serta kebersihan Bandar yang mengagumkan membuatkan rasa cemburu dengan ciri-ciri bandar ini yang tidak terdapt di kebanyakan negara Islam.Penulis terus kembali ke hotel dan berehat untuk program seterusnya di Ryokoku University di Kyoto.

RYOKOKU UNIVERSITY

Menghadiri dialog di Ryokoku University. University Ryokoku telah ditubuhkan pada 1639 oleh seorang monk Budha. Kini Ryokoku University antara universiti terkemuka di Jepun dengan 19000 pelajar. Cuba untuk bertemu cucu Toshihiko Isutzu (sarjana hebat Jepun yang antara Magnum Opusnya God and Man in the Quran) iaitu Profesor Sano Tosei, Profesor di Ryokoku University di tetapi tidak kesampaian kerana ada urusan rasmi.

P1170881
Bersama Profesor Mitsuyo Dake, Ryokoku University

Menarik untuk dikongsikan di Universiti ini ialah perlaksanaan proses “Indoktrinasi atau menanamkan Nilai Budha dalam setiap bidang pengajian’. Universiti in telah ratusan tahun melaksanakan integrasi ilmu dan nilai Budha dalam pengajian. Antaranya, semua pelajar diwajibkan mengambil subjek ‘Introduction to Budhism termasuk pelbagai program, misi dan visi universiti juga di integrasikan. Prof Dake memaklumkan mereka langsung tidak memaksa sesiapa masuk agama Budha tetapi sudah cukup untuk melihat graduan dilahirkan menjadi manusia yang punya nilai dan etika.

Tertanya tentang projek “Islamisasi ‘ atau “Islamicisation’ atau integrasi ilmu aqli dan naqli yang telah dilaksanakan di universiti di dunia Islam yang boleh dikatakan masih dalam proses eksperimen. Mungkin boleh dipelajari perlaksanaan integrasi nilai dan etika dalam bidang pengajian di Ryokoku University ini. Mungkin boleh diperkenalkan subjek wajib khas untuk semua bidang pengajian ‘Introduction to Islamicisation’ atau ‘Introduction to Integration of Naqli dan Aqli’ atau apa-apa subjek yang bersesuaian.

P1170888
Ryokoku University Bermula Dengan Gakuryo

Penulis dibawa melawat sekitar Ryokoku University khususnya bangunan terawal yang berusia lebih 400 tahun dan kesemuanya diperbuat daripda kayu. Ryokoku University bermula dengan temple dan kemudiannya dibangunkan. Bangunan utama yang kami lawati yang dianggap antara struktur binaan terbesar bearaskan kayu di dunia. Kebiasaannya bangunan utama yang antic ini akan menempatkan pimpinan tertinggi Budha termasuk penginapan kepada Dalai Lama. Terdapat banyak peninggalan tamadun silam Jepun yang msih terpelihara kukuh. Terdapat lantai yang dibuat berbunyi bagi memastikan sebarang pencerobohan dapat diketahui melalui bunyi tersebut. Dinding penuh dengan lukisan mural yang kebanyakan melambangkan alam sekitar seperti bangau, harimau, phoenix, pohon cyprus dan banyak lagi. Kesemua mural ini berusia lebih 400 tahun.

P1170890
Antara Struktur Binaan Kayu Terbesar Di Dunia

RHINOSOKUKAI SALA

Seusai program dialog di Ryokoku University, penulis terus di bawa ke institusi Rhinosokukai Sala iaitu markas antara organisasi Budha terbesar di Jepun seperti juga Sokka Gakai. Ketua Sami telah memberikan syarahan mengenai aktiviti mereka termasuk falsafah Budha serta perkhidmatan yang diberikan kepada komuniti. Organisasi Rhinosokukai adalah antara organisasi yang berpengaruh di Jepun.

P1170908
Pintu Masuk Ibu Pejabat Organisasi Rhinosokukai

P1170907
Antara Kitab Utama Budha

Antara aktiviti organisasi ini adalah menyediakan perkhidmatan perubatan khusus bagi pesakit kanser dan kebajikan orang tua. Mereka juga menguruskan upacara seperti pengebumian, perkhidmatan kaunseling dan sebagainya. Ini termasuk perkhidmatan telefon kepada sesiapaa yang ingin meluahkan perasaan terutamanya bagi yang ingin membunuh diri di mana mereka akan cuba menasihati dan mengelakkan pengadu untuk membunuh diri.

Ketua Sami juga berkongsi tentang falsafah Budha yang merangkumi ‘unity of being’, reincarnation, life cycle dan lain-lain. Beliau juga menyatakan permasalahan warga Jepun yang hidup tidak beragama. Adalah menjadi perkara yang asing sekiranya beliau datang ke hospital atau mana-mana tempat dengan berpakaian sami. Kejadian bunuh diri juga adalah tinggi di Jepun. Kos perubatan yang tinggi juga adalah menjadi salah satu permasalahan besar. Itulah antara sebabnya organisasi ini memberikan perkhidmatan kesihatan kepada mereka yang memerlukan.

P1170904
Perpustakaan Manuskrip Budha. Ada yang berusia ratusan tahun.

Penulis mengambil kesempatan untuk berkongsi dengan organisasi Budha ini tentang Islam terutamanya apa yang dilaksanakan di malaysia. Penulis berkongsikan bagaimana Islam itu menjamin keadilan kepada semua manusia. Tiada istilah sami, paderi dalam Islam. Semuanya adalah sama di sisi Allah dan yang membezakan hanyalah taqwa dan amalan kebaikan kerana Allah. Penulis juga menyatakan bahawa di Malaysia, Islam dan negara itu tidak dapat dipisahkan. Sebagai agama persekutuan, Islam itu mesti diimarahkan, iaitu islam yang mengangkat wasatiyah dan hadharah sebagai antara ciri utama pendekatan. Dari aspek kebajikan, organisasi berteraskan Islam di malaysia memberikan pelbagai perkhidmatan sosial dan terlibat aktif dalam mendidik masyarakat di samping institusi kerajaan yang juga memainkan peranan dalam aspek ini.

Melalui pemerhatian, apa yang dilakukan oleh organisasi Rhinosukokai ini bukanlah perkara baru. Malahan banyak lagi organisasi yang sama melakukan aktiviti kebajikan. Apa yahg menarik ialah apabila penulis mengajukan soalan apakah worldview beliau sebagai Ketua Sami terhadap agama-agama lain. Beliau menjawab semua agama adalah lengkap ,elengkapi antara satu sama lain. Beliau mengatakan semua agama adalah melengkapi antara satu sama lain. Beliau menjawab dengan memberikan contoh misi untuk ke puncak gunung. Semua orang boleh ke puncak gunung dengan apa cara sekalipun, melalui sungai, bukit bukau, berlainan masa, berlainan jalan dan sebagainya. ‘Ultimate experience’ hanya akan dapat dicapai setelah sampai ke puncak gunung. Walaupun falsafah ini tidak bertepatan dengan Islam malahan berlawanan dengan ajaran Islam, namun sekurang-kurangnya pandangan sebegini menerbitkan kehidupan berharmoni antara agama khususnya dalam konteks masyarakat Jepun.

Falsafah yang disyarahkan oleh Ketua Sami Rhinosokukai ini bukanlah satu perkara yang baru malahan kesemua nilai yang diberitahu terkandung kukuh dalam ajaran Islam. Bahkan dari sudut kekuatan epistemologi dan theologinya juga islam adalah lebih superior dan agung. Kesemuanya nilai, etika, akhlak sudah dijelaskan secara mendalam seperti yang terkandung dalam al Quran. Ianya kekal dan tidak berubah sepanjang zaman. Namun, apa yang menjadi persoalan ialah dengan ‘philosophical foundation’ yang Budha ini, ia dapat diterjemahkan dalam bentuk nilai dan etika pada kehidupan. Bersandarkan kepada asas ini, mereka masih dapat melaksanakan ajaran Budha dengan baik. Ini dapat disaksikan bagaimana adab dan akhlak Ketua Sami yang melayan kami dengan penuh hormat dan susila. Beliau sendiri yang membancuhkan teh untuk kami, menghidangkan makanan, mesra, tutur kata yang sangat bersopan, meraikan kami dengan penuh terhormat. Ketua Sami yang dianggap suci dan mulia berlainan taraf oleh pengikut Budha, masih membumi dan melayan tetamu dan orang biasa dengan penuh hormat dan beradab.

P1170905
Bersama Ketua Sami Rhinosokukai

MAKANAN JEPUN

Sehabis program dialog dengan Rhinosokukai, penulis terus ke hotel penginapan. Makan malam di hotel kali ini adalah makanan tradisi Jepun. Secara ikhlasnya, makanan Jepun bukanlah citarasa penulis. Banyak yang tidak boleh diterima rasanya sebagai seorang yang punya perut Melayu. Hinggakan Dr Mehmet Asutay, sifu penulis pun tahu dan sekiranya makan dengan beliau, pastinya beliau akan meminta nasi dan makanan berkaitan dengannya yang menjadi menu utama penulis.

Makanan Jepun umumnya adalah segar dan dimasak secara rebusan. Asasnya adalah ikan, sup, soy sauce, wasabi, cuka, tafu, sayur jeruk dan tempura. Persembahan makanan adalah sangat penting. Kesemuanya dihidangkan dengan penuh gaya bahkan ia berlainan untuk setiap musim. Jika musim luruh, hiasan makanan menggunakan daun-daun muslim luruh dan jika musim bunga juga daun-daun musim bunga. Tertib dan cara pemakanan juga penuh dengan adab. Mungkin ini antara keunikan bangsa Jepun. Walau apapun masakan yang dihidangkan dalam dunia ini, penulis pastinya akan memilih masakan bonda dan isteri yang tetap jadi idaman dan pilihan.

P1170911
Menu Makanan Jepun

HOT SPRING

Penulis dikejutkan dengan jemputan untuk sesi berendam di air panas beramai ramai di Kyoto. Ini merupakan antara amalan di Jepun iaitu berendam dalam air panas beramai ramai dengan tidak berpakaian. Adalah tidak beradab dan dilarang sama sekali untuk memakai sebarang pakaian ketika upacara ini. Penganjur juga mengatakan kali ini adalah istimewa kerana peserta berpeluang untuk berendam air panas tanpa pakaian dengan sami Budha. Pada mereka, bersama sami Budha adalah satu perkara yang membawa kebaikan. Dengan senyuman, kesemua peserta menolak pelawaan sesi ini. Tidak dapat dibayangkan bagaimana agaknya amalan ini boleh menjadi antara budaya yang diterima.

P1170921
Hotel Chion In Wajun Kaikan

UPACARA KEAGAMAAN BUDHA

Peserta juga dipelawa untuk menyertai upacara ritual agama Budha di Wajun kaikan of Chion-in Temple. Kuil ini terletak berhadapan dengan hotel penulis menginap. Upacara bermula pukul 6.10 sehingga 6.50. Sesiapa dipelawa untuk hadir tanpa mengira bangsa dan agama. Penulis dengan senyuman menolak pelawaan ini. Ini melibatkan soal akidah. Akidah perlu dipelihara kesuciannya dan dipertahankan walau apa cara sekalipun. Sebarang elemen yang boleh mencemar kesucian akidah perlu dijauhkan. Pengalaman untuk bersama-sama melakukan upacara ritual Budha ini adalah sesuatu yang bertentangan dengan akidah. Penulis tetap dengan pendirian ini dan memohon maaf kepada penganjur kerana tidak dapat mengikuti sesi ini. Moga Allah memelihara penulis dengan iman dan Islam.

P1170915
Wajun kaikan of Chion-in Temple

BERSAMBUNG……..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s