Tajdid and Mujaddid

Tajdid dan Mujaddid

Zulkifli Hasan

Selain dari tajdid terdapat juga perkataan lain yang digunakan untuk merujuk kepada pembaharuan seperti tanmiya (pembangunan), nahda (reinassance), taghyir (perubahan), dan islah (reformasi). Namun demikian, penulis memilih untuk menggunakan istilah tajdid dalam artikel ringkas ini berdasarkan maknanya yang lebih tepat dan sesuai bagi merujuk kepada sumbangan pemikiran seorang ‘reformist’yang telah mencapai darjat seorang ‘mujaddid’.

Konsep tajdid dan mujaddid ini secara umumnya adalah bersandarkan kepada hadis Rasulullah Sallallahualaihiwasallam (SAW) diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radiallahuanhu (RA) yang menjanjikan setiap awal kurun, Allah akan mengirimkan kepada umat Islam ini seorang mujaddid. Rasulullah SAW bersabda: ‘Sesungguhnya Allah akan mengutus pada umat ini setiap awal 100 tahun seorang mujaddid yang membaharui urusan agamanya” (Abu Dawud, 1998: 647).

Tajdid berasal dari perkataan jaddada yujaddidu, tajdidan yang bermaksud telah, sedang atau akan membaharui. Di dalam al Quran, terdapat lapan kali perkataan dari kalimah ‘jadid’. Terjemahan tajdid di dalam Bahasa Ingeris ialah ‘renewal’. Al Maududi (1953: 43-44) mendefinisikan tajdid sebagai ‘the purification of Islam of all aspects of jahiliyya (non-Islamic practices)’iaitu mensucikan ajaran Islam dari sebarang aspek jahiliya atau perkara yang tidak menepati hukum syarak. Berdasarkan kepada takrifan Al Maududi ini, tajdid dengan itu bukanlah bermaksud membawa ajaran baru tetapi ianya merujuk kepada usaha dan agenda untuk mensucikan dan mengembalikan ajaran Islam kepada ajaran yang sebenarnya sepertimana yang terkandung dalam al Quran dan al Sunnah. Selaras dengan definisi ini mujaddid atau ‘reformist’ itu merujuk kepada orang yang membawa pembaharuan tersebut.

Terdapat beberapa kajian dijalankan mengenai konsep tajdid dan di antaranya ialah Tajdid Usul al-Fiqh al-Islami (Hasan al-Turabi, 1980), Usul al-Fiqh Fi Nasijih al-Jadid (Mustaf al-Zilmy, 1989), Hawlah Qadiyyat Tajdid Usul al Fiqh (Ali Jum`a, 1992), Nahwa Manhaj Jadid lidirasat Ilm Usul al-Fiqh (Muhammad al-Dusuqi, 1994), Al Fiqh al-Islami fi Tariq al-Tajdid (Muhammad Salim al Awwa, 1998) dan Al-Tajdid wa al Mujaddidun fi Usul al-Fiqh (Abd al-Salam Abd al-Karim, 2004). Namun demikian, penulisan mengenai tajdid yang dibicarakan dalam buku-buku ini membicarakan tajdid dan mujaddid secara khusus dalam aspek fiqh dan usul fiqh.

Al Suyuti dan al Azimabadi merupakan dua ulama yang secara khusus membicarakan konsep tajdid dan Mujaddid di mana mereka telah mengenalpasti mujaddid di beberapa kurun. Perlu diingat bahawa seorang mujaddid hanyalah seorang ‘reformist’ dan tiada mujaddid yang sempurna atau maksum bahkan tiada kesepakatan ulama untuk mengiktiraf seseorang mujaddid melainkan Khalifah Umar Abdul Aziz. Al Suyuti dan al Azimabadi merupakan dua ulama yang secara khusus membicarakan konsep tajdid dan Mujaddid di mana mereka telah mengenalpasti mujaddid di beberapa kurun. Perlu diingat bahawa seorang mujaddid hanyalah seorang ‘reformist’ dan tiada mujaddid yang sempurna atau maksum bahkan tiada kesepakatan ulama untuk mengiktiraf seseorang mujaddid melainkan Khalifah Umar Abdul Aziz. Perlu juga diingat bahawa hadis mengenai mujaddid tidak bermaksud bahawa kita hanya perlu menunggu kemunculan mujaddid pada setiap abad. Maksud yang lebih dinamik dan tersirat ialah hadis ini ingin mengingatkan bahawa perlunya ada usaha-usaha ke arah melahirkan mujaddid pada setiap zaman. Dalam erti kata lain penulis ingin mengetengahkan pemahaman yang lebih segar mengenai konsep tajdid ini iaitu ‘tajdid as a notion’. ‘Tajdid as a notion’ ini memerlukan umat Islam untuk secara kolektif memikirkan program dan pendekatan yang berkesan untuk melahirkan mujaddid-mujaddid ini.

Al Suyuti, (1937) meletakkan beberapa ciri dan kelayakan seseorang mujaddid berdasarkan hadis tersebut di atas iaitu: (i) mujaddid mestilah seorang individu; (ii) mujaddid mestilah hidup di permulaan kurun; (iii) mestilah menguasai Shari’ah dan ilmu; dan (iv) diiktiraf keilmuan oleh masyarakat. Ciri-ciri mujaddid oleh Al Suyuti adalah berdasarkan maksud zahir hadis. Namun demikian, Al Azimabadi, Ibnu Hajar dan al Minawi termasuk ulama kontemporari telah bersetuju bahawa mujaddid bukan sahaja hanya boleh merujuk kepada individu bahkan ianya boleh juga dalam bentuk institusi atau sekumpulan individu. Mereka juga berpandangan bahawa mujaddid tidak semestinya muncul di awal kurun sepertimana teori Al Suyuti tetapi boleh sahaja di awal, pertengahan atau akhir kurun seperti Al Juwayni seorang mujaddid yang hidup di pertengahan dan pengakhiran kurun kelima hijrah.

Al Suyuti, (1937) meletakkan beberapa ciri dan kelayakan seseorang mujaddid berdasarkan hadis tersebut di atas iaitu: (i) mujaddid mestilah seorang individu; (ii) mujaddid mestilah hidup di permulaan kurun; (iii) mestilah menguasai Shari’ah dan ilmu; dan (iv) diiktiraf keilmuan oleh masyarakat. Ciri-ciri mujaddid oleh Al Suyuti adalah berdasarkan maksud zahir hadis.

Namun demikian, Al Azimabadi, Ibnu Hajar dan al Minawi termasuk ulama kontemporari telah bersetuju bahawa mujaddid bukan sahaja hanya boleh merujuk kepada individu bahkan ianya boleh juga dalam bentuk institusi atau sekumpulan individu. Mereka juga berpandangan bahawa mujaddid tidak semestinya muncul di awal kurun sepertimana teori Al Suyuti tetapi boleh sahaja di awal, pertengahan atau akhir kurun seperti Al Juwayni seorang mujaddid yang hidup di pertengahan dan pengakhiran kurun kelima hijrah.

Mujaddid tidak semestinya seorang untuk setiap abad. Dalam setiap 100 tahun berkemungkinan akan terdapat lebih daripada seorang mujaddid. Mujaddid juga bukan hanya merujuk kepada tajdid dalam aspek undang-undang Islam atau fiqh bahkan ianya merangkumi apa-apa tajdid yang berkaitan dengan Islam. Di antara mujaddid kontemporari abad ke-20 yang diiktiraf oleh ulama ialah Jamaludin Afghani, Muhammad Abduh dan Rashid Ridha yang mempelopori gagasan pembaharuan modenisme Islam, Hassan al Banna melalui gerakan al Ikhwan al Muslimun, Abul A’la Al Mawdudi dengan Jamaat Islami dan Bediuzzaman Said Nursi dengan Risalat al Nur. Sejarah juga telah menunjukkan bahawa tajdid diperlukan untuk memperbaharui ajaran Islam dalam pelbagai aspek. Tajdid dalam siyasah dipelopori oleh mujaddid Khalifah Umar Abdul Aziz, tajdid dalam ijtihad dan usul fiqh oleh Imam Shafii, tajdid berkaitan Tauhid oleh Imam Abu Hasan al Ashaari, tajdid dalam metod tafsir al Quran oleh Imam Fakhrulrazi, tajdid berkaitan Tauhid, fiqh dan tasawuf oleh Imam Al Ghazali. Bagi abad ke-21 penulis berpandangan bahawa Yusuf al Qaradhawi adalah mujaddid kontemporari dalam ijtihad berdasarkan sumbangan dan pemikirannya yang sangat signifikan dan besar kepada umat Islam seluruh dunia.

Nota: penulisan di atas hanyalah sebahahagian daripada artikel penuh bertajuk ‘ Yusuf al Qaradhawi, Mujaddid Kontemporari dan Sumbangan Pemikirannya’ yang akan dibentangkan pada 29 September 2012 di Seminar Pemikiran Yusuf al Qaradhawi anjuran ABIM. Artikel penuh akan dikongsi selepas pembentangan tersebut.

Regards
Zulkifli Hasan


With Professor Masudul Alam Choudhury and Professor Rodney Shakespeare in Jakarta.

One thought on “Tajdid and Mujaddid

  1. saja belek balik article lama dr zul..

Leave a comment