Understanding Ramadhan and Appreciating Independence

MEMAHAMI RAMADHAN HAYATI KEMERDEKAAN

Zulkifli Hasan

1.0 Pendahuluan

Pada 1961, Presiden Habib Burguiba mengejutkan seluruh rakyat Tunisia apabila mengiystiharkan larangan berpuasa di bulan Ramadhan bagi semua penjawat awam. Bagi menunjukkan komitmen larangan ini, seluruh anggota Kabinet telah mengadakan majlis makan tengahari dan ditayangkan secara langsung di media elektronik. Arahan tegahan untuk berpuasa di bulan Ramadhan ini di buat berdasarkan andaian bahawa ianya akan mengurangkan produktiviti dan ini tidak baik untuk negara.

Tindakan yang dibuat oleh Presiden Habib Burguiba ini jelas menunjukkan kejahilan dan ketidaktahuan sejarah Islam. Sejarah telah mencatatkan banyak peristiwa penting umat Islam berlaku pada bulan Ramadhan. Ramadhan bukan menjadi penghalang kepada produktiviti mahupun penyebab kemunduran bahkan ianya adalah bulan kemenangan bagi umat Islam. Bermula dari penurunan wahyu pertama kepada Rasulullah Sallallahualaihiwasallam diikuti kemenangan umat Islam dalam peperangan Badar, Khandaq dan Hunain, penaklukan kota Mekah serta kejayaan mendapatkan kembali bumi Al Aqsa semasa era Salahuddin al Ayubi. Pada bulan Ramadhan juga empayar Rome ditakluki dan seterusnya menjadikan negara Islam sebagai salah satu kuasa besar.

Berbanding dengan zaman kegemilangan umat Islam terdahulu, pada masa ini, sesungguhnya umat Islam melalui masa-masa getir dengan pelbagai peristiwa dan tragedi yang berlaku di serata dunia. Walaupun kesemua negara Islam telah mencapai kemerdekaan setelah dijajah puluhan atau ratusan tahun, umat Islam masih berada dalam keadaan yang menyedihkan. Dengan mengenang nasib umat Islam di Afghanistan, Palestine, Iraq, Selatan Thailand dan Filipina, Sudan, Bosnia, Chechnya, China dan lain-lain yang tidak dapat ditulis dalam ruangan yang kecil ini, terdetik sejenak mengapakah peristiwa ini berlaku sedangkan umat Islam telah dianugerahi dengan nikmat Islam dan iman. Bahkan Ramadhan sudah semestinya menjadi institusi paling berkesan mendidik dan melatih umat Islam untuk kemajuan dan pembangunan. Sehubungan dengan itu, artikel ini serba sedikit akan mengupas intipati Ramadhan dan mengaitkannya dengan penghayatan kemerdekaan sempena sambutan yang ke-54.

2.0 Carta Prestasi Umat Islam Seiring Dengan Sambutan Ramadhan 1432H

Seiring dengan sambutan Ramadhan yang sudah melebihi 1400 tahun, artikel ini cuba memberikan sedikit gambaran tentang status umat Islam pada hari ini. Dalam konteks Malaysia, penulis juga ingin berkongsi fakta mengenai keadaan umat Islam setelah 54 tahun kemerdekaan. Fakta-fakta ini bakal menimbulkan satu persoalan mengapa umat Islam pada hari ini termasuk di Malaysia masih ketinggalan, mundur dan miskin. Penulis berpandangan bahawa salah satu punca kemunduran umat Islam pada hari ini adalah kerana gagal untuk memahami dan menghayati intipati dan aspirasi Ramadhan.

Berkenaan dengan pendidikan, laporan yang dikeluarkan oleh Yarmouk Universiti mengenai kedudukan universiti dan penyelidikan umat Islam sesuai dijadikan rujukan untuk membuka minda mengenai status umat Islam. Laporan ini mencatatkan bahawa di 57 negara OIC, hanya terdapat lebih kurang 1000 universiti. Jika dibandingkan dengan negara lain, Jepun misalnya mempunyai 1000 universiti manakala di Amerika sahaja, terdapat 5,758 universiti.

57 Negara OIC ini juga ketinggalan dari aspek penyelidikan di mana hanya keluarkan lebih kurang 500 PhD setahun berbanding di UK sahaja melahirkan 5,000 graduan PhD. Didapati tiada negara Islam yang memperuntukkan lebih dari 0.5% daripada GDP untuk penyelidikan berbanding di Jepun, Amerika dan Jerman yang memperuntukkan sekurang-kurangnya 2.5% daripada GDP mereka. Begitu juga yang berlaku dari sudut penerbitan apabila direkodkan bahawa negara Islam hanya menerbitkan kira-kira 100,000 buku dan artikel penyelidikan daripada jumlah 2.1 juta naskhah yang telah diterbitkan di seluruh dunia. Bahkan, hingga kini tiada universiti di negara Islam yang tersenarai sebagai antara 100 terbaik di dunia.

Dari sudut ekonomi, direkodkan bahawa hampir separuh daripada 57 negara OIC diklasifikasikan sebagai ’Negara Berpendapatan Rendah’ dan ’Negara Miskin dan Tinggi Keberhutangn’. 70-85% daripada 1.6 billion orang Islam ini juga dikategorikan sebagai ’non-bankable’ dan 50% hidup di bawah garis kemiskinan serta 25% tiada akses pada kemudahan perubatan dan air bersih. Sebagai contoh revolusi di Tunisia tercetus akibat kesempitan hidup iaitu lebih 40% kadar pengangguran dan lebih 25% dilaporkan sebagai miskin tegar. Situasi yang sama berlaku di Mesir iaitu dengan 80 juta penduduk dan lebih 90% adalah Muslim, direkodkan hampir 50% penduduk adalah miskin dan kadar pengangguran juga mencecah lebih 10%.

Dari aspek GDP, walaupun negara OIC mewakili 70% daripada pengeluaran minyak dunia, GDPnya hanyalah 4.7% daripada GDP dunia, eksport hanya 7.9% daripada jumlah eksport dunia dan 1.3% daripada perdagangan dunia. GDP negara OIC melainkan Turki dan Indonesia adalah kecil daripada syarikat di senarai bursa saham di barat. Umpamanya, GDP Malaysia pada 2009 hanya US$193 billion hanya bersamaan dengan ’market capitalisation’ Google.

Kegagalan Menghayati Aspirasi Ramadhan Antara Punca Permasalahan

Merenung kepada fakta dan angka tersebut di atas, jelas menunjukkan umat Islam kini menghadapi krisis yang perlu ditangani segera. Persoalannya di sini, mengapa dan kenapa ianya berlaku sedangkan disepakati bahawa Islam itu agama yang syumul, sempurna dan merupakan cara hidup. Lebih-lebih lagi Islam memperuntukkan sebuah institusi pembersihan jiwa mendidik rohani dan jasmani yang perlu dilalui oleh setiap umat Islam selama sebulan setiap tahun.

Institusi Ramadhan merupakan sebuah institusi yang diperuntukkan khusus oleh Allah untuk melatih, mendidik, menyucikan jiwa dan fizikal umat Islam. Ia umpama sebuah kem, sekolah, universiti atau institusi lain yang menyediakan modul untuk membina kekuatan diri. Bagi memotivasikan umat Islam, Allah menjanjikan pelbagai insentif yang hampir mustahil untuk ditolak umpamanya malam ’lailatul qadr’ yang hanya ditawarkan kepada umat Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam. Sekiranya ruh Ramadhan ini dihayati, umat Islam pasti selepas ini akan dapat mengembalikan kegemilangan Islam sepertimana yang dikecapi satu masa dahulu. Dengan itu, penulis berpandangan bahawa antara punca utama permasalahan yang berlaku hari ini ialah kegagalan umat Islam untuk menjadikan institusi Ramadhan sebagai medan membentuk syahsiah diri mencapai darjat ketaqwaan.

3.0 Memahami dan Menghayati Intipati Ramadhan

Kenapa Ramadhan?

Timbul persoalan mengapa Ramadhan amat penting sebagai institusi mendidik diri. Jawapannya sudah pastilah kerana ianya arahan Allah kepada hambanya agar dapat membina kekuatan jiwa dan iman melalui proses pentaqwaan diri. Kenapa pula Ramadhan dipilih sebagai institusi latihan dan ujian? Ini berkemungkinan amat berkait rapat dengan hadis Nabi Sallallahualaihiwasallam yang menyebut bahawa apabila Ramadhan menjelang tiba maka pintu syurga dibuka, ditutup pintu neraka serta dibelenggu para syaitan (Al-Bukhari dan Muslim).

Bertepatan dengan makna Ramadhan yang bermaksud panas iaitu bulan menghanguskan dosa, Allah telah memberikan peluang kepada umat Islam untuk beramal dan beribadah tanpa gangguan hasutan syaitan. Segala kelakuan dan perbuatan di bulan Ramadhan menjadi cermin sebenar tatkala syaitan dirantai daripada menghasut dan membisik. Allah telah memberikan peluang yang sangat tinggi nilainya ini untuk umat Islam membentuk dan membina syahsiah diri dengan hanya perlu berhadapan dengan hawa nafsu tanpa dipengaruhi oleh bisikan syaitan.

Taqwa Sebagai Objektif Ramadhan

Tidak dapat dinafikan pelbagai hikmah Ramadhan dan puasa yang dapat dibuktikan melalui kajian saintifik sehinggakan terdapat di Amerika, ‘Fasting Centre International Incorporation’ sebuah institusi yang mempromosikan puasa sebagai cara untuk mencegah dan memulihkan penyakit. Namun begitu, kelebihan berpuasa sama ada dari sudut kesihatan mahupun dari aspek yang lain bukanlah merupakan matlamat utama Ramadhan. Objektif utama Ramadhan dirakamkan oleh Allah dengan jelas di dalam al Quran iaitu untuk mencapai darjah ketaqwaan.

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (Al-Baqarah: 183)

Melalui ayat di atas tersangatlah jelas bahawa melalui kalimah ‘la’alla’ itu yang bermaksud, ‘agar’ atau ‘semoga’ atau ‘mudah-mudahan’ menunjukkan matlamat sebenar puasa Ramadhan iaitu tidak lain dan tidak bukan mencapai makam taqwa. Kelebihan taqwa ini dinukilkan Allah di dalam surah al A’raf ayat 26 yang bermaksud “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian Taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat”.

Sekiranya dirujuk kembali, pengertian taqwa bukan sahaja bererti takut namun ianya juga membawa maksud yang lebih luas. Ibn Kathir manyatakan taqwa berasal daripada perkataan tawaqqi, iaitu menjaga diri daripada perkara yang tidak diingini. Imam Ibn Kathir menerangkan Taqwa di dalam tafsirnya dengan merujuk kisah dialog Umar al Khattab dan Ubay bin Kaab. Dalam kisah ini Ubay memberikan analogi Taqwa dengan perumpamaan orang melalui jalan berduri di mana sudah pastinya seseorang itu berhati-hati bagi mengelakkan terpijak duri.

Bagi merumuskan makna taqwa, kata-kata daripada Ali Bin Abi Talib sangat relevan untuk dirujuk. Beliau merumuskan ciri taqwa itu kepada empat iaitu takut kepada azab dan murka Allah, yakin dengan al Quran, redha dengan sedikit nikmat dan sedia menghadapi hari kematian. Keempat-empat ciri inilah yang menjadikan seorang yang bertaqwa itu mempunyai peribadi unggul dan jiwa yang merdeka.

Di samping memahami taqwa sebagai matlamat Ramadhan, ianya juga membuktikan keadilan Allah. Sesungguhnya Allah menilai seseorang itu melalui kaca mata taqwa dan bukan dari kualiti yang lain. Taqwa itu boleh dicapai oleh sesiapa sahaja sama ada individu itu kaya, miskin, gemuk, kurus, cantik, kurang upaya, ternama dan sebagainya. Melalui penilaian taqwa ini Allah jelas menunjukkan keadilanNya di mana semua manusi berpotensi untuk mencapai makam taqwa dan seterusnya mendapat kasih dan rahmat Allah.

4.0 Ruh Ramadhan Hayati Kemerdekaan

Tahun ini genap kita mencapai kemerdekaan yang ke-54 dengan tema “1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”.. Kemerdekaan tahun ini adalah lebih manis kerana ianya jatuh sejurus selepas bulan Ramadhan yang mulia. Seiring dengan ruh Ramadhan ini, penghayatan kemerdekaan kali ini sepatutnya menjadi lebih bermakna dan menerbitkan kefahaman yang mendalam kepada konsep mencapai kemerdekaan dan juga mengisi kemerdekaan. Kemerdekaan lebih 54 tahun lalu bukanlah satu perkara yang mudah dicapai. Namun begitu, agenda mengisi kemerdekaan itu adalah perkara yang lebih sukar. Ini bersesuaian dengan nukilan para hukama’ yang menyatakan jihad melawan nafsu adalah lebih besar dari jihad melawan musuh Islam.

Di Mana Umat Islam Malaysia Selepas Kemerdekaan?

Dengan bilangan penduduk Malaysia yang mencecah 28.3 juta, bilangan penagih dadah juga meningkat setiap tahun. Direkodkan setiap hari akan ada 12 penagih baru dan kini bilangan penagih dadah telah melebihi 1.3 juta orang. Lebih menyedihkan umat Islam mewakili 80% angka ini iaitu 1.04 juta manakal Cina, 149,000 dan India, 101,000. Kos penyelenggaraan mereka ini juga menelas kos yang amat besar iaitu mencecah RM8.65 bilion.

Dari sudut ekonomi, walaupun Malaysia telah berjaya menurunkan kadar kemiskinan sejak kemerdekaan, namun didapati umat Islam masih lagi mendominasi statistik penduduk miskin. Sebanyak 5.3% umat Islam dikategorikan sebagai miskin berbanding Cina, 0.6% dan India, 2.5%. Dianggarkan lebih 75% orang miskin di Malaysia adalah umat Islam.

Merujuk kepada fenomena jenayah, Statistik Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia melaporkan statistik kes rogol membabitkan pelajar kian meningkat dan pada tahun 2008 sebanyak 309 kes direkodkan di mana majoriti yang terlibat adalah orang Melayu. Selain daripada itu, PDRM juga merekodkan seramai 8,809 pelajar berusia antara 7 dan 18 tahun terlibat dalam kes-kes jenayah yang mana sebanyak 72..7% adalah umat Islam berbanding India, 10% dan dan Cina, 7.3%. Lebih menyedihkan, kes buang bayi juga didominasi oleh umat Islam apabila PDRM melaporkan lebih 80% yang didakwa terlibat adalah umat Islam.

Taqwa Sebagai Asas Penghayatan Kemerdekaan

Ketaqwaan merupakan satu bentuk penghambaan diri hanya kepada Allah iaitu membebaskan diri secara total dari perhambaan dengan manusia. Apa guna kemerdekaan dicapai sekiranya jiwa, pemikiran dan cara berfikir masih lagi berada di bawah ruang lingkup yang tidak merdeka. Kemerdekaan itu amat sia-sia jika ianya tidak diisi dengan agenda umat. Lebih malang lagi apa yang berlaku ialah kemerdekaan yang dicapai selepas penjajahan itu diganti dengan bentuk penjajahan lain seperti pemerintahan diktator yang dilihat lebih kejam sebagaimana yang berlaku di Tunisia yang diperintah secara zalim oleh rejim Habib Borguiba dan Ben Ali dan di Mesir yang dizalimi puluhan tahun oleh rejim Anwar Sadat, Gamal Nasir dan Husni Mubarak.

Dalam konteks Malaysia, walaupun tidak dinafikan negara telah mencapai kemajuan namun begitu, masih terdapat banyak permasalahan dan krisis sosial yang berlaku pada umat Islam. Berdasarkan fakta yang tersebut di atas, jelas menunjukkan umat Islam di Malaysia masih lagi dibelenggu masalah sosial, ekonomi dan lain-lain. Permasalahan penagihan dadah, jenayah, kemiskinan, pendidikan dan sebagainya masih menghantui dan membelenggu umat Islam. Penulis berpandangan di antara punca permasalahan ini ialah kerana kegagalan menghayati ruh Ramadhan dan juga umat Islam menghadapi krisis taqwa. Sekiranya taqwa itu dijadikan sebagai dasar pembangunan diri, bangsa dan negara sudah pasti umat Islam akan kembali dihormati dan mendapat kedudukan yang sewajarnya.
Bagaimana Mencapai Ketaqwaan?

Di dalam berbicara mengenai matlamat ketaqwaan, persoalan yang besar diajukan ialah bagaimana atau apakah formula untuk mencapai darjat ketaqwaan. Sepertimana perkara yang lain, usaha untuk mencapai taqwa perlu melalui satu proses. Proses ini perlu dilaksanakan satu persatu secara konsisten, ikhlas dan itqan. Penulis membahagikan proses mencapai makam ketaqwaan ini kepada empat fasa seperti berikut: –

Fasa Pertama: Berilmu.

Ketaqwaan tidak akan dapat dicapai melainkan dengan ilmu. Hanya dengan ilmu yang sahih dapat memberi petunjuk kepada kita mengenai cara dan amalan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah.

Fasa Kedua: Beramal

Taqwa itu sangat berkait rapat dengan amalan. Tanpa amalan walaupun berilmu tidak akan dapat membuatkan seseorang mencapai darjat ketaqwaan. Begitu juga amalan yang dibuat sambil lewa juga tidak mendapat perhatian daripada Allah. Dalam hal ini setiap amalan itu perlu mempunyai ciri-ciri Itqan, Istiqamah dan Ikhlas.

(i) Itqan: Rasulullah bersabda: Allah mengasihi seorang hamba kalau ia melakukan sesuatupekerjaan ia melakukannya dengan sempurna (Al-Tabarani).
(ii) Istiqamah: Dan sesungguhnya amal yang paling dicintai Allah adalah yang terus menerus meskipun sedikit.(Muttafaq ‘alaih)
(iii) Ikhlas: Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar Al Khattab, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah bersabda: Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan (Bukhari dan Muslim).

Fasa Ketiga: Berdoa dan Bertawakkal

Berdoa merupakan senjata orang mukmin. Sebagai hamba kepada Allah, amalan berdoa dengan sepenuh hati tanpa jemu akan menjadikan diri merasa sangat kecil di hadapan Allah. Doa ini pula mesti diikuti dengan tawakkal iaitu konsep berserah pada ketentuan Allah. Konsep doa dan tawakkal ini yang akan menambahkan ciri ketaqwaan kepada Allah di mana ianya memperlihatkan peranan kita sebagai hamba Allah yang menyerahkan sepenuh jiwa raga kepadaNya.

Fasa Keempat: Syukur dan Redha

Setelah melalui ketiga-tiga fasa di atas, setiap individu yang ingin mencapai darjat ketaqwaan perlu memenuhi ciri-ciri fasa terakhir iaitu syukur dengan nikmat dan anugerah Allah dan redha dengan apa sahaja ujian, pemberian dan penentuan Allah. Konsep syukur dan redha ini merupakan natijah dari ilmu, amal, doa dan tawakkal. Melalui institusi Ramadhan yang menguji keimanan melalui pembentukan jiwa menerusi amalan ibadah yang disyariatkan akan dapat mendidik diri ke arah pembinaan insan yang bertaqwa.

5.0 Penutup

Ruh dan intipati Ramadhan perlu diberi penghayatan dan diterjemahkan ke dalam hidup umat Islam sepertimana hidupnya Ramadhan sewaktu zaman Rasulullah. Penghayatan Ramadhan melalui penterjemahan ruh dan intipatinya merupakan pencetus kepada matlamat ketaqwaan. Makam Taqwa itu pula penentu kepada harga diri kita di mata Allah. Hanya dengan pakaian taqwa kita akan mendapat rahmat dan berkat Allah serta mempunyai harga di mata Allah. Apabila kita mendapat rahmat Allah ini, maka dengan itu jugalah segala usaha ke arah pembangunan diri, negara, bangsa dan umat akan mendapat keberkatan dan tidak akan menjadi sia-sia. Sesuai dengan sambutan kemerdekaan yang ke-54 ini juga marilah kita jadikan Ramadhan sebagai titik tolak dan asas pengukuhan Taqwa demi kesejahteraan umat Islam. Hayatilah roh Ramadhan al-Mubarak hanya untuk mendapat keredhaan Allah dan hidupkanlah semarak semangat kemerdekaan melalui penghayatan Ramadhan serta jadikan taqwa sebagai dasar pembangunan ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat.

Israel’s Convenient War on Gaza

Israel’s Convenient War on Gaza

By Richard Lightbown Available at: http://palestinechronicle.com/

Two terror attacks in southern Israel on Thursday 18 August caught the army by surprise despite having received a large number of warnings. The official story is that members of the Popular Resistance Committee in the Gaza Strip entered Egypt through tunnels from the Strip and travelled nearly 200 kilometres to near the north of Eilat where the crossed the border. Significantly, no organization in Gaza has claimed responsibility for the attack.

The driver of the first of two buses attacked was reported in Haaretz as saying that two of the gunmen were dressed in Egyptian army uniforms. The second bus was blown up by a suicide bomber. Fourteen people were killed and 31 wounded. In addition Israeli forces shot five gunmen while Egyptian border police killed two more. Many of the attackers, perhaps as many as ten, escaped. It appears that an Israeli military helicopter attempted to give chase and crossed into Egypt territory where it mistakenly attacked an Egyptian army unit, killing five and wounding several others.

A large variety of weaponry is reported to have been used in the attacks including mortar fire, an anti-tank missile and an RPG device that was fired at a pursuing helicopter. Explosives were laid alongside the road. In a further shooting attack in the same area later that afternoon two Israeli soldiers were wounded and three gunmen died. The sophistication and success of this attack demonstrate an unusual level of competence.

Israel’s response has been to launch at least 50 air strikes into civilian areas in the Gaza Strip since Thursday. While the Secretary General of the Salah Ed Deen Brigades and a member of the Popular Resistance Committees are reported killed the total number of casualties on 20 August was 15 dead and 45 wounded. Two of the dead were two years old and another was thirteen. Ten children, eight women and two elderly are amongst the injured, one 15-year-old is said to be seriously hurt. A Facebook account showing photographs depicting some of the truly horrific injuries from these attacks had gone down on Sunday morning, but many of the photographs were still available on the Europalestine website.

In a diplomatic response the Israeli ambassador to the UN lobbied members of the Security Council in an attempt to get a Security Council Presidential Statement condemning the terror attack. The Jerusalem Post said that the US, European members and India were strongly in favour of the statement. At an unofficial discussion of the US draft held on Friday Lebanon asked for the inclusion of an amendment citing the “the escalation in Israeli bombardment of Gaza”. The US and European members are reported to have opposed this but there was no record of any opposition from Indian or from other members which include Russia, China and Brazil. Rather than face criticism in a UNSC Presidential Statement Israel arranged for the proposal to be withdrawn. Their UN ambassador, Ron Proser, made acrimonious comments about the UN’s failure to condemn terror against Israelis, but avoided any comment on the children and other civilians killed by Israeli retaliatory airstrikes.

Meanwhile the more compliant Quartet of the Middle East was prevailed upon to issue strong condemnation of the attacks in southern Israel, which it incorrectly described as “cowardly” (hardly an accurate word for a person who risks death or deliberately blows themselves up, whatever the morality of the action). Token concern was expressed for the situations in Gaza and Sinai. The Quartet’s special representative, Tony Blair also condemned the attack in Israel but made no comment on the attacks in Gaza which have caused a higher toll of dead and injured.

The authenticity of claims of a Gaza link to the attacks in Israel has been questioned by Joseph Dana who pointed out that the Haaretz account was based entirely on anonymous sources and government hearsay accounts. (Nonetheless most of the international media outlets published the same line.) IMEMC has referred to a denial by the North Sinai Governor who said that the claims of Palestinians infiltrating into Egypt through the border were impossible to believe. He added that Egypt has full control over the border with Gaza and the security presence was not affected by the regime change in Egypt. It should also be remembered that previous attacks on the Sinai gas pipeline from Egypt to Israel (there have been five such attacks this year) have usually been accredited to Bedouin. So IDF Spokesperson Lt. Colonel Avital Leibovitz did not instil much confidence when she told the Real News that intelligence information from the bodies showed that the gunmen used Kalashnikov bullets and rifles and that these are very common in Gaza. The Kalashnikov after all is the most widely available weapon on the planet, and accounts for an estimated 20% of all firearms available worldwide.

An Israeli government unpopular at home because it cannot or will not face up the cause of social protests must at least show that it can act with determination to protect Israel’s security. And who better to blame than the residents of the Gaza Strip, whom the international community has shown over decades to be unwilling to help or defend? So it was that two-year-olds in Gaza died to atone for the death of Israeli citizens, who perhaps may have been victims of Al-Qaeda terror, so what? Israel can no longer attack Egypt with impunity, so the usual suspects will have to suffice.

However this still leaves the problem of the Egyptian soldiers who happened to be in the wrong place at the wrong time, and an Egyptian public that has more of a voice on Egyptian foreign policy that it did under the Mubarak dictatorship. While an adventurer in Cairo scaled the fifteen storey-building to remove the Israeli flag from the embassy roof protesters outside demanded that their ambassador be recalled and also protested the bombardment of Gaza. The interim government itself seems undecided as to whether it will or won’t recall its ambassador from Tel-Aviv after Jerusalem refused to issue an apology for the killings. Most governments would probably have honoured such a demand under the circumstances, but the Israeli government is not well practiced in the art of diplomacy. (Later Israeli Minister of Defense Ehud Barak expressed ‘regrets’ for the killings). t is also contemporaneously being pressured to give an apology to Turkey over the assault on the Mavi Marmara; an apology it is most unwilling to give for fear of facilitating the prosecution of members of its armed forces. Quite possibly that piece of international arrogance and contempt has come round yet again to embarrass and impede Mr Netanyahu. Notwithstanding, the longer this row continues, the more the Egyptian stance is likely to harden.

As the anger in Gaza personifies itself by mortars and rockets fired at southern Israel the target population is learning that the much-vaunted Iron Dome is not a guaranteed defence against projectiles fired from Gaza. The 200,000 people in Beersheva along with the populations of Sderot and Ashdod remain at risk and in fear from these attacks. But Israeli options are not so straightforward. Launching Cast Lead 2 could trigger an onslaught from Hezbollah in Lebanon, which is reputed to have up to 30,000 missiles at its disposal for a war with its southern neighbour. Meanwhile Israel’s Southern Command remains at a low strength following years of cold peace with Egypt.

As terrorists aim sparks at the tinder box that is the Near East the time has come for wise heads to prevail. Yet with a high proportion of fanatics in the Knesset, Benjamin Netanyahu more interested in political survival that statehood, AIPAC puppets controlling the White House and Congress, and a weak Palestinian leadership in Ramallah there appears to be little cause for hope. Unless Israelis on the streets can take the lead and join with those who advocate an end to violence the options for regional peace currently appear to be very remote.

Notes: Let us pray for our brothers and sister in Gaza.

“O Lord our Father, our young patriots, idols of our hearts, go forth to battle — be Thou near them! With them — in spirit — we also go forth from the sweet peace of our beloved fire sides to smite the foe.

O Lord our God, help us to tear their soldiers to bloody shreds with our shells;
help us to cover their smiling fields with the pale forms of their patriot dead help us to drown the thunder of the guns with the shrieks of their wounded, writhing in pain;
help us to lay waste their humble homes with a hurricane of fire;
help us to wring the hearts of their unoffending widows with unavailing grief; help us to turn them out roofless with little children to wander unfriended the wastes of their desolated land in rags and hunger and thirst,
sports of the sun flames of summer and the icy winds of winter, broken in spirit, worn with travail, imploring Thee for the refuge of the grave and denied it for our sakes who adore Thee, Lord, blast their hopes, blight their lives, protract their bitter pilgrimage, make heavy their steps, water their way with their tears, stain the white snow with the blood of their wounded feet! We ask it, in the spirit of love, of Him Who is the Source of Love, and Who is the ever-faithful refuge and friend of all that are sore beset and seek His aid with humble and contrite hearts. Amen.” By Mark Twain

Best Regards
ZULKIFLI HASAN

Kebabnomics and Dates Index

Ramadan-inspired Dates Index

By Rushdi Siddiqui Available at: http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/20110815234034/Article/index_html

As a student of Islamic finance, there are a number of important lessons captured over the years, and today’s focus will be why there is no real need to “Islamicise” everything.

I have been fortunate enough to be involved in many interesting conversations over the years from the potentially practical (Islamic stock exchange, Islamic LIBOR, convergence between Islamic finance and Halal industry), to potentially flawed (Islamic inflation, Islamic unemployment, consumer price index (CPI), Islamic car, Islamic washing machine), and the potentially feasible (Islamic currency, Dinar).

While some of these topics are ideally suited as conference panel sessions, research topics for academic papers, and even awards for innovation, we need to reflect on the source of ideas that connect to the roots of Muslims in a meaningful manner. Concurrently, these same ideas should also click and tick with the non-Muslim community.

Big Mac Index

Today, I would like to speak about the theory of purchasing power, but present it as something relatively simple and relevant that not only attempts to capture the purchasing power of (Muslim country) consumers, but also with something that is closely linked to historical Arabia and referenced in the Qu-ran.

A purchasing power theory index has been around since 1986, and it’s linked to one of the most recognised global brands around the world. McDonald’s, the golden arches company, has made the “Big Mac” into a trademarked asset class, much like “Xerox” equated to photo-copying. Its signature product, Big Mac, is known worldwide and is often used as a symbol of American capitalism.

Why doesn’t the Muslim world, consisting 57 countries and nearly 25 per cent of world’s population, have something comparable? Are brands like Mecca Cola fit for purpose or is it pushing religion and confining to only Muslims?

In 1986, The Economist published the oversimplified burgernomics, as a tongue-in-cheek example of Big Mac PPP. It examines the purchasing power parity between nations, using the cost of a Big Mac as a benchmark. Obviously, this is the language utilised by a lay man and not an economist, but it conveys the essence of the index intent.

Put differently, the Big Mac index is about the amount of time that an average worker in a given country needs to earn to purchase a Big Mac.

Intuitively, intellectually, and practically the Big Mac index appeals to the common sense of the man on “any” street, Arab or Bumiputra or Main. Obviously, the Big Mac is not applicable to many Muslims, be it costs, halal certification, taste, or availability.

Kebabnomics

The million dollar question has two parts: 1. Does the Muslim world need to develop a Halal Big Mac equivalent index? 2. If so, what type of “food” could command the same brand recall as the Big Mac among the Muslims?

Yes, there is a desire to have a comparable (food) index that relates “more” to the Muslims due to its availability, acceptability, historical and religious significance. More importantly, it neither requires detailed explanation nor justification of the chosen “food”.

In going through the process of selecting the right food for the proposed index, obviously, it is worth looking at the various options considered to rival the Big Mac.

A rojak or oxtail soup index lacks the universality, as such cuisine may not be available or in demand outside of Malaysia, Singapore and Indonesia. Biryani is probably a better bet than rojak or oxtail at a global level, but should it be chicken, lamb, beef, or prawns based? A corresponding issue is the availability of the “flesh”, a luxury for many people living in the least developed countries, which coincides with them being Muslim countries.

Honorable mention needs to be made for bukhara rice, shawarmas, baklava, curry, bread, lentils, as index barometers, but somehow they do not quite encapsulate the notion of halal Kebabnomics.

Dates Index

Hence, the closest Big Mac match for Muslims could be the date. Obviously, there will be disagreements, not an uncommon trait found among Muslims, on comparing dates (natural food) to processed food (Big Mac) and the relevance of dates outside of Ramadan.

Dates are mentioned in the Quran as most beneficial for health, encouraged to be consumed at Iftar (breaking of fast) during the month of Ramadan, used as ingredient in a variety of foods, and are subject of economic scientific discussions, as its health components strike discourses at conferences and festivals.

Some of the references from the Quran include:
“…Would any of you like to have a garden of dates and grapes, with rivers flowing underneath and containing all kinds of fruits, then to be stricken with old age and have children who are weak, and then for a fierce whirlwind containing fire to come and strike it so that it goes up in flames?..” 2:266

“…Then we make grain grow in it, and grapes and herbs and olives and dates and luxuriant gardens and orchards and meadows, for you and your livestock to enjoy….” 80:25-32.

In Surah Maryam, the date has labour and post pregnancy replenishing benefits:
The pains of labour drove her to the trunk of a date-palm. She [Maryam] said, “Oh if only I had died before this time and was something discarded and forgotten!” A voice called out to her from under her, “Do not grieve! Your Lord has placed a small stream at your feet. Shake the trunk of the palm towards you and fresh, ripe dates will drop down onto you. Eat and drink and delight your eyes…” (Quran, 19:23-26)

It is in the holy month of Ramadan, that the sale of dates reaches its peak as Muslims worldwide abide by the Sunnah of Prophet Muhammad ( PBUH ) to break fast with dates or water — as he said, this is undoubtedly the best thing for the health of our bodies.

The variants of date products include pickled dates, date ice cream, date cola, etc, modelled into different delicacies. The utilisation of dates today, have grown by leaps and bounds as it was once a upon a time, used as a provision to nourish Prophets and Messengers in their long missions and nomadic lifestyle.

Evolving from basic nutrition, the popularity of dates have now reached championship level with the birth of Liwa Date Festival, a ten-day affair, organised in July, in Abu Dhabi, UAE. The competition showcased education on date farming as well as dishes and handmade products made from palm and dates. Visitors came in droves to discover the world of ripe dates and hear stories about the tree that bears the noblest fruits.

The proposed Dates Index may be stated as: how much time is required for a person to work to purchase 5 kilogram of Medina dates. In knowing fellow Muslims, there may be differences of opinion of the appropriate dates, but we need to have an indicator, which we can call our own.

The Dates Index is more relevant than a Big Mac as it ryhmes with all Muslims regardless of their race/ethnicity, geographical and/or cultural differences.

May I now pass the challenge to Malaysia’s INCEIF and ISRA for a meaningful applied research on my Dates Index to be carried out?

Regards
ZULKIFLI HASAN

Nukilan Ramadhan

RAMADHAN DAHULU DAN SEKARANG

Dahulu, pada zaman Rasulullah SAW bulan Ramadhan adalah bulan kemenangan bagi umat Islam. Sejarah telah mencatatkan banyak peristiwa penting umat Islam berlaku pada bulan Ramadhan. Bermula dari penurunan wahyu pertama kepada Rasulullah SAW diikuti kemenangan umat Islam dalam peperangan Badar, Khandaq dan Hunain serta penaklukan kota Mekah. Pada bulan Ramadhan juga empayar Rome ditakluki dan seterusnya menjadikan negara Islam sebagai salah satu kuasa besar. Pada masa ini umat Islam dipandang mulia dan dihormati. Semua golongan dari pelbagai bangsa, tidak mengira agama, warna kulit dan status berbondong-bondong memeluk Islam dengan keinginan dan pilihan mereka tanpa paksaan dan sebarang ugutan. Alangkah indahnya Ramadhan pada waktu itu.

Pada masa kini, sesungguhnya umat Islam melalui masa-masa getir dengan pelbagai peristiwa dan tragedi yang berlaku ke atas mereka di serata dunia. Dengan mengenang nasib umat Islam di seluruh dunia sepanjang 50 tahun yang lampau kezaliman di Palestine, Libya, Yaman, Tsunami di Indonesia, gempa bumi di Pakistan, mangsa kekejaman pihak berkuasa di Selatan Thailand dan Selatan Filipina, kemiskinan dan kepapaan umat Islam di Darfur, Sudan, Ethiopia, Afghanistan, mangsa perang Bosnia, kemunduran dan kebuluran di mana-mana dan bermacam-macam lagi yang tidak dapat ditulis dalam ruangan yang kecil ini. Terdetik sejenak mengapakah peristiwa ini berlaku sedangkan umat Islam telah dianugerahi dengan nikmat Islam dan iman yang tidak dianugerahkan kepada semua umat manusia di dunia ini. Alangkah sayunya Ramadhan pada masa ini.

Dahulu, para sahabat Rasulullah Sallallahualaihiwasallam menanti-nantikan dan merindui Ramadhan. Mereka bergembira menghidupkan Ramadhan dengan tarawih, tadarus, tahajud, qiyamullail dan sebagainya. Selawat dan tasbih sentiasa basah di bibir. Amalan bersedekah menjadi lumrah dan kebajikan golongan tidak berkemampuan diambil berat dan dibela. Di kala Ramadhan meninggalkan mereka, para sahabat menangis dan bersedih kerana takut tidak ketemu lagi Ramadhan yang mulia. Alangkah indahnya suasana Ramadhan ketika itu.

Kini, syawal lebih dinantikan berbanding Ramadhan. Suasana Ramadhan hanya meriah tatkala di permulaannya. Masjid dan surau hanya penuh di awal Ramadhan dan hampir lengang diakhirnya. Di sepanjang jalan kelihatan bazaar Ramadhan yang dihadiri ribuan umat Islam membeli juadah berbuka walaupun waktu Maghrib hampir menjelang tiba. Lagu-lagu raya dimainkan di mana-mana tatkala selawat dan salam lebih utama. Paling menyedihkan jumlah kehilangan nyawa akibat kemalangan jalanraya terus berleluasa tiada kurang angka statistiknya. Alangkah longlainya Ramadhan pada masa ini.

Bersempena Ramadhan yang mulia dan penuh dengan keberkatan ini, marilah kita mengambil iktibar segala peristiwa yang menimpa umat Islam masa kini dan bersama-sama menghayati makna sebenar Ramadhan. Ramadhan merupakan satu institusi penyucian rohani dan jasmani umat Islam. Madrasah Ramadhaniah perlu diberi penghayatan dan diterjemahkan ke dalam hidup umat Islam sepertimana hidupnya Ramadhan sewaktu zaman Rasulullah Sallallahualaihiwasallam. Melalui penghayatan dan perlaksanaan Ramadhan bakal dapat menentukan umat Islam samada mereka lulus dengan cemerlang atau sebaliknya di institusi Ramadhan dan seterusnya menjadi asas kepada usaha mengembalikan kegemilangan Islam di persada dunia. Hayatilah roh Ramadhan al-Mubarak.

ZULKIFLI HASAN

Christian groups oppose the establishment of Islamic Banking

ECWA says no to Islamic Banking

By SAM Eyoboka & OLAYINKA LATONA Available at: http://www.vanguardngr.com/2011/08/ecwa-says-no-to-islamic-banking/

EVANGELICAL Church Winning All (ECWA) has joined other Christian groups in the country to oppose the establishment of Islamic Banking in Nigeria.

Speaking with newsmen in Lagos, national president of ECWA, Pastor Anthony Farinto dismissed the proposal as “a poison mixed with honey”.

Arguing that nothing is free of interest in the true sense anywhere in the world, Farinto said the real intention of the proposed Islamic Banking is the Islamisation of the country.

The ECWA president also accused the Central Bank of Nigeria (CBN) governor, Mallam Sanusi Lamido Sanusi of working for the Islamisation of Nigeria, pointing out: “There is nothing free of interest or profit anywhere in the world. This project is all about the islamisation of Nigeria. I believe it is a poison mixed with honey”.

Farinto further alleged that the recent crisis in some commercial banks might have been orchestrated to give Islamic Banking a boost, arguing:: “How come there are crises in some banks? Could it be that someone somewhere is behind it so that we can have what looks like a viable option?”

He said Islamic Banking will discriminate against Christians if it becomes functional.

Farinto wondered: “Will they give loans to build churches and cathedrals? Will they give loans for pilgrims to Jerusalem? Will they also allow Christian ventures like piggery and others to enjoy such facilities?

“These are the issues involved and we say a capital NO to Islamic Banking under any guise”, he maintained. He also called on the Federal Government to arrest the Boko Haram menace up North to save Nigeria from disintegration, stating that the group is up in arms against Christians.

“What they are fighting for really is Islamisation of Nigeria. If they are against Western education, why target churches and Christians? The group is a terrorist organisation that must be stopped now,” he said.

Regards
ZULKIFLI HASAN