Welcoming Ramadhan 1436H

RAMADHAN MEDAN ISLAH AL NAFS (REFORMASI DIRI)

Pendahuluan

Pada 1961, Presiden Habib Burguiba mengejutkan seluruh rakyat Tunisia apabila mengiystiharkan larangan berpuasa di bulan Ramadhan bagi semua penjawat awam. Bagi menunjukkan komitmen larangan ini, seluruh anggota Kabinet telah mengadakan majlis makan tengahari dan ditayangkan secara langsung di media elektronik. Arahan tegahan untuk berpuasa di bulan Ramadhan ini di buat berdasarkan andaian bahawa ia akan mengurangkan produktiviti dan ini tidak baik untuk negara.

Tindakan yang dibuat oleh Presiden Habib Burguiba ini jelas menunjukkan kejahilan dan ketidaktahuan sejarah Islam. Sejarah telah mencatatkan banyak peristiwa penting umat Islam berlaku pada bulan Ramadhan. Ramadhan bukan menjadi penghalang kepada produktiviti mahupun penyebab kemunduran bahkan ia adalah bulan kemenangan bagi umat Islam. Bermula dari penurunan wahyu pertama kepada Rasulullah Sallallahualaihiwasallam diikuti kemenangan umat Islam dalam peperangan Badar, Khandaq dan Hunain, penaklukan kota Mekah serta kejayaan mendapatkan kembali bumi Al Aqsa semasa era Salahuddin al Ayubi. Pada bulan Ramadhan juga empayar Rome ditakluki dan seterusnya menjadikan negara Islam sebagai salah satu kuasa besar.

Berbanding dengan zaman kegemilangan umat Islam terdahulu, pada masa ini, sesungguhnya umat Islam melalui masa-masa getir dengan pelbagai peristiwa dan tragedi yang berlaku di serata dunia. Walaupun kesemua negara Islam telah mencapai kemerdekaan setelah dijajah puluhan atau ratusan tahun, umat Islam masih berada dalam keadaan yang menyedihkan. Dengan mengenang nasib umat Islam di Syria, Afghanistan, Arakan, Myanmar, Palestine, Iraq, Selatan Thailand, Filipina, Sudan, Bosnia, Chechnya, China dan lain-lain yang tidak dapat ditulis dalam ruangan yang kecil ini, terdetik sejenak mengapakah peristiwa ini berlaku sedangkan umat Islam telah dianugerahi dengan nikmat Islam dan iman. Bahkan Ramadhan sudah semestinya menjadi institusi paling berkesan mendidik dan melatih umat Islam untuk kemajuan dan pembangunan. Sehubungan dengan itu, artikel ini serba sedikit akan mengupas intipati Ramadhan.

Carta Prestasi Umat Islam Seiring Dengan Sambutan Ramadhan

Seiring dengan sambutan Ramadhan yang sudah melebihi 1400 tahun, artikel ini cuba memberikan sedikit gambaran tentang status umat Islam pada hari ini. Dalam konteks Malaysia, penulis juga ingin berkongsi fakta mengenai keadaan umat Islam setelah melalui kemerdekaan. Fakta-fakta ini bakal menimbulkan satu persoalan mengapa umat Islam pada hari ini termasuk di Malaysia masih ketinggalan, mundur dan miskin. Di samping mengakui bahawa banyak faktor lain yang menjadi punca kemunduran dan permasalahan umat Islam pada hari ini, namun Penulis berpandangan bahawa salah satu punca kemunduran umat Islam pada hari ini adalah kerana gagal untuk memahami dan menghayati intipati dan aspirasi Ramadhan.

Berkenaan dengan pendidikan, laporan yang dikeluarkan oleh Yarmouk Universiti mengenai kedudukan universiti dan penyelidikan umat Islam sesuai dijadikan rujukan untuk membuka minda mengenai status umat Islam. Laporan ini mencatatkan bahawa di 57 negara OIC, hanya terdapat lebih kurang 1000 universiti yang menepati piawaian antarabangsa. Jika dibandingkan dengan negara lain, Jepun misalnya mempunyai 1000 universiti manakala di Amerika sahaja, terdapat 5,758 universiti.

57 Negara OIC ini juga ketinggalan dari aspek penyelidikan di mana hanya keluarkan lebih kurang 500 PhD setahun berbanding di UK sahaja melahirkan 5,000 graduan PhD. Didapati tiada negara Islam yang memperuntukkan lebih dari 0.5% daripada GDP untuk penyelidikan berbanding di Jepun, Amerika dan Jerman yang memperuntukkan sekurang-kurangnya 2.5% daripada GDP mereka. Begitu juga yang berlaku dari sudut penerbitan apabila direkodkan bahawa negara Islam hanya menerbitkan kira-kira 100,000 buku dan artikel penyelidikan daripada jumlah 2.1 juta naskhah yang telah diterbitkan di seluruh dunia. Bahkan, hingga kini tiada universiti di negara Islam yang tersenarai sebagai antara 100 terbaik di dunia.

Dari sudut ekonomi, direkodkan bahawa hampir separuh daripada 57 negara OIC diklasifikasikan sebagai ’Negara Berpendapatan Rendah’ dan ’Negara Miskin dan Tinggi Keberhutangn’. 70-85% daripada 1.6 billion orang Islam ini juga dikategorikan sebagai ’non-bankable’ dan 50% hidup di bawah garis kemiskinan serta 25% tiada akses pada kemudahan perubatan dan air bersih. Sebagai contoh revolusi di Tunisia tercetus akibat kesempitan hidup iaitu lebih 40% kadar pengangguran dan lebih 25% dilaporkan sebagai miskin tegar. Situasi yang sama berlaku di Mesir iaitu dengan 80 juta penduduk dan lebih 90% adalah Muslim, direkodkan hampir 50% penduduk adalah miskin dan kadar pengangguran juga mencecah lebih 10%. Sehingga kini lebih 22 negara OIC masih dikategorikan sebagai Heavily Indebted Poor Countries (HIPC)oleh Bank Dunia.

Dari aspek GDP, walaupun negara OIC mewakili 70% daripada pengeluaran minyak dunia, GDPnya hanyalah 4.7% daripada GDP dunia, eksport hanya 7.9% daripada jumlah eksport dunia dan 1.3% daripada perdagangan dunia. GDP negara OIC melainkan Turki dan Indonesia adalah kecil daripada syarikat di senarai bursa saham di barat. Umpamanya, GDP Malaysia pada 2009 hanya USD193 billion hanya bersamaan dengan ’market capitalisation’ Google. Jumlah GDP negara OIC dengan populasi seramai 1.5 billion iaitu 22% daripada populasi dunia hanya mencapai USD9.8 trillion mewakili hanya 11% daripada jumlah GDP dunia.

Merujuk kepada tahap pendidikan, ia lebih menyedihkan. Sebagai contoh, kualiti pendidikan yang rendah dapat dinilai menerusi pencapaian dalam the Programme for International Student Assessment (PISA). Daripada 65 negara yang dinilai, 5 daripada 10 negara paling teruk pencapaian adalah negara Islam dan tiada negara Islam yang menduduki tangga yang boleh dibanggakan. Begitu juga dari aspek sains dan teknologi. Negara OIC hanya menyumbang 2.1% daripada jumlah Gross Domestic Expenditures on R&D dunia. Bagi memberikan gambaran betapa ketinggalannya negara OIC, boleh merujuk kepada permohonan Paten di dunia Islam berbanding dunia barat. Seluruh negara OIC hanya mencapai 60,000 permohonan paten mewakili 0.6%. Sedangkan US, Japan, China, Korea Selatan sahaja mewakili lebih 70% permohonan paten dunia. Aspek tadbir urus juga merupakan antara permasalahan utama negara OIC. An Economic Islamicity Index iaitu indeks bagi mengukur perlaksanaan nilai-nilai Islam sesebuah negara juga memberikan gambaran yang tidak baik kepada imej Islam. Daripada 208 buah negara yang dinilai tiada negara OIC yang menduduki tangga sehingga ke-30. Hanya Malaysia menduduki tangga ke-33 mewakili negara Islam yang mempunyai nilai tadbir urus yang baik. Kesemua negara bukan OIC mendominasi indeks terbaik keseluruhan indeks ini. Fakta-fakta ini seakan memberikan gambaran bagaimana madrasah Ramadhan itu gagal untuk memberi impak kepada kehidupan umat Islam di dunia.

Realiti Ramadhan dan Umat Islam di Malaysia

Dengan bilangan penduduk Malaysia yang mencecah 30 juta, bilangan penagih dadah juga meningkat setiap tahun. Direkodkan setiap hari akan ada 12 penagih baru dan kini bilangan penagih dadah telah melebihi 1.3 juta orang. Lebih menyedihkan umat Islam mewakili 80% angka ini iaitu 1.04 juta manakala Cina, 149,000 dan India, 101,000. Kos penyelenggaraan mereka ini juga menelas kos yang amat besar iaitu mencecah RM8.65 bilion.

Dari sudut ekonomi, walaupun Malaysia telah berjaya menurunkan kadar kemiskinan , namun didapati umat Islam masih lagi mendominasi statistik penduduk miskin. Sebanyak 5.3% umat Islam dikategorikan sebagai miskin berbanding Cina, 0.6% dan India, 2.5%. Dianggarkan lebih 75% orang miskin di Malaysia adalah umat Islam. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia melaporkan bahawa selepas tiga dekad pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, 75% pendapatan isi rumah di bawah RM2,000 sebulan adalah Bumiputra dan Melayu. Kadar kemiskinan tegar di Malaysia pula sebenarnya telah berada di tahap 24.3% sekiranya Paras Garis Kemiskinan ditetapkan kepada RM1,500 sebulan.

Dari aspek ketaksamarataan ekonomi di Malaysia, ‘the Colour of Inequality’buku yang mesti dibaca oleh warga Malaysia yang prihatin mendedahkan beberapa penemuan yang begitu membimbangkan. Lebih 50% warga Malaysia tidak mempunyai aset kewangan di mana melayu mewakili 74.3% jumlah ini. Dari sudut peluang pelajaran direkodkan bahawa bumiputra hanya mencapai jumlah 72, 387 bagi institusi pendidikan tempatan berbanding 175, 426 untuk bukan bumiputra. Jumlah ini lebih tinggi apabila merujuk institusi pendidikan luar negara di mana bumiputra hanya mencapai jumlah 5,800 manakala bukan bumiputra 112,000.

Merujuk kepada fenomena jenayah, Statistik Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia melaporkan statistik kes rogol membabitkan pelajar kian meningkat dan pada tahun 2008 sebanyak 309 kes direkodkan di mana majoriti yang terlibat adalah orang Melayu. Selain daripada itu, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) juga merekodkan seramai 8,809 pelajar berusia antara 7 dan 18 tahun terlibat dalam kes-kes jenayah yang mana sebanyak 72.7% adalah umat Islam berbanding India, 10% dan dan Cina, 7.3%. Lebih menyedihkan, kes buang bayi juga didominasi oleh umat Islam apabila PDRM melaporkan lebih 80% yang didakwa terlibat adalah umat Islam.

Menghayati Aspirasi Ramadhan Menuju Ketaqwaan dan al Falah

Merenung kepada fakta dan angka tersebut di atas, jelas menunjukkan umat Islam kini menghadapi krisis yang perlu ditangani segera. Persoalannya di sini, mengapa dan kenapa ia berlaku sedangkan disepakati bahawa Islam itu agama yang syumul, sempurna dan merupakan cara hidup. Lebih-lebih lagi Islam memperuntukkan sebuah institusi pembersihan jiwa mendidik rohani dan jasmani yang perlu dilalui oleh setiap umat Islam selama sebulan setiap tahun.

Institusi Ramadhan merupakan sebuah institusi yang diperuntukkan khusus oleh Allah untuk melatih, mendidik, menyucikan jiwa dan fizikal umat Islam. Ia umpama sebuah kem, sekolah, universiti atau institusi lain yang menyediakan modul untuk membina kekuatan diri. Bagi memotivasikan umat Islam, Allah menjanjikan pelbagai insentif yang hampir mustahil untuk ditolak umpamanya malam ’lailatul qadr’ yang hanya ditawarkan kepada umat Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam. Sekiranya ruh Ramadhan ini dihayati, umat Islam pasti selepas ini akan dapat mengembalikan kegemilangan Islam sepertimana yang dikecapi satu masa dahulu. Dengan itu, penulis berpandangan bahawa antara punca utama permasalahan yang berlaku hari ini ialah kegagalan umat Islam untuk menjadikan institusi Ramadhan sebagai medan membentuk syahsiah diri mencapai darjat ketaqwaan.

Memahami dan Menghayati Intipati Ramadhan

Mengapa Ramadhan?

Timbul persoalan mengapa Ramadhan amat penting sebagai institusi mendidik diri. Jawapannya sudah pastilah kerana ia arahan Allah kepada hambanya agar dapat membina kekuatan jiwa dan iman melalui proses pentaqwaan diri. Kenapa pula Ramadhan dipilih sebagai institusi latihan dan ujian? Ini berkemungkinan amat berkait rapat dengan hadith Nabi Sallallahualaihiwasallam yang menyebut bahawa apabila Ramadhan menjelang tiba maka pintu syurga dibuka, ditutup pintu neraka serta dibelenggu para syaitan (Al-Bukhari dan Muslim).

Bertepatan dengan makna Ramadhan yang bermaksud panas iaitu bulan menghanguskan dosa, Allah telah memberikan peluang kepada umat Islam untuk beramal dan beribadah tanpa gangguan hasutan syaitan. Segala kelakuan dan perbuatan di bulan Ramadhan menjadi cermin sebenar tatkala syaitan dirantai daripada menghasut dan membisik. Allah telah memberikan peluang yang sangat tinggi nilainya ini untuk umat Islam membentuk dan membina syahsiah diri dengan hanya perlu berhadapan dengan hawa nafsu tanpa dipengaruhi oleh bisikan syaitan.

Taqwa Sebagai Objektif Ramadhan

Tidak dapat dinafikan pelbagai hikmah Ramadhan dan puasa yang dapat dibuktikan melalui kajian saintifik sehinggakan terdapat di Amerika, ‘Fasting Centre International Incorporation’ sebuah institusi yang mempromosikan puasa sebagai cara untuk mencegah dan memulihkan penyakit. Namun begitu, kelebihan berpuasa sama ada dari sudut kesihatan mahupun dari aspek yang lain bukanlah merupakan matlamat utama Ramadhan. Objektif utama Ramadhan dirakamkan oleh Allah dengan jelas di dalam al Quran iaitu untuk mencapai darjah ketaqwaan.

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (Al-Baqarah: 183)

Melalui ayat di atas tersangatlah jelas bahawa melalui kalimah ‘la’alla’ itu yang bermaksud, ‘agar’ atau ‘semoga’ atau ‘mudah-mudahan’ menunjukkan matlamat sebenar puasa Ramadhan iaitu tidak lain dan tidak bukan mencapai makam taqwa. Kelebihan taqwa ini dinukilkan Allah di dalam surah al A’raf ayat 26 yang bermaksud “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian Taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat”.

Sekiranya dirujuk kembali, pengertian taqwa bukan sahaja bererti takut namun ia juga membawa maksud yang lebih luas. Ibn Kathir menyatakan taqwa berasal daripada perkataan tawaqqi, iaitu menjaga diri daripada perkara yang tidak diingini. Imam Ibn Kathir menerangkan Taqwa di dalam tafsirnya dengan merujuk kisah dialog Umar al Khattab dan Ubay bin Kaab. Dalam kisah ini Ubay memberikan analogi Taqwa dengan perumpamaan orang melalui jalan berduri di mana sudah pastinya seseorang itu berhati-hati bagi mengelakkan terpijak duri.

Bagi merumuskan makna taqwa, kata-kata daripada Ali Bin Abi Talib sangat relevan untuk dirujuk. Beliau merumuskan ciri taqwa itu kepada empat iaitu takut kepada azab dan murka Allah, yakin dengan al Quran, redha dengan sedikit nikmat dan sedia menghadapi hari kematian. Keempat-empat ciri inilah yang menjadikan seorang yang bertaqwa itu mempunyai peribadi unggul dan jiwa yang merdeka.

Di samping memahami taqwa sebagai matlamat Ramadhan, ia juga membuktikan keadilan Allah. Sesungguhnya Allah menilai seseorang itu melalui kaca mata taqwa dan bukan dari kualiti yang lain. Taqwa itu boleh dicapai oleh sesiapa sahaja sama ada individu itu kaya, miskin, gemuk, kurus, cantik, kurang upaya, ternama dan sebagainya. Melalui penilaian taqwa ini Allah jelas menunjukkan keadilannya di mana semua manusi berpotensi untuk mencapai makam taqwa dan seterusnya mendapat kasih dan rahmat Allah.

Islah Nafs ’Reformasi Diri’ Ke arah Ketaqwaan?

Secara umumnya amalan umat Islam dalam bulan Ramadhan selama ini tidak akan berjaya merealisasikan aspirasi untuk mencapai darjah ketaqwaan. Amalan Ramadhan umat Islam hari ini adalah tidak sama dengan amalan para salaf al-salih. Dahulu, para sahabat Rasulullah menanti-nantikan dan merindui Ramadhan. Mereka bergembira menghidupkan Ramadhan dengan tarawih, tadarus, tahajud, qiyamullail dan sebagainya. Laungan selawat dan tasbih menguasai suasana. Amalan bersedekah menjadi lumrah dan kebajikan golongan tidak berkemampuan diambil berat dan dibela. Di kala Ramadhan meninggalkan mereka, para sahabat menangis dan bersedih kerana takut tidak ketemu lagi Ramadhan yang mulia. Alangkah indahnya suasana Ramadhan ketika itu.

Kini, syawal lebih dinantikan berbanding Ramadhan. Suasana Ramadhan hanya meriah tatkala di permulaannya. Masjid dan surau hanya penuh di awal Ramadhan dan hampir lengang diakhirnya. Di sepanjang jalan kelihatan bazaar Ramadhan yang dihadiri ribuan umat Islam membeli juadah berbuka walaupun waktu Maghrib hampir menjelang tiba. Lagu-lagu raya dimainkan di mana-mana tatkala selawat dan salam lebih utama. Paling menyedihkan jumlah kehilangan nyawa akibat kemalangan jalanraya terus berleluasa dan tidak kurang angka statistiknya.

Setelah melihat kepada situasi dan amalan Ramadhan umat Islam pada hari ini secara umumnya, dapatlah disimpulkan bahawa Ramadhan yang disambut setiap tahun itu tidak akan dapat mengubah diri, masyarakat negara dan umat. Ini memandangkan amalan Ramadhan itu tidak dimanifestasikan dengan matlamat ketaqwaan. Di dalam berbicara mengenai matlamat ketaqwaan, persoalan yang besar diajukan ialah bagaimana atau apakah formula untuk mencapai darjat ketaqwaan. Umat Islam pada hari ini perlu melakukan transformasi diri atau dalam erti kata lain melaksanakan proses ’Islah al Nafs’ atau reformasi diri. Sepertimana perkara yang lain, usaha untuk mencapai taqwa perlu melalui proses ’reformasi diri’. ’Islah al Nafs’ ini perlu dilaksanakan satu persatu secara konsisten, ikhlas dan itqan dan kesemuanya ini memerlukan persiapan dari sudut ilmu, amal, tawakkal, syukur dan redha.

Berilmu.

Ketaqwaan tidak akan dapat dicapai melainkan dengan ilmu. Hanya dengan ilmu yang sahih dapat memberi petunjuk kepada kita mengenai cara dan amalan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah. Hanya dengan ilmu yang benar bersumberkan nas-nas yang sahih akan memastikan amalan yang dilakukan diterima Allah. Amalan dan ibadah yang bertentangan dengan amalan Rasulullah dan berunsurkan bidaah dhalalah bukan sahaja tidak diterima oleh Allah bahkan ia boleh menjadi faktor kemurkaan Allah.

Beramal

Taqwa itu sangat berkait rapat dengan amalan. Tanpa amalan walaupun berilmu tidak akan dapat membuatkan seseorang mencapai darjat ketaqwaan. Begitu juga amalan yang dibuat sambil lewa juga tidak mendapat perhatian daripada Allah. Amalan Ramadhan Rasulullah sesungguhnya perlu dijadikan panduan dan rujukan dalam segenap aspek. Dalam hal ini setiap amalan itu perlu mempunyai ciri-ciri Itqan, Istiqamah dan Ikhlas.

(i) Itqan: Rasulullah bersabda: Allah mengasihi seorang hamba kalau ia melakukan sesuatupekerjaan ia melakukannya dengan sempurna (Al-Tabarani).

(ii) Istiqamah: Dan sesungguhnya amal yang paling dicintai Allah adalah yang terus menerus meskipun sedikit.(Muttafaq ‘alaih)

(iii) Ikhlas: Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar Al Khattab, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah bersabda: Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan (Bukhari dan Muslim).

Berdoa dan Bertawakkal

Berdoa merupakan senjata orang mukmin. Sebagai hamba kepada Allah, amalan berdoa dengan sepenuh hati tanpa jemu akan menjadikan diri merasa sangat kecil di hadapan Allah. Doa ini pula mesti diikuti dengan tawakkal iaitu konsep berserah pada ketentuan Allah. Konsep doa dan tawakkal ini yang akan menambahkan ciri ketaqwaan kepada Allah di mana ia memperlihatkan peranan kita sebagai hamba Allah yang menyerahkan sepenuh jiwa raga kepadaNya.

Syukur dan Redha

Setelah melalui ketiga-tiga fasa di atas, setiap individu yang ingin mencapai darjat ketaqwaan perlu memenuhi ciri-ciri fasa terakhir iaitu syukur dengan nikmat dan anugerah Allah dan redha dengan apa sahaja ujian, pemberian dan penentuan Allah. Konsep syukur dan redha ini merupakan natijah dari ilmu, amal, doa dan tawakkal. Melalui institusi Ramadhan yang menguji keimanan melalui pembentukan jiwa menerusi amalan ibadah yang disyariatkan akan dapat mendidik diri ke arah pembinaan insan yang bertaqwa.

Penutup

Ruh dan intipati Ramadhan perlu diberi penghayatan dan diterjemahkan ke dalam hidup umat Islam sepertimana hidupnya Ramadhan sewaktu zaman Rasulullah. Penghayatan Ramadhan melalui penterjemahan ruh dan intipatinya merupakan pencetus kepada matlamat ketaqwaan. Makam Taqwa itu pula penentu kepada harga diri kita di mata Allah. Hanya dengan pakaian taqwa kita akan mendapat rahmat dan berkat Allah serta mempunyai harga di mata Allah. Apabila kita mendapat rahmat Allah ini, maka dengan itu jugalah segala usaha ke arah pembangunan diri, negara, bangsa dan umat akan mendapat keberkatan dan tidak akan menjadi sia-sia. Sesuai dengan sambutan Ramadhan ini juga marilah kita jadikan bulan ini sebagai titik tolak dan asas pengukuhan Taqwa demi kesejahteraan umat Islam. Hayatilah roh Ramadhan al-Mubarak hanya untuk mendapat keredhaan Allah dan hidupkanlah semarak semangat penghayatan Ramadhan serta jadikan taqwa sebagai dasar pembangunan ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat.

Rujukan

Abu Orabi, S. T. (2011). Scientific Research and Education in the Islamic World. Beirut, Lebanon.
AADK. (2012). Laporan Dadah 2011. Kuala Lumpur: AAADK.
Al-Ghazali. (2006). Ihya Ulumuddin. Kuala Lumpur: Darul Fajar.
Mohd Azis Ngah. (2011, 22 Mei). Masyarakat Memerangi Jenayah. Berita Harian.
SESRIC. (2010). Annual Economic Report on the OIC Countries 2010. Istanbul: Statistical, Economic and Social Research and Training Centre for Islamic Countries.
Mohammad Omar Farooq. (1999). Taqwa, Ramadan and the Quran: The Triangular Link of Our Ethical System. SSRN: http://ssrn.com/abstract=1564242.

P1150752
Ramadhan at Masjidil Haram, Makkah

Islamic Revivalism in the 21st Century: Myth or Reality

INTERNATIONAL CONFERENCE: ISLAM RAHMATAN LIL ‘ALAMIN

12th INTERNATIONAL YOUTH GATHERING (IYG), 1st February 2015/ Sunday

Islamic Revivalism in the 21st Century: Myth or Reality

Zulkifli Hasan, PhD (Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM))

Contents
1. Rahmatan lil ‘Alamin, Ummatism and Islah
2. Current State of Muslims Ummah
3. The Causes of Decline
4. The Need for Reform

Rahmatan Lil ‘Alamin

TAWHID: The essence of Islam is al Tawhid. Muslim is definable by his adherence to Al Tawhid.
Al Tawhid: Acknowledging God as sole Creator of the universe and Equalizing all men as creatures of God.
MERCY/COMPASSION/ BENEVOLENCE: “My mercy embraces everything” (7:156)
To all the world, both believers and disbelievers.
UNIVERSALISM:
The social order of Islam is universal, enveloping the whole of mankind.
Islamic social order holds Islam relevant to every era of human activity.
The qualities of humanness are possessed by all mankind by nature.

Ummatism

The ideal of the universal community is expressed in the word ‘Ummah’.
“Thus have We made of you an Ummah, Justly balanced, that you might be witnesses over the nations.“ (2: 143)
“You are the best ummah brought forth unto mankind, enjoining good works, prohibiting evil and putting your faith in Allah” (3: 110).
“Let there be of you an ummah, which calls men to good works and prohibits evil. Such are the felicitous” (3: 104)
“This is your ummah-one, united and integral and I am your Lord, Serve Me” (21: 92)
A universal society whose membership includes the widest possible variety of ethnicities or communities (sya’b or qawm) but whose commitment to Islam binds them to a specific social order (al Faruqi).

Ummatic Vision

Muslim Ummah: a mission which upholds a vision for mankind.
“We have made you a mid-most (just) community” (2: 143)
“O believers! Be establishers of Justice, Witness for God” (4: 135)
“Indeed We have sent forth Our Messengers with clear messages, and We sent down them the Book and the Balance, so that men may establish Justice” (57: 25).
Muslims have religious duties to undertake individually and collectively active struggle to establish justice.
Justice is the criterion (al-mizan) by which God will evaluate mankind;
Injustice triggers the decline of civilization (Ibnu Khaldun).

Islamic Revivalism: Reform, Resurgence, Renewal and Awakening

Tajdid (Renewal), Islah (Reform), Sahwah/Nahdah (Awakening), and Ihya (Revival)
Islam had to have its own reformation, enlightenment and liberal consciousness.
It is a process of modernization of the Muslim world with an Islamic orientation to design the scheme of modernization by conforming to Islamic norms.
The needed reform of Muslim thinking and, it will be a reform from within, not one imposed from outside.

Characteristics of the 21st Century

1. Globalization
Shortens geographic distances
Eased human travel through faster means of communication
Vast and free dissemination of information
Changes of lifestyle
2. Competition
3. Inequality:
The richest 1% owned 48% of global wealth, leaving just 52% to be shared between the other 99% of adults on the planet.
In 2010, the richest 80 people in the world had a net wealth of $1.3tn. By 2014, $1.9tn; an increase of $600bn in just 4 years.
Speculation represented about 99.2% of the activities of our equity market system, with capital formation accounting for 0.8%.

World Development Indicators

More than 76% of the global R&D expenditures is spent by developed countries, 31.7% (USA), 23.2% (EU), and 10.9% (Japan).
The OIC countries account for only 2.1% of the world total Gross Domestic Expenditures on R&D (GERD), or 8.8% of the total GERD of developing countries.
Israel (4.39%), Finland (3.78%) and Korea (3.74%) are the top countries in terms of allocating resources for R&D. Top countries in OIC are Tunisia (1.1%), Malaysia (1.07%) and Turkey (0.84%). The Muslim world spend only 0.5% on R&D while the non Muslim world spend 5% on R&D.
The Muslim world spends less than 4% of their GDP on education.

World Governance Indicators

Indicators. 1) voice and accountability 2) political instability and absence of violence; 3) government effectiveness: 4) regulatory quality; 5) rule of law; and 6) control of corruption.
While developed countries outperform developing countries in all categories, other developing countries also do comparably better than OIC countries.
In none of the categories, OIC countries as a group attain a positive score.
Voice and accountability and political stability categories are the weakest categories for OIC countries.

Democracy Index

Freedom House’s annual survey of political rights and civil liberties
4 Muslim countries are free: open political competition, a climate of respect for civil liberties, significant independent civic life, and independent media.
14 are partly free: limited respect for political rights and civil liberties.
9 are not free: basic political rights are absent, and basic civil liberties are widely and systematically denied.
The Index of Election World: 13 Countries have democracy and 44 do not. Of these 44 countries: pseudo democracy, absolute monarchy, and dictatorship.

World University Ranking

The Times Higher Education World University Ranking
Only 9 are in Muslim world.
The Top 100 Universities in the World–No Muslim University Ranked
QS World Ranking
Only 20 are in Muslim world.
No Muslim University Ranked at the top 100 universities

The Programme for International Student Assessment (PISA)

Among the 65 countries surveyed in the study, 5 of the 10 worst performers on the overall reading scale are the OIC member countries.
Turkey as the best performing OIC country occupies only the 44th position.
More than 30% of Malian youths aged 15–19 yrs who completed 6 years of schooling could not read a simple sentence.
In Pakistan, tests of grade 3 children found that only half could answer very basic multiplication questions

Corruption Perceptions Index

Transparency International: 177 countries.
Ranges from 10 (Least Corrupt) and O (Most Corrupt).
8 Muslim majority countries were among the 10 most corrupt nations. 
Only 6 Muslim countries are above the borderline.
Israel scored a 61 on the index and ranked 36th least corrupt.

The Global Competitiveness Index

The index covers 114 indicators under 12 pillars namely “institutions, infrastructure, macroeconomic environment, health and primary education, higher education and training, goods market efficiency, labour market efficiency, financial market development, technological readiness, market size, business sophistication and innovation”
Average GCI score of 3.90 in 2013, as compared to the rest of the world 4.2 and developed countries 5.0.
Only Qatar, United Arab Emirates, Malaysia and Brunei scores above 5.

The World Intellectual Property Organization (WIPO)

The total patent applications in OIC countries reached almost 60,000; account for only 0.6% of total applications filled in the world.
Countries with higher number of patent applications attained better positions in global competitiveness rankings.
USA, Japan, China, and Republic of Korea accounted for almost 70% (7 million patent applications)

Logistics Performance Index (LPI)

45% of the OIC member countries had poor logistics performance with score below 2.47.
Malaysia (3.59) and Somalia (1.77) were the two OIC member countries with the highest and lowest logistics performance index values.
In contrast, 85% of the developed countries are considered to be logistics friendly with scores above 3.34.
Transportation infrastructure in the OIC countries is incompetent and the transportation system as a whole offers poor connectivity.

OIC Economic Outlook

The total GDP of the group of the OIC countries (1.5 billion population and 22% of the world population) is $9.8 trillion representing only 11% share in the world total GDP.
The number of unemployed around the world is estimated to have reached 201.8 million in 2013. Youth unemployment in OIC countries estimated at 15.6%.
3 out of every 4 US dollars of intra-OIC exports come from only ten countries. 4/5 of OIC exports and imports come from only ten countries representing only 9% of global exports.
The average OIC per capita income was US$3,600 while the average of the rest of the developing world was about US$5,600.
The OIC GDP of US$3.2 while the US, US$13.9 trillion. The entire Islamic world’s GDP is only 23% of that of the United States.

An Economic Islamicity Index

Measuring 208 countries’ adherence to Islamic Economic principles using as proxies 113 measurable variables.
1) Economic opportunity and economic freedom; 2) Justice in property rights and the sanctity of contracts ; 3) Better treatment of workers 4) Higher education expenditures 5) Poverty eradication 6) Distribution of wealth and income 7) Better social infrastructure 8) Higher savings and investment 9) Higher moral standard, honesty and trust 10) Financial System: risk sharing and the abolition of interest 12) Higher trade/GDP, higher foreign aid/GDP and higher degree of environmental preservation.
Non- Islamic, rich and developed, countries are performing well under principles embraced by Islam.
The highest ranked Islamic country is Malaysia (33), followed in order by Kuwait (42), Kazakhstan (54), Brunei (55), Bahrain (61) and (64).

ICT Use in OIC Countries

World Bank WDI:
With respect to mobile cellular subscriptions and internet use, OIC countries are performing fairly well. Some OIC countries show even better performance than developed countries.
More than 85% of people in Qatar, Bahrain and UAE have internet access.
Google’s report:
Pakistan tops the list of most porn-searching countries and leads the way in porn searches for animals like pigs, donkeys, dogs, cats and snakes.
Six of the top eight porn-searching countries were Muslim states. The country at number two in the list was Egypt, while Iran, Morocco, Saudi Arabia and Turkey came in at numbers four, five, seven and eight, respectively.
Note: The sale of pornographic material has been banned in nearly every Arab country except Lebanon and Turkey.

The Need for Genuine, Balanced and Integrated Reforms

Moral and Spiritual Reforms: Moral and spiritual upbringing
Intellectual and Ideological Reforms: Re-understanding of the original vision and Reaffirmation of the ummah’s mission
Educational Reform: Promotion of education and character building
Political Reform: freedom of expression, an honest judiciary, equality, and accountability
Socio-economic Reform: Justice and development, mobilization of material, economic and technological resources and alleviation of poverty
Institutional Reform: Family, religious institution, civil society and etc.

Framework for Reform

“The strength of the sovereign (al-mulk) does not become consumed except by implementation of the Shari’ah;
The Shari’ah cannot be implemented except by a sovereign (al-mulk);
The sovereign cannot gain strength except through the people (al-rijal);
The people cannot be sustained except by wealth (al-mal);
Wealth cannot be acquired except through development (al-‘imarah);
Development cannot be attained except through justice (al- ‘adl); Justice is the criterion (al-mizan) by which God will evaluate mankind; and
The sovereign is charged with the responsibility of actualising justice”

Operational Framework for Reform

Spirituality: Spiritual consciousness and development.
Reformism: the reform of the Muslim society through the improvement of the performance of the social institutions such as the family, religious and educational institutions, etc. 
Activism: social and political awakening, seeking transformation of the existing Muslim societies into truly Islamic societies (khairu ummah).
Intellectualism: Intellectual movement, promotion of Islamic thought and Islamic outlook of life through advancement of knowledge in all modern fields of physical and social sciences. 

Challenge for the Future

Imbalanced reform : The present-day reform movements’ focus on politics, means and tools are not but a mere attempt at escaping from confronting the reality.
Pseudo reform: Violence, terrorism, mystical, absence of spirituality
Advancement of knowledge and technology: Science will shape our daily lives and lifestyle. Eg. Computer, Artificial Intelligence, Medicine, Nanotechnology, Energy, Space travel, wealth and humanity.
The Muslim world could not regain its position as the leading civilization if it had crumbling moral and scientific bases.

The Key to Future- Wisdom (Hikmah)

“Call towards the way of Lord with wisdom, friendly admonition and convincing argument” (16:125)
A total insight and having sound judgment concerning a matter or situation through understanding cause and effect phenomena
Most precious commodity in modern society. Knowledge, rationality and flexibility. New thinking based on current realities
Immanuel Kant: “Science is organized knowledge and wisdom is organized life”.

To download my presentation, click here Islamic Revivalism in the 21st Century: Myth or Reality

IMG-20150201-WA0032

International Youth Gathering IYG 2015 (28)

IMG-20150127-WA0015

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL MELALUI PEMBUDAYAAN ILMU

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL MELALUI PEMBUDAYAAN ILMU: MENELUSURI LITERATUR SIRAH RASULULLAH SALLALLAHUALAIHIWASALLAM

Zulkifli Hasan

Sabtu ini 3 Januari 2015 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1436H/ seperti kebiasaannya umat Islam akan menyambut maulidur Rasul bersempena memperingati kelahiran Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam yang kita kasihi. Mungkin ada yang tidak tahu bahawa tarikh kewafatan Rasululullah juga berlaku pada 12 Rabiulawal iaitu pada 11 Hijrah/632M seperti yang diriwayatkan oleh sebahagian besar ahli sejarah. Manfaat juga untuk dikongsikan di sini bahawasanya kebanyakan ahli sejarah pada zaman sahabat dan tabiin yang meriwayatkan kisah dan kehidupan Rasulullah Sallallahualaihiwasallam merupakan pakar dalam ilmu hadis.

Di kala umat Islam di Malaysia menempuhi pelbagai cabaran tahun 2014 dengan beberapa insiden yang sangat signifikan seperti banjir yang melanda beberapa negeri, jerebu, Lahad Datu, misteri MH370, MH17 dan QZ 8501 dan bermacam-macam lagi, penulis ingin mengajak semua untuk mengingati dan menghayati sirah Rasulullah SAW bersempena dengan sambutan Maulid al Rasul 1436H. Umumnya, sebahagian umat Islam pada waktu ini kebiasaannya sibuk membuat persiapan menyambut maulidur Rasul dengan pelbagai aktiviti dan menerima sambutan ini sebagai salah satu mekanisma dan pendekatan mencetuskan kefahaman dan perasaan mengenai Rasulullah SAW. Mungkin pada tahun ini sambutannya akan sedikit berkurangan berikutan kesan banjir yang melanda negara.

Sambutan Maulidur Rasul merupakan antara amalan yang diterima sebagai salah satu usaha untuk mendidik dan mengingati Rasulullah SAW. Namun, mahu tidak mahu, tidak dinafikan bahawa masih ada juga sebahagian pihak yang mempertikaikan usaha ini dan melabelkannya sebagai bidaah.Dalam kekhilafan ini, penulis memilih pendekatan sederhana untuk bersama-sama Imam Jalaluddin Sayuti, Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan, Syeikh Yusuf Qaradawi dan fuqaha yang lain untuk mengharuskan sambutan Maulidur Rasul dengan syarat ianya tidak mencampur adukkan perkara yang dilarang oleh Islam. Dalam merungkai permasalahan ini, penulis ingin menukilkan kata-kata Hasan Al Banna menasihati umat Islam dalam masalah ini seperti yang diungkapkan oleh Yusuf Qaradawi di dalam Fiqh Awlawiyat, halaman 266-267 yang bermaksud:

“Wahai saudara-saudaraku, aku amat mengetahui bahawa saudara yang bertanya tadi, termasuk juga ramai di kalangan kalian, tidak bermaksud daripada soalan seumpama itu melainkan hanya ingin mengetahui, daripada kumpulan manakah pengajar baru ini? Adakah daripada kumpulan Syeikh Musa atau daripada kumpulan Syeikh Abdul Sami’?! Sesungguhnya pengetahuan ini tidak memberikan apa-apa manfaat kepada kamu, sedangkan kamu telah menghabiskan masa dalam keadaan fitnah selama lapan tahun dan cukuplah sekadar itu. Kesemua masalah-masalah itu telah diperselisihkan oleh umat Islam sejak ratusan tahun dan mereka masih terus berselisih pendapat sehingga ke hari ini, namun Allah SWT redha kepada kita untuk berkasih sayang dan bersatu padu serta membenci untuk kita berselisihan dan berpecah-belah. Maka aku ingin mengajak kamu semua berjanji dengan Allah SWT untuk meninggalkan semua perkara-perkara ini sekarang, dan bersungguh-sungguh untuk mempelajari asas-asas agama dan kaedah-kaedahnya, beramal dengan akhlaknya, kelebihan-kelebihannya yang umum dan petunjuk-petunjuknya yang disepakati. Dan mendirikan segala kewajipan dan sunat serta meninggalkan sikap memberat-beratkan dan terlalu rigid supaya hati menjadi suci. Dan supaya menjadi tujuan kita semua hanya untuk mengetahui kebenaran, bukan hanya kerana sekadar mahu memenangkan satu pandangan. Ketika itu, kita mempelajari kesemua ini bersama dalam keadaan kasih sayang, kepercayaan, kesatuan dan keikhlasan. Aku berharap kamu terimalah pandanganku ini dan agar ia menjadi perjanjian sesame kita untuk berbuat demikian”

Berdasarkan kepada peringatan penting Hasan Al Banna di atas, sudah pasti isu sambutan maulidur Rasul ini tidak akan menjadi punca perselisihan dan perpecahan umat Islam sekiranya maksud sebenar sambutan seumpama ini dihayati. Jika ditinjau sejarah, C. Cherfils di dalam bukunya ‘Napoleon And Islam’ menukilkan bahawa Napoleon Bonaparte juga telah menganjurkan upacara besar-besaran menyambut maulidur Rasul di atas kekagumannya terhadap Rasulullah Sallallahualaihiwasallam. Hingga ada yang mengatakan dengan yakin berdasarkan beberapa dokumen sahih bahawa Napoleon diakhir hayatnya adalah seorang Muslim dengan nama Muhammad Ali Bonaparte.

Namun harus diingat, pada masa umat Islam beriya-beriya untuk menjayakan sambutan Maulidur Rasul dengan pelbagai program dan aktiviti di setiap pelusuk negara, sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa masih ramai yang tidak mengenali Rasulullah Sallallahualaihiwasallam sama ada dari aspek pemikiran, peribadi, akhlak, pendekatan dan keseluruhan cara hidup baginda. Penulis mengambil kesempatan ini untuk berkongsi sedikit pengetahuan untuk membicarakan literatur mengenai Sirah Rasulullah Sallallahualaihiwasallam dengan harapan ianya akan dapat menjadi panduan dan rujukan selepas ini.

Merujuk kepada sejarah penulisan Sirah Rasulullah Sallallahualaihiwasallam, ianya telah pun dimulakan oleh para sahabat seperti Abu Rafi Mawla yang telah menulis tentang sifat solat dan ibadah baginda. Ini termasuk Sahl b. Abi Hathmah al-Madani al-‘Ansari dan ‘Abd Allah b. ‘Amru b. al-‘As b. Wa’il b. Hashim. Penulisan sirah Rasulullah Sallallahualaihiwasallam secara sistematik telah dimulakan oleh para Muhaddithun yang juga ahli sejarah seperti Sa`id b. al-Musayyib al-Makhzumi, ‘Urwah b. al-Zubayr b. al-‘Awwam and Abu Fadalah ‘Abd Allah b. Ka’b b. Malik al-Ansari.

Penulisan sirah Rasulullah Sallallahualaihiwasallam kemudiannya kian popular ketika zaman Muhammad b. Ishaq yang telah menulis kitab Kitab al-Mubtada’ wa al-Mab`ath wa al-Maghazi iaitu buku yang membincangkan secara terperinci kehidupan baginda bermula kelahiran hingga kewafatan. Ini diikuti oleh Muhammad b. ‘Umar al-Waqidi yang menulis Kitab Azwaj al-Nabiyy, Kitab al-Tarikh wa al-Maghazi wa al-Mab`ath and Kitab Wafat al-Nabiyy and Kitab al-Maghazi. Kitab Sirah yang menjadi rujukan utama hingga kini telah ditulis oleh ‘Abd al-Malik b. Hisham melalui karyanya yang masyhur iaitu Kitab al-Sirah al-Nabawiyyah. Kitab Shamail al Tirmizi yang menghimpunkan hadis-hadis mengenai karakter, sifat, akhlak dan peribadi Rasulullah SAW juga patut menjadi rujukan. Bahkan kitab ini dapat menjadi panduan untuk mengelakkan sebarang riwayat tidak sahih dan palsu mengenai Rasulullah SAW.

Kitab-kitab sirah di atas walaubagaimanapun ditulis di dalam bahasa Arab dan mungkin ini menimbulkan kesulitan sesetengah pihak untuk memahami dan merujuk isi kandungannya. Ini sebenarnya tidak menjadi halangan bagi tujuan untuk memahami kehidupan Rasulullah Sallallahualaihiwasallam kerana terdapat banyak buku-buku kontemporari yang ditulis oleh sejarawan Islam mahupun dalam bentuk terjemahan. Sebagai contoh buku “Life of the Prophet Muhammad: Al-Sira Al-Nabawiyya” oleh Ibn Kathir, Sirah Nabawiyah oleh Abul Hasan Ali Al Nadwi dan juga “The Life of Muhammad: A Translation of Ibn Ishaq: Sirat Rasul Allah” telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris yang boleh dijadikan sebagai rujukan.

Selain daripada itu, buku-buku lain yang boleh dirujuk adalah seperti “Prophet Muḣammad and His mission” oleh S. Athar Husain, “Muhammad, the messenger of Islam: His Life and Prophecy” oleh Hajjah Amina Adil, “Mohammed and the Rise of Islam” oleh D. S. Margoliouth, “The Great Prophet a Short Life of the Founder of Islam” oleh F. K. Khan Durrani, “The Messenger of God Muhammad: An Analysis of the Prophet’s life” oleh M. Fethullah Gulen, “Prophet Muhammad(s) and His Family: A Sociological Perspective” oleh Shamim Aleem, “The Prophet Muhammad: A Biography” oleh Barnaby Rogerson, “Muhammad: Prophet and Statesman” oleh William Montgomery Watt, “Muhammad: Prophet for Our Time (Eminent Lives)” and “Muhammad: Western Attempt to Understand Islam” oleh Karen Armstrong, “The Sealed Nectar (Ar-Raheeq Al-Makhtum)” oleh S. al-Mubarakpuri, “Muhammad: His Life Based on the Earliest Sources” oleh Martin Lings, “Introducing Muhammad” oleh Ziauddin Sardar dan “Prophet Muhammad and His Miracles” oleh Bediuzzaman Said Nursi. Di samping itu, terdapat juga koleksi rujukan dalam bentuk cakera padat seperti “The Life of the Last Prophet”, sebuah audio biografi oleh Yusuf Islam. “The Sealed Nectar (Ar-Raheeq Al-Makhtum)” oleh S. al-Mubarakpur dan “Muhammad: His Life Based on the Earliest Sources” oleh Martin Lings merupakan dua buah buku yang mendapat anugerah khas antara buku terbaik versi Bahasa Inggeris mengenai sejarah hidup Rasulullah SAW. Antara karya kontemporari yang menghidangkan analisis segar dan bersifat universal serta menyentuh secara langsung kehidupan dan pengajaran sirah Rasulullah SAW ialah karya Tariq Ramadan yang bertajuk In the Footsteps of the Prophet: Lesson from the Life of Muhammad.

th
The Sealed Nectar

Kesemua koleksi sirah Rasulullah Sallallahualaihiwasallam di atas diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan faktor ini boleh menjadi penghalang sesetengah individu untuk memahami buku-buku tersebut. Sebenarnya terdapat buku-buku dalam bahasa melayu telah diterbitkan seperti “Biografi Muhammad bin Abdullah” oleh Zulkifli Mohd Yusoff dan Noor Naemah Abdul Rahman, “Fiqh al-Harakah dan Sirah Nabawiyyah” oleh Abdul Hadi Awang dan “Ensiklopedia Sirah Nabi Muhammad SAW” oleh Khalil Munawwar. Buku “Biografi Muhammad bin Abdullah” ini mempunyai kelebihan dan tarikan tersendiri di mana ia memuatkan gambar-gambar dan ilustrasi sebagai panduan tambahan kepada pembaca untuk memahami sirah Rasulullah SAW. Selain daripada itu, begitu banyak buku terjemahan seperti Fiqh al-Sirah oleh Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti, “Sejarah kehidupan Nabi Muhammad” oleh Muhammad Hussein Haykal dan “Sirah Nabi Muhammad SAW: Pengajaran dan Pedoman” oleh Mustafa as-Shibaie, ‘Muhammad’ oleh Martin Lings, ‘Ar-Raheeq Al-Makhtum” oleh S. al-Mubarakpur boleh sahaja didapati di pasaran. Bahkan kitab “Sirah Nabawiyyah Ibnu Hisham” karya Abu Muhammad Abdul Malik Ibnu Hisham yang dianggap antara rujukan berotoriti mengenai Sirah Rasulullah SAW juga telah diterjemahkan.

Berdasarkan senarai rujukan tertera di atas, penulis menganjurkan agar setiap umat Islam untuk memiliki sekurang-kurangnya senaskhah sirah Rasulullah Sallallahualaihiwasallam sebagai koleksi peribadi. Sebagai tambahan, setiap isi rumah perlu juga memiliki sekurang-kurangnya satu set koleksi hadith Rasulullah saw seperti sahih bukhari, muslim dan kitab hadith yang lain. Kitab karangan Yusuf al Qaradawi bertajuk ‘kaifa nataamal maa al sunnah al nabawiyah’ (Bagaimana Beramal Dengan Sunnah Nabawiyah) pula adalah sangat baik bagi menjadi rujukan kepada semua cara dan amalan untuk berinteraksi dengan sunnah. Bagi menghidupkan budaya ilmu dan lebih mengenali sunnah Rasulullah SAW, selain membaca al Quran, bacaan hadith Rasulullah saw juga perlu dijadikan amalan harian. Moga dengan menghidupkan budaya ilmu ini akan dapat membuatkan kita lebih mengenali dan menghayati ajaran Rasulullah SAW.

kaifa 1
Bagaimana Beramal Dengan Sunnah Nabawiyah oleh Yusuf al Qaradawi

Memahami dan meneladani Rasulullah Sallallahualaihiwasallam merupakan suatu kewajipan bagi semua umat Islam. Perkara ini tidak akan dapat dicapai melainkan melalui proses pencarian ilmu. Dalam aspek ini, sememangnya kita telah disajikan dengan pelbagai koleksi rujukan mengenai kehidupan Rasulullah Sallallahualaihiwasallam. Hanya tinggal kini ialah kemahuan, keazaman, keiltizaman diri untuk belajar memahami dan meneladani seterusnya mendidik jiwa dan rohani untuk mengasihi Rasulullah Sallallahualaihiwasallam.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul dan selamat menyambut tahun baru.