UAE banks discuss plan for centralised Islamic finance board

UAE banks discuss plan for centralised Islamic finance board

Available at: http://www.reuters.com/article/2015/05/24/emirates-islam-finance-idUSL5N0YF05320150524

The United Arab Emirates’ BANK industry association has discussed a proposal to create a centralised sharia board that would monitor Islamic banking, which could spur the growth of the industry.

The central bank had proposed setting up a Higher Sharia Authority that would complement and oversee the work of sharia boards at individual Islamic banks. This proposal was addressed at a recent meeting of the UAE Banks Federation, the association said on Sunday.

“Representatives of the Federation’s Islamic banking committee are working closely with the Central Bank on guidelines for the establishment of the NEW body that will help to ensure consistency amongst all UAE Islamic banks in their development of new structures and products,” it said.

Details of the timing and structure of the new entity were not specified.

Sharia boards are groups of scholars who rule on whether financial instruments and activities are religiously permissible. Gulf countries have in the past tended to follow a loose, decentralised model of Islamic FINANCE regulation, leaving much of it to sharia boards at individual banks and finance firms.

But the rulings of different boards can be inconsistent or leave scholars open to suggestions of conflicts of interest, increasing uncertainty among investors and slowing growth.

So in recent months some countries, including Oman, Pakistan, Morocco and Nigeria, have followed Malaysia’s example by moving towards a centralised board that can impose its will nationally.

The UAE Banks Federation, which represents 50 banks, also said on Sunday that it had approved the appointment of a new, independent monitoring agency that would help to implement its code of conduct for member institutions. It did not give details.

(Reporting by Stanley Carvalho; EDITING by Andrew Torchia)

SELAMAT HARI GURU 2015

SELAMAT HARI GURU

Dr. Zulkifli Hasan
Yang Dipertua ABIM Negeri Sembilan

Pendahuluan

Sebuah negara yang disegani di dunia memiliki satu ketamadunan yang mempunyai masyarakat yang berdisiplin, berhemah tinggi berilmu, beriman, bertaqwa serta berakhlak mulia. Ketamadunan pula bertitik tolak daripada ketinggian intelektual dan pembudayaan ilmu. Kesemuanya ini pasti datangnya daripada didikan guru. Pada tahun ini, hari guru bertemakan “MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK”. Ianya adalah bertepatan dengan hasrat murni pendidikan iaitu pembinaan kualiti akhlak terunggul atau “towering personality” bagi memastikan kejayaan pembentukan warga yang seimbang dari setiap aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Kes-kes serius melibatkan pelajar seperti buli, pembunuhan dan jenayah seksual yang dilaporkan akhbar menambahkan lagi kebimbangan terhadap kualiti dan keperibadian manusia yang ingin dihasilkan menerusi sistem pendidikan sedia ada.

Demi mencapai pembentukan akhlak terunggul, ianya memerlukan kegemilangan ilmu dan pendidikan bagi menjadi pemangkin kemakmuran dan kemajuan. Sejarah telah membuktikan bahawa kegemilangan sesebuah negara bergantung kepada kecemerlangan rakyatnya dan orang yang berperanan besar mewujudkan kegemilangan tersebut, ialah guru. Manusia hebat dalam sejarah kesemuanya dipengaruhi oleh guru-guru mereka. Dalam erti kata lain tidak akan adanya seorang pemenang anugerah Nobel, doktor, jurutera, saintis, professor, menteri, ahli korporat dan sebagainya tanpa adanya didikan awal dari guru.

Mutakhir ini kita sering mendengar rungutan ibubapa dan masyarakat terhadap guru. Aduan mengenai guru mendera pelajar, tidak terlatih, tidak ikhlas mendidik, mengejar sambil lewa dan sebagainya sering dipaparkan di dada akhbar mahupun di kaca televisyen. Kajian juga mendapati bilangan kes saman guru di Mahkamah juga meningkat dari masa ke semasa. Sesetengah pihak seringkali menyalahkan guru apabila dikaitkan dengan gejala keruntuhan dan kerasukan moral dan syahsiah generasi muda ketika ini. Faktor-faktor ini serba sedikit telah melemahkan semangat guru untuk menaburkan bakti secara ikhlas di dalam proses pendidikan dan pembelajaran. Kerap kali guru melahirkan rasa tidak puas hati dan kekecewaan mereka apabila pengorbanan mereka tidak dihargai bahkan disalahanggap oleh ibubapa dan masyarakat. Guru yang telah hilang keikhlasannya tidak akan dapat menumbang bakti dengan cemerlang ke arah pembentukan peribadi dan kualiti akademik generasi muda negara.

Peranan pendidik yang paling utama adalah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan agar dapat membina rohani, jasmani, emosi, intelektual dan sosial pelajar yang seimbang. Dalam melaksanakan tanggunjawab ini pendidik yang baik mestilah mempunyai ciri-ciri tertentu seperti yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahualaihiwasallam. Islam amat menitikberatkan ilmu pengetahuan dan meletakkan darjat yang tinggi kepada orang yang menyebarkan ilmu. Ini telah dirakamkan oleh Allah Subhanahuwataala di dalam surah al-Mujadalah ayat 11 yang bermaksud: “Allah meninggikan darjat orang yang beriman dan di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama beberapa darjat”. Ayat ini menunjukkan bahawa orang yang berilmu mempunyai darjat yang lebih tinggi di kaca mata Islam lebih-lebih lagi orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan seperti pendidik sama ada di peringkat rendah mahu pun di institusi pengajian tinggi.

Sebagai seorang pendidik yang diberkati Allah, mereka mestilah menjaga akauntabilitinya selaras dengan kesucian dan keberkatan profesion ini yang melibatkan proses transformasi ilmu pengetahuan. Secara umumnya, para sarjana Islam telah mengemukakan bahawa pendidik perlu memainkan fungsi seorang guru dan mencapai martabat sebagai pendidik (mudaris), penyampai yang benar (mualim), murabbi (pengasuh dan pendidik dengan kasih sayang, muaddib (pembentuk adab dan akhlak) dan mursyid (pembimbing ke arah kebaikan). Kelima-lima ciri unggul pendidik ini menjadi dasar dan asas kepada penjelmaan akhlak dan keperibadian seorang guru.

Akauntabiliti Sebagai Pendidik

Akauntabiliti sebagai pendidik merupakan perkara yang amat penting untuk dipelihara oleh setiap pendidik. Secara umumnya akauntabiliti pendidik merujuk kepada tanggungjawab seorang pendidik kepada setiap perkara mahu pun hasil kerjanya. Sebagai seorang yang profesional, pendidik perlu memelihara dan melaksanakan tanggunggjawabnya dengan penuh ikhlas dan sebaik mungkin. Ini adalah kerana pendidik merupakan pihak yang bertanggungjawab menghasilkan sumber manusia yang baik dalam pelbagai bidang demi keperluan negara bahkan umat seluruhnya. Secara ringkasnya akauntabiliti akademik ini boleh dibahagikan kepada tiga aspek utama iaitu kepimpinan, profesionalisme dan ketelusan serta kerahsiaan sama ada dalam hal ehwal pengajaran dan pembelajaran.

Kepimpinan

Aspek kepimpinan ini adalah sangat signifikan yang perlu ada pada setiap pendidik. Kepimpinan yang dimaksudkan adalah keupayaan mencorak, mengemudi dan memandu dalam proses pencapaian matlamat kecemerlangan individu pelajar dan juga institusi. Pendidik yang mempunyai ciri kepimpinan yang baik akan dapat mengatur strategi dan berusaha mempertingkatkan kualiti, berusaha penambahbaikan kecekapan dan kejituan ilmu dan proses penyebaran ilmu pengetahuan. Ciri kepimpinan ini akan diturunkan kepada pelajar-pelajar menerusi pembelajaran dan pengajaran serta aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Kepimpinan melalui teladan merupakan teknik paling berkesan bagi melahirkan kepimpinan yang lebih baik pada masa depan.

Profesionalisme dan Pembudayaan Kualiti

Profesionalisme juga merangkumi semua aspek pengajaran dan pembelajaran. Profesionalisme dalam konteks pendidik merujuk kepada keupayaan dan kecekapan melaksanakan sesuatu tanggungjawab berdasarkan kepada panduan ilmu dan latihan, serta kepakaran. Di dalam melaksanakan sesuatu perkara seorang pendidik yang profesional adalah terikat dengan etika profesion yang merangkumi etika dalam keilmuan, etika sikap dan etika kemahiran. Sebagai contoh seorang pendidik perlu menyerlahkan elemen-elemen penjagaan tingkahlaku seperti, cara berpakaian, berkomunikasi, tidak mengadakan hubungan dengan pelajar, mematuhi masa, menghormati rakan sejawat, mengelak plagiarisme, kerja berpasukan dan menjaga kerahsiaan. Para pendidik juga menjaga amanah ilmu bukan sahaja bertindak untuk memperkayakan ilmu dalam diri sebaliknya sentiasa menyalurkan idea-idea dan ilmu yang ada pada mereka baik kepada pelajar mereka di samping mempunyai integriti yang tinggi. Profesionalisme juga menitikberatkan aspek ketelusan dan kerahsiaan. Pendidik mesti sanggup menerima teguran-teguran dan ini akan dapat meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Dari aspek kerahsiaan, pendidik perlu menjaga hal kerahsiaan ini umpamanya soal penyediaan soalan peperiksaan dan juga maruah pelajar yang mempunyai masalah peribadi.Adalah menjadi kewajipan seorang pendidik untuk memastikan setiap hasil kerja mereka sesuatu yang berkualiti. Oleh itu pendidik perlu mempergiatkan aktiviti ilmiah dalam perkongsian ilmu, perluasan ilmu dan rangkaian tokoh-tokoh keilmuan, diinstitusi tempatan dan luar negara.

Ciri-Ciri Pendidik Unggul

Secara umumnya para ilmuan Islam telah menggariskan beberapa ciri pendidik unggul. Adalah menjadi kewajipan kepada semua pendidik untuk berusaha memenuhi kesemua ciri ini dan seterusnya mendapat keberkatan dari Allah Subhanahuwataala pada setiap perkara yang dilakukan. Ciri-ciri ini dapat disimpulkan seperti berikut:-

Mudaris

Mudaris berasal dari perkataan arab yang bermaksud mengajar ataupun pengajaran. Pendidik hendaklah bertanggunjawab menyampaikan ilmu yang ada padanya kepada pelajarnya yang boeh membina pemikiran, rohani, jasmani,emosi dan juga sosial. Apa yang diketahuinya hendaklah disampaikan kerana kerja pengajaran adalah sebahagian daripada amal soleh. Manakala enggan menyampaikannya adalah merupakan satu kesalahan.

Mualim

Pendidik sebagai mualim boleh didefinasikan sebagai mengajar atau menyampaikan limu kepada orang lain dan mengamalkan apa yang disampaikan di samping berusaha menambah ilmu pengetahuan. Mualim mempunyai rasa belas kasihan kepada pelajar dan menganggap mereka seperti anak sendiri. Mualim mengajar kerana Allah Subhanahuwataala dan bukannya kerana ganjaran dan tidak mengharapkan balasan daripada pelajar.

Murabbi

Murabbi bermaksud memperbaiki, memimpin dan mentadbir. Pendidik sentiasa menyayangi pelajar dan menasihati dan membimbing dalam pembentukan syahsiyah mereka. Pendidik juga adalah kaunselor dan penyebar nilai budaya yang elok dan menjadi contoh kepada pelajar.

Muaddib

Muaddib bermaksud mendidik ke arah memperelokkan lagi akhlak pelajar. Pendidik yang muaddib merupakan individu yang bertanggungjawab dan melaksanakan pendidikan peradaban dalam pengertian yang luas dan mendalam terhadap peribadi dan kehidupan pelajar. Muaddib seorang yang memberi ilmu dan mendidik mereka dalam akhlak dan adab yang baik. Pendidik juga mendidik pelajar agar tidak merendahkan ilmu pelajaran lain selain dari yang diajar olehnya. Pendidik mendidik pelajar melalui akhlak yang baik daripada hanya penyampaian secara teori sahaja.

Mursyid

Pendidik yang mursyid bermaksud sebagai penuntun jalan hidup yang benar dan betul dengan nilai dan sikap yang benar dan berperanan sebagai hamba Allah Subhanahuwataala dan khalifahNya dimuka bumi. Mursyid menunjukkan kepada jalan yang benar dari sudut ilmu kesufian dan memberikan petunjuk kepada jalan yang lurus. Pendidik mempunyai tingkah laku baik dan terpuji, bersih dari akhlah tercela, tidak taasub atau fanatik, zuhud pada amalan dan perbuatan dan mempunyai tokoh kepimpinan. Syarat untuk menajdi pendidik yang mursyid ialah beliau mestilah alim dari segenap perkara atau disiplin ilmu, menyimpan atau menutup keaiban pelajar-pelajarnya dan pengajaran terkesan di dalam hati pelajar.

Kesemua ciri-ciri seorang pendidik unggul seperti di atas perlulah diamalkan secara berterusan dan dengan penuh iltizam. Pendidik perlu ada sifat mendidik pelajar kerana Allah Subhanahuwataala, berperibadi mulia, menjaga kehebatan dan kehormatan diri, memiliki ilmu dan kaedah pengajaran dan bersifat kasih sayang. Bukan itu sahaja ciri-ciri ini perlu diamalkan dan diserlahkan dari semua aspek termasuk kepimpinan, profesionalisme, tingkahlaku, pembudayaan kualiti dan khidmat masyarakat.

Langkah Memelihara Akauntabiliti Pendidik

Mendidik Kerana Mencari Keredhaan Allah Subhanahuwataala

Seorang pendidik perlu memastikan niatnya untuk bersifat ikhlas terhadap Allah Subhanahuwataala dalam segala amal pendidik yang dilakukannya. Allah telah merakamkan dalam al-Quran surah al-Bayyinah ayat 5 yang bermaksud ”Dan tiadalah mereka itu diperintahkan, melainkan supaya mereka menyembah Allah dalam keadaan mengikhlaskan agama kepadanya”. Ini dikuatkan lagi dengan sabda Rasulullah Sallallahualaihiwasallam yang bermaksud: ” Sesungguhnya Allah tidak akan menerima suatu amalan melainkan apa yang ikhlas kepadaNya dan yang ditujukan hanya untukNya. (Riwayat Abdu Daud dan an-Nasai). Pendidik hendaklah menunjukkan setiap pekerjaan yang dilaksanakan itu hanya semata-mata kerana Allah kerana hanya dengan keikhlasan beliau akan mendapat keredhaan dan keberkatan bahkan akan dikasihi dan dihormati oleh pelajar mahupun masyarakat.

Peribadi Mulia

Pendidik bukan sahaja menjadi ”role model” atau pun ikutan kepada pelajar menerusi sifat spiritual seperti ikhlas, jujur, sabar, kasih sayang, warak dan takwa, bahkan menerusi sifat-sifat fizikal atau lahiriah seperti tutur kata, tingkah laku, kebersihan diri, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain. Justeru itu, bagi mencapai keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran serta pembentukan peribadi mulia, Islam mengutamakan tutur kata, tingkah laku yang baik dan nasihat berguna serta menarik. Hal ini dapat dilihat jika kita merujuk dakwah yang dijalankan oleh Nabi Musa dan Nabi Harun, ketika mereka menyampaikan seruan agama kepada Firaun yang amat zalim seperti yang difirmankan oleh Allah Subhanahuwataala dalam al-Quran surah thaha ayat 43 yang bermaksud:-” Pergilah engkau berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia derhaka. Katakanlah kepadanya perkataan yang lemah lembut, mudah-mudahan ia akan dapat pengajaran atau takut kepada tuhan”.

Menjaga Kehebatan dan Kehormatan diri

Sudah menjadi tanggapan masyarakat mahupun pelajar bahawa seorang pendidik adalah seorang yang mempunyai kehormatan diri dan kehebatan ilmu pengetahuan. Oleh itu, sudah semestinya pendidik untuk beramal dan berpegang teguh dengan ilmu yang dimilikinya. Setiap amalan mestilah dilakukan dengan istiqamah dan seterusnya menjadikan diri untuk lebih bertakwa kepada Allah Subhanahuwataala. Pendidik tidak sepatutnya melakukan perkara yang berlawanan dengan ilmu yang dimiliki kerana ini akan menjatuhkan kehormatan diri dan mengurangkan rasa hormat pelajar kepadanya. Hal ini telah dirakamkan oleh Allah Subhahanahu Wataala di dalam surah al-Maidah ayat 44 yang bermaksud:-” Adakah patut kamu menyuruh manusia membuat kebajikan dan kamu lupakan diri kamu sendiri sedangkan kamu membaca kitab Allah, tidakkah kamu berakal”.

Memiliki ilmu dan kaedah pengajaran

Pendidik sememangnya perlu memiliki ilmu yang mantap dan mendalam dalam bidang yang diceburi. Pelajar akan lebih yakin dan mudah menerima ilmu yang disampaikan sekiranya pendidik benar-benar menguasai ilmu tersebut. Selain itu, pendidik juga perlu kreatif dan inovatif dalam menggunakan kaedah atau teknik pengajaran berkesan. Dalam dunia moden masa kini, pendidik perlu arif dalam penggunaan teknologi dan dalam masa yang sama sentiasa mempelbagaikan teknik pengajaran agar lebih berkesan dan menarik minat pelajar.

Bersifat kasih sayang

Pelajar merupakan golongan yang masih muda dan perlukan perhatian oleh pendidik mereka. Oleh itu pendidik mesti mempunyai sifat kasih kepada pelajar dan menganggap mereka seperti anak sendiri. Dengan sifat ini, pelajar akan lebih mudah mendekati pendidik dan dapat meluahkan masalah mereka. Sifat ini juga akan dapat menerbitkan suasana mesra di antara pelajar dan pendidik dan seterusnya akan memudahkan lagi proses pentarbiyahan dan pembentukan peribadi mulia.

Penutup

Secara umumnya, seorang pendidik harus mencapai martabat seorang pendidik iaitu murabbi, mudaris, mualim, muaddib dan mursyid. Kedudukan seorang pendidik yang mursyid menjadikan setiap ilmu pengetahuan yang disampaikan akan menjadi lebih berkesan dan mudah diterima oleh para pelajar. Terdapat beberapa ciri utama seorang pendidik yang membolehkan mereka dapat membimbing pelajar dengan baik dan berkesan. Ini termasuk mendidik kerana Allah, berperibadi mulia, menjaga kehebatan dan kehormatan diri, memiliki ilmu dan kaedah pengajaran dan bersifat kasih sayang.

Akauntabiliti sebagai seorang pendidik merupakan perkara yang amat penting untuk dipelihara oleh setiap pendidik dan ini meliputi dari aspek kepimpinan, profesionalisme dan ketelusan serta kerahsiaan dalam pengajaran dan pembelajaran. Sesungguhnya sebagai seorang pendidik, beliau mestilah berusaha untuk memenuhi ciri-ciri seorang pendidik yang mursyid di mana mampu untuk membimbing pelajar bukan sahaja untuk mendalami ilmu pengetahuan yang disampaikan malahan dapat memberi panduan kepada mereka untuk menjadi insan yang berguna dan berjaya. Akauntabiliti sebagai seorang pendidik mesti dipelihara demi menjamin keutuhan institusi keilmuan yang sememangnya dipandang tinggi oleh Islam.

Rujukan

Al-Ghazali. (2006). Ihya Ulumuddin. Kuala Lumpur: Darul Fajar.
Ahmad Mohd Salleh. (2004). Pendidikan Islam. Selangor: Fajar Bakti.
Abdullah Ishak. (1989). Sejarah Perkembangan Pelajaran dan Pendidikan Islam. Selangor: Ar-Rahmaniah.
Ulwan Abdullah Nasih. (1981). Tarbiyatul Awlad Fi Islam. Cairo: Darul Salam.
Yaakub Isa. (1994). Guru dan Pengajaran yang efektif dalam Ahmad Mohd Salleh. (2004). Pendidikan Islam. Selangor: Fajar Bakti.

idrisiah
Madrasah Idrisiah