Who is the real threat to Israel?

JARINGAN AL IKHWAN AL MUSLIMUN ANCAMAN SEBENAR ISRAEL

Zulkifli Hasan

Pendahuluan

Keputusan kerajaan Arab Saudi melalui Royal Decree mengharamkan gerakan al Ikhwan al Muslimun termasuk Free Syrian Army dan melabelkannya sebagai ‘grup pengganas’ adalah suatu perkara yang sangat mendukacitakan. Bukan itu sahaja, sesiapa yang terlibat dengan gerakan ikhwan ini boleh didakwa dan dijatuhkan hukuman sehingga 20 tahun penjara. Royal Decree yang diumumkan berkuatkuasa serta merta ini boleh dirumuskan seperti berikut:

“Whoever participates or is involved in hostilities outside the Kingdom or joins radical religious and intellectual groups or currents shall be sentenced to not less than three and not more than twenty years in prison. However, the punishment shall be increased to no less than five years and no more than thirty years in prison for armed forces servicemen.”

Pengharaman al Ikhwan al Muslimun di Arab Saudi bukanlah suatu perkara yang mengejutkan. Baca saja karya popular Robert Lacey, the Kingdom and the Inside Kingdom yang menceritakan politik dalaman Arab Saudi yang begitu kompleks dan sangat pro-Amerika. Ini kerana tindakan-tindakan sebelum ini seperti sokongan kepada rampasan kuasa di Mesir oleh Jeneral al Sisi jelas menunjukkan dasar luar dan polisi kerajaan Arab Saudi. Perkara ini juga mendapat dokongan dari negara-negara teluk yang lain kecuali Qatar. Bantuan berbentuk bantuan kewangan berbilion ringgit ditawarkan untuk memastikan kesinambungan kuasa dan pengekalan status quo di Timur Tengah. Padahal sebelum ini, tiada negara Islam kecuali Turki yang menawarkan bantuan kepada Mesir semasa pimpinan Dr Mursi, Presiden yang sah tetapi digulingkan. Situasi ini memberikan gambaran kebebasan dan bentuk kepimpinan yang dimiliki oleh dunia Islam pada hari ini. Berdasarkan situasi yang berlaku ini, penulis ingin mengambil kesempatan untuk mengulas dan mengupas secara ringkas kedudukan sebenar al Ikhwan al Muslimun dan siapakah sebenarnya yang menjadi ancaman kepada dunia khususnya Israel.

Pendirian Ulama terhadap al Ikhwan al Muslimun

Secara umumnya, majoriti ulama menolak pandangan yang mengharamkan al Ikhwan al Muslimun. Peranan al Ikhwan dalam masyarakat begitu signifikan dan ini merangkumi aspek kebajikan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya. Ramai sarjana hebat yang jelas mengecam tindakan melabelkan al Ikhwan sebagai grup pengganas. Cuma yang menjadi persoalan ialah kecaman dan kritikan ini tidak diketengahkan dan disebarkan secara meluas kepada masyarakat. Agak mengejutkan juga apabila merujuk kepada tindakan Nadwatul Ulama, India baru-baru ini yang membatalkan lawatan delegasi dari Arab Saudi ke institusi berkenaan sebagai bantahan kepada tindakan kerajaan Arab Saudi yang mengharamkan al Ikhwan al Muslimun. Tindakan sebegini seharusnya memberikan ‘signal’ jelas kepada negara-negara Islam tentang hasrat dan pendirian institusi Islam yang bebas dan berintegriti yang mengiktiraf peranan gerakan Islam seperti al Ikhwan al MUslimun.

Ini berbeza dengan segelintir ulama yang terang-terangan menyokong kezaliman dan memberi sokongan kepada rejim al Sisi serta mengecam al Ikhwan al Muslimun. Sehinggakan Majlis Ulama Syariah di Mesir memberikan fatwa bahawa al Ikhwan al Muslimun adalah ‘jemaah murtaddah’. Mungkin inilah antara sebab mengapa Abul Ala maududi tidak pernah mengisytiharkan ‘Shari’ah credential’ beliau walaupun beliau jauh lebih layak dari ulama sedia ada pada zaman beliau. Yusuf Nadha, aktivis Ikhwan, jutawan usahawan di Switzerland juga mengkritik keras fungsi ulama yang mandul, ‘impotent’, jumud dan bersekongkol dengan penzalim (rujuk buku beliau “Inside the Muslim Brotherhood’. Siddiq Fadhil, pemikir gerakan dakwah nusantara juga mempersoalkan tentang status ulama masa kini yang ramainya beliau gelarkan fenomena “Ulama tiada umat, ulama hanya ada majikan’. Teringat juga analisis Mehmet Asutay yang mendapati kebangkitan Islam di Turki walaupun asasnya oleh Said Nursi, tetapi yang melaksanakannya bukan ulama tetapi aktivis yang sebahagian besarnya berlatarbelakangkan bidang kejuruteraan. Misalnya arkitek gerakan Islam Turki, Erbacan ialah jurutera. Taha Jabir alwani juga pernah menyuarakan kritikan terhadap institusi al Azhar gagal menyediakan sistem pendidikan yang baik untuk umat Islam. Yusuf a Qaradhawi yang digelar khawarij oleh ulama muda Malaysia dan ada yang melabel beliau sebagai ‘mufti dam’ secara jelas menyelar segelintir ulama yang bersekongkol dengan rejim mubarak dan kini rejim al Sisi. Sesungguhnya umat Islam pada hari benar-benar memerlukan ulama sejati ulama umat, ulama yang meletakkan kepentingan agama melebihi apa saja pertimbangan.

Israel Terus Mencabuli Hak Asasi Manusia

Di kala umat Islam terus-terusan dilanda pelbagai tribulasi dan kezaliman di Myanmar, Syria, Afrika Tengah dan lain-lain negara, berita kekejaman Israel terus menghantui umat Islam di seluruh dunia. Masih ingat lagi peristiwa pada malam 1 Muharam 1434H, Israel telah menyerang Gaza dan mengorbankan ramai nyawa termasuk pemimpin sayap ketenteraan Hamas, Ahmed al Jaabari. Baru-baru ini, pemain bolasepak Palestin juga ditembak dan akhirnya disahkan tidak lagi boleh beraksi untuk mewakili negara. Walaupun kemenangan Obama sebagai Presiden Amerika buat penggal kedua disambut dengan positif berdasarkan kepada pendekatan Obama yang tidak mesra peperangan berbanding Republican yang begitu ‘obsess’ dengan keganasan. Namun, seperti sudah diduga, walau sesiapapun Presiden Amerika, dasar luar Negara Amerika tetap tidak akan berubah bahkan kepentingan Israel dianggap perkara yang perlu dipertahankan dalam apa cara sekalipun.

Ramai juga yang tidak sedar bahawa Israel telah menyerang dan mengebom kilang senjata di Khartoum, Sudan atas dasar mengatakan bahawa Sudan membekalkan senjata kepada Hamas di Palestin. Setakat ini, Israel dilihat begitu berkuasa kerana keganasan dan tindakannya yang melangkaui sempadan direstui oleh masyarakat antarabangsa terutamanya sekutu erat mereka Amerika. Bukan itu sahaja Israel kerap kali tidak menghormati undang-undang antarabangsa malahan melanggar ketetapan Mahkamah Keadilan Antarabangsa serta mencabul Perjanjian Antarabangsa. Israel juga telan mengancam untuk menarik diri daripada Universal Periodic Review of the United Nation Human Rights Commission. Israel didapati antara negara yang paling tegar melanggar hak asasi manusia tanpa batasan. Israel juga adalah satu-satunya Negara yang dapat menjustifikasikan apa sahaja tindakan dan keganasan yang dilakukan atas dasar keselamatan. Jika sesebuah Negara ingin membangunkan teknologi nuklear, agensi antarabangsa dan masyarakat dunia akan mengecam dan memberi tekanan dari pelbagai sudut sama ada ekonomi mahupun politik, sedangkan Israel hingga kini bebas untuk memiliki seberapa banyak senjara nuklear dan jelas merupakan antara kuasa nuklear dunia pada hari ini.

Hubungan Erat Amerika-Israel

Memahami hubungan erat Israel-Amerika bukanlah satu perkara yang sukar. Israel bukan sahaja boleh dianggap sebagai negeri ke-51 Amerika malahan Israel jugalah yang sangat mempengaruhi dan mendominasi dasar kerajaan Amerika. Elison Weir di dalam artikelnya ’the History of US-Israel Relationship’ mengatakan bahawa lobi Israellah yang sebenar menentukan sebahagian besar dasar Amerika. Fakta mengenai Israel yang menerima dana dan bantuan kewangan dan persenjataan daripada Amerika yang bernilai bilion ringgit setiap tahun bukanlah suatu perkara baru. Masyarakat antarabangsa sangat maklum dan mengetahui perkara ini. Penulis pernah mengetengahkan isu ini semasa menghadiri Bengkel Pengawalan Senjata anjuran Church of Sweden di Bangkok pada 2011. Di kala semua perwakilan sangat teruja dengan inisiatif pengawalan senjata demi keamanan dunia, tiada yang berminat untuk menyentuh isu Israel. Penulis cuba untuk menimbulkan isu Israel ini, namun ianya hanya disambut dengan dingin oleh semua perwakilan.

Merenung kepada situasi ini, mungkin menarik juga untuk membaca buku oleh Melvin Irving bertajuk ’We are One: American Jewry and Israel’. Buku ini secara jelas merekodkan sejarah keakraban Amerika dan Israel dan dianggap sebagai Satu Negara. Beberapa buku yang dianggap kontroversi dan berbentuk teori konspirasi seperti karya John Perkins iaitu ’the Secret of American History’ dan juga Eustace Mullin dengan bukunya ’the Secret of the Federal Reserve’ menerangkan secara terperinci perkara ini. Walaupun ada yang menganggap buku ini sebagai teori konspirasi, namun mesej yang ingin disampaikan dalam buku ini sangat bertepatan dengan apa yang berlaku pada hari ini. Penulis masih ingat ketika menghadiri dan sengaja menimbulkan teori konspirasi mengenai Israel dan Amerika di konferens ’the World Bank and the Modern Law Review’ di Newcastle, UK pada 2011 dianjurkan oleh Bank Dunia. Hampir kesemua peserta hanya tersenyum, ada yang tertawa dan panelis terus melabelkan teori ini sebagai datang dari individu yang kurang waras dan jahil.

Penulis tidak mahu mendedahkan lebih banyak fakta dan bukti mengenai keakraban Amerika-Israel kerana percaya bahawa ia telah diketahui oleh masyarakat antarabangsa secara meluas dan tidak perlu diselindung lagi. Apa yang menjadi isu utama ialah apakah tindakan dan reaksi umat Islam terhadap serangan dan keganasan yang dilakukan oleh Israel? Hingga kini, Israel terus tanpa segan silu malahan bongkak dan sombong terus menerus melakukan keganasan bukan sahaja terhadap Palestin tetapi juga kepada sebarang pihak yang cuba membela nasib Palestin. Serangan berdarah ke atas kapal Mavi Marmara milik sebuah badan kebajikan Turki tidak mendapat pembelaan malahan tiada kenyataan maaf datang dari Israel. Pengorbanan seorang gadis bernama Rachel Corrie yang mati dibunuh oleh Israel kerana menentang kekejaman Israel juga tidak terbela oleh masyarakat antarabangsa.

Dunia Islam dan Israel

Sebelum membicarakan apakah reaksi sewajarnya dilakukan terhadap serangan Israel ini, umat Islam terlebih dahulu mesti mengingati kembali sejarah penubuhan OIC Pertubuhan Negara-negara Islam yang kini dianggotai oleh 57 buah negara. Penubuhan OIC pada 1969 adalah berkait rapat dengan Masjid al Aqsa berikutan keganasan dan kekejaman Israel yang menggugat kestabilan. Hingga kini, OIC dilihat tidak berfungsi sebagaimana yang aspirasikan semasa penubuhannya. Bahkan, sering kali OIC dilihat lembap dan tidak efisyen bagi membela nasib umat Islam.

Kemenangan Dr. Mohamed Mursi sebagai Presiden Mesir disambut dengan penuh kegembiraan oleh umat Islam secara umumnya. Sebagai seorang aktivis gerakan Islam yang paling berpengaruh di dunia, Ikhwanul Muslimin, harapan yang begitu tinggi diletakkan di atas bahu beliau. Namun, pendekatan beliau yang dilihat sebagai terbuka yang mengiktiraf negara Israel bahkan menghantar duta Mesir ke Israel begitu mengejutkan. Bukan itu sahaja, beliau juga telah mendapatkan bantuan IMF bagi membantu membangunkan Mesir. Walaupun beliau telah memanggil pulang Duta Mesir di Israel sebagai tanda bantahan kepada tindakan serangan Israel, Mesir masih mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Perkara ini sebenarnya adalah amat difahami memandangkan Mesir masih terikat dengan Perjanjian Camp David yang ditandatangani oleh Anwar Sadat dan Israel pada 1978. Walau apa pun yang dilakukan, perkara ini masih tidak menggembirakan Israel kerana merasakan bahawa musuh sebenar mereka adalah al Ikhwan al Muslimun. Lebih-lebih lagi apabila menyedari polisi Dr Mursi yang membenarkan sempadan Fatah dibuka untuk membolehkan bantuan ke Gaza yang sangat membimbangkan Israel. Akhirnya, Dr Mursi digulingkan melalui proksi Israel di Mesir.

Di antara pemimpin Islam yang lantang mempersoalkan kezaliman dan kekejaman Israel ialah Perdana Menteri Turki Recep Tayib Erdogan. Semasa di World Economic Forum di Davos, di kala semua hadirin bertepuk tangan mendengar kekejaman Israel oleh Simon Peres pada 2009, Erdogan bangun menyuarakan ketegasan dan bertindak meninggalkan majlis sebagai tanda bantahan dan protes. Selepas peristiwa tersebut berserta dengan beberapa tindakan Erdogan yang lain membuatkan beliau dihormati dan dianggap sebagai hero umat Islam. Namun, sekiranya dilihat kepada polisi dasar luar negara Turki-Israel ianya tetap sama dan tidak berubah. Turki masih mempunyai hubungan yang rapat dengan Israel. Mungkin juga ramai yang tidak tahu bahawa Turki adalah negara Islam yang pertama mempunyai hubungan diplomasi dengan Israel seawal 1949. Sedikit harapan yang dapat dilihat pada Turki ketika ini ialah kekuatan ekonomi dan kestabilan politiknya telah meletakkan Turki sebagai sebuah negara yang signifikan di peringkat antarabangsa. Penganalisis Politik Antarabangsa, Michael Koplow misalnya menjangkakan akan terdapat perubahan pada hubungan Turki-Israel dengan berlakunya serangan keganasan Israel baru-baru ini.

Satu ketika dulu, Iran dilihat sebagai sebuah negara yang menjadi ancaman kepada Israel. Presiden Mahmoud Ahmadinejad sering kali menimbulkan polemik dan mengutuk keganasan serta kekejaman Israel. Bahkan, beliau digelar dengan pelbagai gelaran yang negatif akibat daripada kenyataan keras terhadap Israel khususnya semasa Perhimpunan Agung PBB pada september 2012 yang menyatakan bahawa Israel akan dipadamkan pada peta antarabangsa. Kenyataan keras beliau ini dikecam oleh ramai perwakilan antarabangsa dan mendapat reaksi hebat oleh sekutu Israel.

Walaupun Iran dilihat sebagai negara yang anti-Israel tetapi hakikatnya sekira ditinjau tindakan, dasar dan realiti, Iran bukanlah negara yang benar-benar anti-Israel. Penulis merasa ragu dengan fungsi Iran sebagai ’anasir jahat’ di peringkat antarabangsa yang mengancam keselamatan Timur Tengah dan Israel. Peranan Iran di Timur Tengah hanya dilihat sebagai faktor utama membuka peluang kepada Israel untuk meningkatkan hegemoninya di dunia. Tanpa ancaman Iran, Israel mungkin tidak sebebas hari ini meningkatkan bala ketenteraanya, meneruskan keganasan dan kekejaman. Tanpa ancaman Iran, Amerika tidak akan dapat membekalkan senjata kepada negara-negara Teluk yang kaya raya itu. Direkodkan bahawa sebahagian besar perbelanjaan negara-negara Teluk ini diperuntukkan untuk pembelian senjata daripada Amerika. Bayangkan sekiranya tiadanya ancaman Iran di Timur Tengah, sudah pasti Israel tidak akan sewenang-wenangnya bermaharajalela memandangkan negara-negara arab akan menumpukan perhatian kepada isu yang berlaku di Palestin dan Amerika tidak lagi mempunyai pelanggan tetap senjatanya. Keadaan ekonomi yang semakin goyah dengan hutang negara yang sudah mencecah USD16 trilion membuatkan Amerika semakin terdesak mencari rakan dagang setia dan pelanggan tetap senjatanya. Faktor ini serba sedikit membuktikan Iran bukanlah negara yang boleh diharapkan dalam membela nasib umat Islam mahupun mengetuai negara Islam menentang Israel. Lebih-lebih lagi dengan tindakan Iran yang menyokong rejim al Assad di Syria untuk terus menzalimi dan membunuh rakyat yang memperjuangkan kebebasan.

Semasa era pimpinan Tun Dr. Mahathir, beliau dilihat begitu tegas dengan isu kezaliman Israel dan dianggap mewakili suara negara dunia ketiga dan negara Islam. Kelantangan suara Tun Dr. Mahathir ini tidak disenangi oleh beberapa pihak termasuk Israel. Hingga kini, Tun Dr. Mahathir masih konsisten dengan pandangan terhadap Israel dan terus bergiat aktif dalam memperjuangkan isu keamanan. Kenyataan beliau yang menyentuh isu Israel memerintah dunia melalui proksi dan melabelkan Israel sebagai Negara Pengganas mendapat reaksi keras daripada pelbagai pihak di peringkat antarabangsa terutamanya yang pro-Israel. Walaupun mengakui sumbangan Tun Dr. Mahathir dalam aspek ini, namun ianya tidak signifikan kepada sebarang usaha untuk menghentikan keganasan Israel. Dengan kedudukan yang kini tidak memegang apa-apa jawatan yang strategik, suara Tun Dr. Mahathir kini tidak lagi sekuat dan selantang dulu.

Al Ikhwan al Muslimun Ancaman Sebenar Israel

Setelah menelusuri peranan beberapa negara dan pimpinan dunia Islam dalam memperjuangkan isu keganasan Israel dan membela nasib umat Islam khususnya di Palestin, boleh dibuat kesimpulan bahawa sehingga kini tiadanya kerjasama bersepadu negara Islam. Kebanyakan inisiatif dan tindakan yang dilakukan adalah bersifat individu, tidak kolektif dan bermusim. Ini bermakna sebarang usaha untuk membantu perjuangan umat Palestin selama ini adalah kurang berkesan. Oleh itu seharusnya dikaji bentuk perjuangan yang bagaimana seharusnya dilakukan pada waktu ini untuk meneruskan perjuangan ini. Dalam aspek ini, penulis ingin merujuk kepada Laporan yang dibuat oleh ’Think-thank Israel’ Jerusalem Cente for Public Affairs 2011. Laporan yang penting ini menyimpulkan bahawa ancaman sebenar Israel bukanlah mana-mana negara Islam mahupun pimpinan dunia Islam tetapi ancaman yang benar-benar mampu menggugat Israel ialah gerakan Islam. Gerakan seumpama Ikhwanul Muslimin dan jaringannya merupakan ancaman terbesar Israel.

Kesimpulan yang dibuat oleh Laporan oleh Jerusalem Center for Public Affairs ini secara jelas menunjukkan bahawa Gerakan Islam yang bersepadu mengakar dan membumi diangkat oleh umat Islam secara kolektif adalah ancaman sebenar Israel. Gerakan Ikhwanul Muslimin dan jaringannya di seluruh dunia begitu merisaukan Israel kerana kekuatan gerakan ini bukan sahaja bersandarkan kepada kesatuan tetapi keimanan, keikhlasan serta kekuatan rohaninya. Yusuf al Qaradhawi ada menyebutkan hal ini di dalam bukunya ’Aku dan al Ikhwan al Muslimun’ di mana tentera Israel semasa peperangan Mesir-Israel ada menyatakan bahawa mereka langsung tidak takut dengan tentera Mesir tetapi sangat gentar dengan sukarelawan ikhwanul muslimin. Israel juga sangat gusar dan gentar dengan pejuang gerakan Islam seperti Hamas. Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh dengan penuh keberanian menyatakan bahawa beliau sangat mengimpikan syahid dan sentiasa bersedia untuk berjuang menentang kezaliman Israel. Antara faktor inilah, Gerakan Islam begitu digeruni oleh Israel berbanding dengan ancaman-ancaman yang lain.

Penutup

Tindakan sesetengah negara Islam yang melabelkan gerakan Islam seperti al Ikhwan al Muslimun sebagai grup pengganas adalah antara perkara yang paling merugikan umat Islam. Gerakan Islam yang membumi dan berasaskan kepada tarbiah serta dakwah sepatutnya diangkat dan diberikan sokongan daripada pelbagai sudut sama ada kewangan, infrastruktur, sumber manusia dan sebagainya. Berdasarkan kepada perbincangan ringkas di atas, perjuangan membebaskan Palestin dan membela nasib umat Islam serta menghentikan keganasan Israel adalah suatu jihad yang menjadi tuntutan aqidah. Umat Islam tidak boleh mengharapkan pemimpin barat mahupun pimpinan dunia Islam untuk mengetuai perjuangan ini. Ia seharusnya dimulakan dan dipelopori oleh gerakan Islam. Gerakan Islam seumpama ikhwanul muslimin dan gerakan Islam yang lain kini perlu bersatu teguh dan bekerjasama secara kolektif untuk bersama-sama meneruskan misi ini. Hanya dengan kesatuan ummah melalui paradigma Tauhid, perjuangan membebaskan bumi Palestin akan tercapai dan kekejaman Israel dapat dihentikan. Kesatuan ummah di atas paradigma Tauhid yang dipimpin oleh Gerakan Islam inilah yang akan menjadi penentu kepada kebangkitan dan kegemilangan umat Islam.

Regards
Zulkifli Hasan

YVONNE RIDLEY
With Yvonne Ridley, a British Muslim Journalist.

My Recent Book ‘Fiqh Isu Semasa’.

“Fiqh Isu Semasa’.

This book offers critical analysis on selected and controversial issues pertaining to socio-politic, law and syariah, economics and finance, education, arts and ibadah. The author analyses selected Muslim related issues which are significant to our daily life such as Islamophobia, democracy, human rights, ethics, national budget, education, Islamic finance, role of religious authorities, the importance of financial planning, concept of ukhuwah with non-Muslims, conflict in Syria and Palestine, Islamic law of evidence, concept of oath, hudud, sirah of the Prophet Muhammad and etc. This book is useful for the general public as a simple guide and reference to understand the selected issues academically and not emotionally and more importantly to apprehend the issues with appropriate facts and objective thought.

Buku fiqh

Happy reading.

Regards
Zulkifli Hasan

Australian Centre for Islamic Finance sets up sharia advisory board

Australian Centre for Islamic Finance sets up sharia advisory board

BY BERNARDO VIZCAINO Available at: http://www.reuters.com/article/2014/03/04/islamic-finance-australia-idUSL6N0M100R20140304

(Reuters) – The Australian Centre for Islamic Finance has set up an advisory board to help local businesses conduct sharia-compliant transactions, including developing financing options such as Islamic bonds, the centre’s director told Reuters.

The three-member board is the latest sign the industry is making headway despite Australia’s lack of regulation catering to Islamic finance, which follows religious principles such as bans on interest and pure monetary speculation.

The centre’s sharia board members might not have the global name recognition as some of their Gulf-based peers, but familiarity with Australian law would appeal to local firms, said Almir Colan, director of the centre, an education and training body.

“We need people who will be able to apply classical fiqh (Islamic jurisprudence) principles within a modern context – the increased complexity of financial products and commercial transactions needs specialists.”

The scholars have backgrounds in Islamic law and hold Islamic finance degrees from Melbourne’s La Trobe University, while the board also aims to guide local Muslims on commercial matters.

“Their work will not be limited to corporate finance and auditing for sharia compliance but will also serve the wider community in Australia with regards to all issues regarding finance and commercial transactions,” Colan said.

Last month, Melbourne-based First Guardian launched an Islamic pension fund in collaboration with local Muslim organisations to tap the country’s private pension system, the world’s fourth largest.

Sydney-based fund manager Crescent Wealth plans to launch an Islamic fund investing in commercial property this year as it continues to expand its range of products. (Editing by Eric Meijer)

Regards
IMG-20110917-00087
Melbourne, Australia