QAZAF DAN KAITANNYA DENGAN TUDUHAN LIWAT MENURUT PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG

QAZAF DAN KAITANNYA DENGAN TUDUHAN LIWAT MENURUT PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG

Zulkifli Hasan

Pendahuluan

Mutakhir ini masyarakat umum disajikan dengan berita-berita sensasi mengenai kes yang telah diputuskan di Mahkamah Persekutuan Malaysia antara PP v Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Kewujudan beberapa pihak yang teruja untuk memberikan penerangan mengenai kes tersebut di seluruh Malaysia secara percuma menjadikan ia lebih sensasi dan menimbulkan begitu banyak persoalan. Kes yang didakwa sebelum ini tidak melibatkan unsur politik, kini semakin terserlah seakan ada agenda politik disebaliknya. Penafian demi penafian hanya semakin membenarkan tanggapan dan persepsi umum mengenai kewujudan unsur politik berkaitan dengan kes tersebut.

Walau apapun, unsur politik bukanlah menjadi isu utama dalam hal ini, apa yang menjadi kerisauan adalah potensi berlakunya Qazaf secara berleluasa tanpa disedari. Umat Islam secara tidak sedar berkemungkinan boleh terjerumus melakukan kesalahan ini sekiranya ia tidak dibendung. Kesannya adalah begitu signifikan apabila melibatkan aspek kesaksian dan keruntuhan moral serta berpotensi menjadi kanser kepada keharmonian institusi keluarga dan masyarakat. Ia juga sangat berkait rapat dengan tuntutan memelihara keaiban dan maruah selaras dengan prinsip maqasid Syariah.

Mengambil perhatian perkara ini dengan serius, penulis ingin berkongsi pandangan mengenai isu ini dengan tujuan agar ia boleh dijadikan sebagai antara pencerahan kepada beberapa persoalan berkaitan dengan kerelevanan liwat dalam kes Qazaf di Mahkamah Syariah. Artikel ringkas ini hanya membincangkan secara umum beberapa persoalan mengenai kesalahan Qazaf dan kaitannya dengan liwat dengan merujuk kepada peruntukan undang-undang. Penting untuk diingatkan bahawa penulisan ini tidak bermaksud untuk membicarakan topik ini secara menyeluruh dan mendalam mahupun menyentuh segenap aspek ruang lingkup Qazaf. Rujukan lanjut kepada kitab-kitab muktabar, enakmen dan akta berkaitan serta makalah yang relevan perlu dilakukan bagi memastikan kefahaman yang lebih baik bagi memahami isu yang dibincangkan.

Beberapa Persoalan Mengenai Kesalahan Qazaf dan Kaitannya Dengan Kesalahan Liwat

Persoalan demi persoalan ditimbulkan mengenai kes Qazaf ini dan ini merangkumi aspek hukum syarak dan undang-undang. Antara yang menjadi persoalan utama adalah berkenaan dengan kerelevenan Qazaf dalam kes melibatkan tuduhan liwat sama ada menurut perspektif Syariah mahupun undang-undang yang diperuntukkan di bawah enakmen negeri-negeri. Masyarakat juga ingin tahu mengenai prosiding kes Qazaf di Mahkamah Syariah dan bagaimanakah Mahkamah boleh membicarakan dan mendengar kes seumpama ini. Ini merupakan antara beberapa persoalan yang menjadi perbincangan dan perdebatan di mana sekiranya tidak ditangani dengan baik akhirnya boleh menimbulkan pelbagai spekulasi dan kekeliruan.

Sehubungan dengan perkembangan semasa terutama penganjuran program penerangan kes yang telah diputuskan di Mahkamah Persekutuan pada Februari lalu, baru-baru ini, seorang aktivis berlatarbelakang agama diikuti oleh beberapa pihak lain atas dasar tanggungjawab telah membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Selangor dan Pulau Pinang mengenai potensi kesalahan Qazaf terhadap seorang individu ternama. Laporan ini telah mendapat liputan meluas pelbagai pihak. Namun yang sangat menarik adalah pandangan awal Menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal agama yang menyatakan bahawa Qazaf hanya merujuk tuduhan zina dan bukan liwat. Pandangan ini merujuk kepada peruntukan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-negeri yang hanya merujuk kesalahan zina atau persetubuhan haram di antara lelaki dan perempuan.

Sebelum ini, percubaan untuk mendapatkan perintah Mahkamah Syariah untuk meminta pendakwa syarie memulakan prosiding Qazaf telah ditolak oleh Mahkamah Syariah dalam kes yang sama. Mahkamah telah menolak rayuan pemohon dengan alasan bahawa sebarang campur tangan dalam urusan pendakwaan boleh dilihat sebagai suatu maksiat dan mahkamah tidak boleh bertolak ansur dengan sebarang perbuatan maksiat. Mahkamah juga memutuskan bahawa Ketua Pendakwa Syarie perlu menggunakan pertimbangan professional dan mesti dilihat adil, bebas dan tidak melibatkan pandangan peribadi atau fahaman politik dalam melaksanakan tugasnya. Mahkamah melihat sebarang urusan campur tangan daripada mana-mana pihak termasuk pihak ketiga atau hakim dilihat sebagai satu maksiat. Mahkamah sebulat suara menolak permohonan untuk mengeluarkan perintah tersebut.

Berikutan dengan perkembangan dan kes yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah dalam isu Qazaf di atas, ia telah menimbulkan persoalan yang signifikan dari sudut hukum syarak dan undang-undang. Persoalan-persoalan ini boleh dirumuskan kepada lima isu utama iaitu (i) Apakah Perspektif Hukum Syarak Mengenai Qazaf Dalam Kes Tuduhan Liwat?; (ii) Apakah Menuduh Orang Lain Melakukan Liwat Secara Paksa Dianggap Qazaf?; (iii) Adakah Qazaf Masih Relevan Dalam Kes Tuduhan Liwat Terhadap Seseorang yang Telah Disabitkan Kesalahan Seks Luar Tabii di Mahkamah Sivil? (iv) Adakah Peruntukan Undang-undang Mengenai Qazaf Merangkumi Kesalahan Menuduh Orang lain melakukan Liwat atau Ia Terhad Hanya Pada Kesalahan Zina?; dan (iv) Apakah Prosiding Qazaf Dalam Kes Tuduhan Seseorang Melakukan Liwat?.

Apakah Perspektif Hukum Syarak Mengenai Qazaf Dalam Kes Tuduhan Liwat?

Qazaf merupakan sesuatu kesalahan yang unik dan berlainan dengan kesalahan jenayah Syariah yang lain dalam Islam. Ia bertujuan untuk melindungi maruah dan kehormatan seseorang yang menjadi antara salah satu aspek utama yang perlu dipelihara dalam prinsip maqasid Syariah. Pengajaran mengenai Qazaf ini diriwayatkan secara terperinci dalam peristiwa Ifk di mana kesalahan Qazaf ini dianggap bukan sahaja sebagai salah satu dosa besar malahan memberikan impak yang begitu besar dan ini termasuk implikasi kesaksian seseorang yang tidak diterima selama-lamanya.

Qazaf secara umumnya merujuk kepada tuduhan ke atas seseorang yang baik akhlaknya dengan berzina, atau menafikan keturunannya yang sah. Qazaf merupakan salah satu daripada kesalahan hudud dan sesiapa disabitkan dengan kesalahan ini boleh di hukum had. Berkenaan dengan kesalahan zina dan liwat berkaitan Qazaf, jumhur termasuk mazhab Shafii berpandangan bahawa liwat adalah hudud dan pesalah boleh dikenakan hukuman had zina. Berbanding dengan pandangan jumhur, hanya Imam Abu Hanifah yang berpandangan bahawa liwat tidak diwajibkan hukuman had ke atas kedua-dua pelaku liwat dan penerimanya sama ada lelaki atau perempuan.

Merujuk kepada kesalahan Qazaf dalam pertuduhan liwat, majoriti fuqaha daripada empat mazhab berpendapat bahawa liwat adalah sama sahaja dengan zina. Tuduhan liwat ke atas seseorang mengikut Imam Malik, Imam Shafi’i dan Imam Ahmad sama dengan menuduh seseorang melakukan zina kerana liwat adalah zina dan peliwat adalah penzina sama ada ia sebagai pelaku atau penerima perlakuan itu, sama ada ia lelaki atau perempuan. Sekiranya jika disabitkan dengan kesalahan Qazaf menerusi tuduhan liwat maka si pesalah boleh dikenakan hukuman had bagi kesalahan Qazaf. Imam Abu Hanifah pula berpandangan bahawa tuduhan liwat termasuk dalam hukuman takzir kerana beliau berpendapat bahawa liwat bukannya zina, justeru tuduhan liwat tidak dikira sebagai tuduhan zina. Dalam isu ini, pendekatan Mahkamah Syariah kebiasaannya mengutamakan pandangan jumhur dan mazhab Shafii. Oleh itu, tuduhan liwat juga boleh ditafsirkan untuk merangkumi tuduhan zina dan Qazaf.

Apakah Menuduh Orang Lain Melakukan Liwat Secara Paksa Dianggap Qazaf?

Pada asasnya, sesiapa yang menuduh sesiapa meliwat tanpa bukti empat orang saksi lelaki yang cukup syarat atau pengakuan tertuduh boleh dianggap melakukan jenayah Qazaf. Ini menimbulkan persoalan bagaimana dengan kes liwat secara paksa. Adakah pihak yang mendakwa dilihat boleh menuduh seseorang melakukan liwat secara paksa dan terlepas daripada hukuman Qazaf? Adakah pihak ketiga juga boleh menuduh orang lain melakukan liwat secara paksa dan bebas dari tuduhan melakukan Qazaf? Dalam hal ini, penulis berpandangan bahawa umat Islam hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada sebarang perbuatan yang boleh menjerumuskan diri dengan dosa Qazaf walaupun tuduhan sebegini boleh memungkinkan boleh terlepas daripada kesalahan Qazaf di atas dunia ini tetapi belum tentu di hari akhirat nanti.

Apabila membicarakan isu ini, perlu diingatkan bahawa hanya mangsa atau pihak yang mendakwa diliwat yang berhak untuk membuat tuduhan liwat secara paksa dan bukan pihak ketiga. Bukan itu sahaja, orang yang mendakwa dirinya diliwat perlu mengemukakan bukti dan keterangan yang boleh diterima di Mahkamah bagi menyokong dakwaannya itu. Keterangan dan bukti itu mesti menunjukkan bahawa adanya unsur paksaan dan jika dia tidak dapat mengemukakan bukti diliwat maka dia boleh dianggap melakukan tuduhan Qazaf terhadap seseorang.

Perlu diingatkan juga bahawa tuduhan melakukan liwat secara paksa adalah sama sekali tidak sama dengan tuduhan dalam kes gangguan seksual atau ‘sexual harrasment’. Tanggapan yang mengatakan bahawa kes liwat secara paksa boleh dianalogikan dengan gangguan seksual seperti dalam kes yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan baru-baru ini adalah sesuatu yang mengelirukan dan jauh daripada kebenaran. Berbanding liwat, gangguan seksual boleh berlaku tanpa adanya berlaku perlakuan hubungan seksual. Oleh itu, beban pembuktian untuk pembuktian adanya unsur paksaan dalam kes gangguan seksual adalah berbeza dengan kes tuduhan liwat secara paksa. Beban pembuktian kes liwat secara paksa memerlukan keterangan dan bukti yang kukuh bagi membuktikan bahawa adanya elemen paksaan.
Merujuk kepada isu adakah pihak ketiga atau sesiapa selain daripada mangsa liwat secara paksa boleh melakukan kesalahan Qazaf ia adalah sesuatu yang perlu diberikan perhatian secara amat berhati-hati. Asasnya, tiada sesiapa termasuk pihak ketiga boleh menuduh sesiapapun dengan tuduhan liwat sama ada secara paksa atau rela. Walaubagaimanapun, dalam kes di mahkamah melibatkan tuduhan melakukan liwat yang dijalankan Pendakwa Syarie, Pendakwa Syarie hanya dianggap mewakili pihak yang mendakwa diliwat. Isu pendakwa Syarie berpotensi melakukan Qazaf tidak lagi relevan kerana beliau hanya mewakili pihak yang mendakwa diliwat dan pendakwa syarie tidak boleh dijatuhkan hukuman kesalahan Qazaf sekiranya tidak dapat dibuktikan bahawa tertuduh telah melakukan liwat secara paksa.
Oleh itu, pendakwa syarie mesti menjalankan pendakwaan mewakili dan berdasarkan kepada maklumat dan keterangan oleh mangsa liwat yang mendakwa diliwat secara paksa. Sekiranya pihak yang mendakwa diliwat mengatakan ia berlaku secara paksa maka pendakwa syarie tidak boleh pula mengatakan bahawa liwat berlaku secara sukarela seperti yang berlaku dalam kes liwat yang diputuskan di Mahkamah Persekutuan baru-baru ini. Ia jelas bertentangan dengan dakwaan pihak yang mendakwa kena liwat dan ini menyalahi prinsip asal pendakwaan dalam kes zina dan liwat.

Adakah Qazaf Masih Relevan Dalam Kes Tuduhan Liwat Terhadap Seseorang yang Telah Disabitkan Kesalahan Seks Luar Tabii di Mahkamah Sivil?

Wujudnya tanggapan bahawa sesiapa tidak boleh dianggap melakukan Qazaf atau terlepas daripada kesalahan Qazaf apabila membuat tuduhan liwat terhadap seseorang yang telah disabitkan kesalahan seks luar tabii di Mahkamah Sivil. Ini merupakan suatu tanggapan salah yang perlu diberikan perhatian. Umumnya, sabitan kesalahan di Mahkamah Sivil seperti yang diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan tidak bermakna seseorang itu berhak atau boleh membuat tuduhan liwat. Malahan sebarang pertuduhan terhadap sebarang kesalahan seumpama ini hanya boleh dibuat dihadapan hakim di Mahkamah Syariah.

Sabitan kesalahan melakukan seks luar tabii di bawah Kanun Kesiksaan di Mahkamah Sivil tidak membolehkan seseorang terlepas daripada kesalahan Qazaf apabila menuduh seseorang yang telah disabitkan kesalahan tersebut dengan tuduhan liwat. Ini bersandarkan kepada pembuktian yang tidak menepati hukum syarak dan sabitan juga berlaku tidak berasaskan kepada sama ada kepada iqrar ataupun empat orang saksi lelaki. Bukan itu sahaja peruntukan di bawah Hukuman yang diperuntukkan di bawah Kanun Kesiksaan juga bukan merupakan hukuman hudud. Walaupun telah disabitkan kesalahan di Mahkamah Sivil di bawah Kanun Keseksaan hatta di Mahkamah Syariah di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri sekalipun, sesiapa sahaja tidak boleh membuat tuduhan liwat terhadap sesiapapun melainkan ia dilakukan di Mahkamah. Sebarang pertuduhan hanya boleh dilakukan di hadapan hakim di Mahkamah Syariah.

Adakah Peruntukan Undang-undang Mengenai Qazaf Merangkumi Kesalahan Menuduh Orang lain melakukan Liwat atau Ia Terhad Hanya Pada Kesalahan Zina?

Seksyen 36 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dan seksyen 41 Akta 559 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan bahawa “Kecuali dalam kes li’an, mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa mengemukakan, mengikut Hukum Syara’, empat orang saksi lelaki atau iqrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.” Meneliti peruntukan ini, umumnya ia bukan bersifat secara mutlak dan boleh ditafsirkan secara literal atau konstruktif. Ia bergantung kepada Mahkamah Syariah untuk menentukan pendekatan pentafsiran mengenai kesalahan Qazaf sama ada ia hanya terhad pada kesalahan zina atau ia termasuk kesalahan zina dan liwat.

Pentafsiran secara literal menghadkan kesalahan Qazaf kepada tuduhan zina atau tuduhan seseorang lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan haram tanpa ikatan perkahwinan yang sah. Pendekatan pentafsiran secara literal ini akan mengecualikan kes menuduh orang lain melakukan liwat tanpa bukti yang mencukupi sebagai kesalahan Qazaf. Ini bermakna laporan yang dibuat terhadap seseorang yang menuduh orang lain melakukan kesalahan Qazaf dalam kes liwat adalah tidak relevan. Pendakwa Syarie hanya akan memulakan prosiding Qazaf sekiranya beliau berpuashati dengan siasatan dalam kes tersebut dan hanya perlakuan yang melibatkan pertuduhan ke atas seseorang melakukan zina dan bukan liwat.

Pandangan yang menghadkan kesalahan Qazaf ini kepada tuduhan zina juga merujuk kepada jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom semasa perbahasan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ketiga Belas 2015 di Dewan Rakyat. Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom telah mengambil pandangan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan yang memutuskan untuk tidak mendakwa kes Qazaf melibatkan liwat kerana tuduhan liwat tidak merangkumi kesalahan Qazaf sepertimana yang terkandung di bawah seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997. Seksyen 2 Akta yang sama juga telah mentafsirkan zina sebagai ‘persetubuhan antara lelaki dan perempuan tanpa nikah yang sah’ dan liwat sebagai ‘perhubungan seks sesame lelaki’.

Berdasarkan kepada kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri di atas, secara umumnya dari satu sudut penulis bersetuju dengan pendangan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan. Namun demikian, penulis mendapati bahawa Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan telah membuat tafsiran sendiri yang boleh jadi betul atau salah tanpa berusaha membawa perkara ini untuk ditentukan oleh Mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah adalah institusi yang berbidang kuasa untuk mentafsirkan sebarang peruntukan undang-undang termasuk isu khilaf dalam pentafsiran tuduhan liwat dalam kes Qazaf.

Penulis juga meragui kenyataan yang menyebut bahawa tindakan Ketua Pendakwa Syarie tidak mengambil tindakan adalah merujuk kepada pandangan ulama yang disepakati dan dikanunkan walaupun mengakui pandangan mazhab Syafii yang kuat berpegang kepada pendapat bahawa tuduhan liwat juga adalah Qazaf. Pandangan yang menghadkan hanya tuduhan zina sebagai Qazaf bukanlah pandangan yang disepakati. Bukan itu sahaja, ia jelas tidak konsisten dengan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini dalam isu program memegang anjing yang menyatakan bahawa Malaysia meraikan mazhab lain tetapi mazhab Syafii tetap menjadi konsensus umat Islam di Negara ini. Selari dengan tuntutan maqasid Syariah yang menuntut kepada pemeliharaan maruah seseorang yang dituduh dengan tuduhan yang amat berat seumpama liwat, Ketua Pendakwa Syarie sebenarnya masih boleh membawa kes ini ke Mahkamah Syariah untuk diputuskan oleh hakim.

Walaupun Seksyen 36 dan 41 di atas tidak menyebutkan liwat dalam kesalahan Qazaf, namun tidak bermakna ia boleh menghalang untuk Mahkamah Syariah membuat tafsiran secara konstruktif. Peruntukan ini boleh ditafsirkan dengan makna yang lebih luas sesuai dengan hukum syarak dan pandangan fuqaha muktabar termasuk ulama mazhab Shafii. Umumnya, kesalahan Qazaf bukan sahaja merujuk kepada zina, malahan perkataan zina boleh sahaja ditafsirkan dengan makna yang lebih luas. Seiring dengan pandangan jumhur termasuk pandangan kuat Mazhab Shafii, zina dalam kes Qazaf juga merujuk kepada pertuduhan liwat ke atas seseorang. Pentafsiran ini bersandarkan kepada pandangan yang kukuh dan kuat daripada ramai ulama muktabar daripada pelbagai mazhab. Ini semestinya memberikan sandaran yang kukuh kepada Ketua Pendakwa Syarie untuk memulakan prosiding Qazaf dalam kes mana-mana pihak yang menuduh seseorang melakukan perbuatan liwat.

Tafsiran konstruktif ini juga bukan sahaja berasaskan kepada pandangan jumhur malahan terdapat beberapa peruntukan undang-undang lain yang boleh dirujuk. Seksyen 130 (2) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Selangor) dan Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 termasuk seksyen 230 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor 2003 menyebut secara jelas bahawa jika terdapat lakuna atau jika apa-apa perkara tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Enakmen atau Akta ini, Mahkamah Syariah hendaklah memakai Hukum Syarak. Seksyen 3 Enakmen dan Akta ini mentafsirkan Hukum Syarak sebagai mengikut Mazhab Shafii, atau mengikut mana-mana satu Mazhab Maliki, Hanafi atau Hanbali. Peruntukan ini secara langsung memberikan ruang kepada Mahkamah Syariah untuk mentafsirkan definisi Qazaf untuk merangkumi kes menuduh seseorang melakukan perbuatan zina termasuk liwat, Ini bertepatan bukan sahaja dengan Mazhab Shafii malahan majoriti fuqaha mazhab lain yang mensabitkan liwat sebagai zina.

Pentafsiran secara konstruktif ini adalah bersesuaian dengan keadaan seama masyarakat, memenuhi keperluan maslahah umum dan bertepatan dengan maqasid Syariah yang mesti dipelihara dan dipertahankan. Penulis mengambil pandangan bahawa Ketua Pendakwa Syarie boleh membawa kes ini ke Mahkamah Syariah dan hakim boleh menentukan pendekatan pentafsiran untuk menyelesaikan sebarang kekhilafan bersesuaian dengan kaedah ‘iza hakama al hakim rafa’a al khilaf’ yang bermaksud sekiranya hakim telah membuat keputusan maka terungkailah khilaf.

Dalam masa yang sama, penulis berpandangan bahawa terdapat keperluan pindaan undang-undang bagi peruntukan kesalahn Qazaf sedia ada. Sesuai dengan maqasid Syariah dan bertepatan dengan pendekatan umum yang meraikan Mazhab Syafii sepertimana dinyatakan secara jelas oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, maka tuduhan liwat juga sepatutnya merangkumi kes Qazaf dan bukan hanya merujuk kepada zina. Dengan menambah baik peruntukan di dalam enakmen sedia ini juga akan membuka ruang yang lebih luas ke arah penambahbaikan keseluruhan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang dilihat masih mempunyai pelbagai kelemahan dan kekurangan dari beberapa sudut termasuk pemakaian pandangan fuqaha.

Apakah Prosiding Qazaf Dalam Kes Tuduhan Seseorang Melakukan Liwat?

Pada asasnya, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah negeri-negeri memperuntukkan bahawa hanya orang yang menuduh orang tertentu melakukan zina tanpa bukti empat orang saksi lelaki yang cukup syarat atau pengakuan tertuduh boleh dianggap melakukan jenayah Qazaf. Namun begitu, bersandarkan kepada peruntukan undang-undang dibawah enakmen negeri-negeri dengan disokong oleh pandangan majoriti fuqaha, Qazaf juga boleh ditafsirkan sebagai merangkumi tuduhan liwat. Ini menimbulkan kepada persoalan mengenai prosiding Qazaf dalam kes tuduhan liwat.

Umumnya, prosiding Qazaf adalah sama dengan kesalahan jenayah Syariah yang lain. Ia boleh dimulakan sama ada melalui laporan oleh yang dituduh atau orang awam atau pihak ketiga atau inisiatif hakim sendiri. Seksyen 8 dan 9 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor 2003 memperuntukkan bahawa orang awam boleh membantu hakim, Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis dengan memberi maklumat mengenai sesuatu kesalahan jenayah syariah yang diperuntukkan. Ini selari dengan apa yang telah dilakukan sepertimana laporan yang telah dibuat kepada pihak berkuasa agama Selangor dan Pulau Pinang. Tuduhan Qazaf ini sekiranya dibawa ke Mahkamah memerlukan dua orang saksi yang mencukupi syarat, membuktikan kesahihan sesuatu dakwaan Qazaf itu.

Sekiranya pihak yang melaporkan maklumat kes Qazaf tersebut tidak berpuashati dengan tindakan pihak berkuasa agama, beliau boleh membuat ‘aduan’ terus kepada hakim. Seksyen 72 memberi kuasa kepada hakim untuk mendengar ‘aduan’ terus daripada pihak yang membuat aduan dan sekiranya mempunyai asas yang kukuh boleh mengeluarkan saman bagi kehadiran tertuduh. Hakim sebenarnya bukan sahaja boleh membicarakan sesuatu kes berdasarkan ‘aduan’ pihak tertentu tetapi juga boleh mengambil perhatian tentang kesalahan berdasarkan pengetahuannya sendiri dan dengan keterangan yang menyokong bahawa kesalahan itu telah dilakukan. Peruntukan ini juga berasaskan kepada bidang kuasa jenayah yang dimiliki hakim di bawah peruntukan seksyen 7 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor 2003.

Walaupun secara dasarnya hakim boleh membicarakan kes Qazaf menerusi ‘aduan’ pengadu mahupun berdasarkan pengetahuannya sendiri seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 72, namun prosiding seumpama ini adalah sesuatu yang sangat jarang atau belum pernah dilaksanakan. Ini juga mungkin relevan dengan keputusan Mahkamah Syariah sebelum ini yang telah menolak permohonan untuk mengeluarkan perintah kepada Ketua Pendakwa Syarie untuk memulakan prosiding Qazaf. Mahkamah Syariah sendiri menolak untuk mencampuri urusan Ketua Pendakwa Syarie dan menganggap ia adalah suatu maksiat yang mesti dielakkan. Keputusan Mahkamah Syariah yang menolak permohonan tersebut juga disokong oleh seksyen 78 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 yang memperuntukkan Ketua Pendakwa Syarie mempunyai kuasa menurut budi bicaranya bagi memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di hadapan mana-mana Mahkamah Syariah. Ini bermakna, menantikan prosiding Qazaf menerusi aduan dan inisiatif hakim sendiri adalah sesuatu yang sukar berlaku di mana-mana negeri.

Kesimpulan

Peristiwa fitnah Ifk yang pernah berlaku terhadap keluarga Rasulullah SAW merupakan antara kisah yang sangat memberikan kesan kepada baginda dan seluruh umat Islam pada waktu itu. Ia hampir melibatkan pertumpahan darah serta faktor utama perselisihan faham dan perpecahan umat. Maka tidak hairanlah kesalahan Qazaf ini dinukilkan oleh Allah SWT di dalam al Quran secara spesifik berserta dengan hukuman yang sangat berat termasuk tidak diterima kesaksian selama-lamanya. Amaran Allah SWT dan Rasulullah SAW seumpama dipandang enteng dan remeh pada hari ini, di mana sudah ramai yang secara terang-terangan menganjurkan program berunsur Qazaf yang berpotensi untuk menjerumuskan ramai umat Islam secara tidak sedar untuk boleh melakukan kesalahan Qazaf.

Di antara isu utama yang timbul hari ini berkenaan dengan isu Qazaf ialah kes yang melibatkan tuduhan ke atas seseorang melakukan perbuatan liwat tanpa membawa bukti yang mencukupi dari segi hukum syarak. Umumnya, majoriti fuqaha bersetuju bahawa tuduhan liwat juga meliputi kesalahan Qazaf dan ia boleh dikenakan hukuman had. Malahan pandangan ini juga selaras dengan mazhab Shafii yang mentafsirkan Qazaf sebagai tuduhan liwat adalah sama dengan tuduhan zina. Ini merupakan asas kepada pemahaman isu Qazaf yang seharusnya dijadikan rujukan utama.

Perihal mengenai wujudnya tanggapan bahawa sesiapa tidak boleh dianggap melakukan Qazaf apabila membuat tuduhan liwat terhadap seseorang yang telah disabitkan kesalahan seks luar tabii di Mahkamah Sivil merupakan suatu tanggapan salah. Sabitan kesalahan di Mahkamah Sivil seperti yang diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan tidak bermakna seseorang itu berhak atau boleh membuat tuduhan liwat. Sebarang pertuduhan atas kesalahan jenayah termasuk tuduhan liwat terhadap sesiapa tidak boleh sewenang-wenangnya dilakukan dikhalayak umum bahkan ia hanya boleh dibuat dihadapan hakim di Mahkamah Syariah mengikut prosedur dan prinsip undang-undang keterangan Islam. Harus juga diperingatkan bahawa jika seseorang itu dilarang untuk membuat tuduhan liwat terhadap sesiapa kerana boleh jatuh kesalahan Qazaf, begitu juga sebaliknya di mana sesiapapun tidak boleh sewenang-wenangnya menuduh orang lain melakukan kesalahan Qazaf. Sebarang pertuduhan mesti melalui prosedur keadilan syarie iaitu di Mahkamah Syariah di hadapan hakim.

Realiti yang ada pada peruntukan undang-undang Syariah di Malaysia menimbulkan beberapa persoalan dan seterusnya menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat. Peruntukan undang-undang di bawah Enakmen Jenayah Syariah negeri-negeri hanya menyebut kesalahan Qazaf sebagai tuduhan zina dan tidak menyatakan secara jelas kedudukan tuduhan liwat. Menerusi peruntukan yang umum ini, beberapa tafsiran boleh dibuat sama ada secara literal atau konstruktif. Tafsiran secara literal pastinya akan menghadkan Qazaf kepada tuduhan zina dan mengecualikan tuduhan liwat. Manakala tafsiran secara konstruktif akan memperluaskan Qazaf untuk merangkumi bukan sahaja tuduhan zina malahan tuduhan liwat. Kenyataan yang menyatakan bahawa Qazaf adalah merujuk kepada tuduhan zina secara mutlak adalah tidak tepat dan menyalahi ruh undang-undang Syariah itu sendiri.

Setelah meneliti pelbagai faktor termasuk ruang lingkup undang-undang, pendekatan pentafsiran, pandangan majoriti fuqaha serta maslahah dan maqasid Syariah, penulis berpandangan bahawa pentafsiran secara konstruktif adalah pendekatan terbaik dalam menentukan sama ada Qazaf merangkumi zina dan liwat atau sebaliknya. Bersesuaian dengan tuntutan maslahah dan maqasid Syariah, kekuatan nas dah hujah berserta dengan ruang tafsiran secara konstruktif yang ada, kesalahan Qazaf hendaklah ditafsirkan sebagai meliputi tuduhan liwat. Ini juga bertepatan dengan tafsiran Hukum Syarak yang mengiktiraf Mazhab Shafii termasuk Mazhab muktabar yang lain. Oleh itu, Ketua Pendakwa Syarie boleh memulakan prosiding Qazaf kepada sesiapa yang didapati telah membuat tuduhan liwat ke atas seseorang tanpa membawa saksi yang mencukup dari segi hukum syarak.

Dari aspek tatacara, sesiapa sahaja orang awam termasuk yang dituduh berhak untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa mengenai maklumat berkaitan dengan kesalahan Qazaf. Enakmen Tatacara Jenayah Syariah negeri-negeri memperuntukkan prosedur yang jelas mengenai perkara ini. Sekiranya selepas laporan dibuat dan pihak yang melaporkan tidak berpuashati dengan tindakan pihak berkuasa agama, maka pihak ini boleh membuat aduan kepada hakim di bawah seksyen 72 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor 2003. Hakim berhak untuk mengarahakan pihak berkuasa agama untuk manjalankan siasatan dan mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah untuk memanggil tertuduh. Bukan itu sahaja, seksyen 72 (b) memberikan kuasa kepada hakim untuk membicarakan sesuatu kes dengan berdasarkan pengetahuannya sendiri dengan keterangan yang menyokong bahawa kesalahan telah dilakukan selari dengan bidang kuasa jenayah yang dimiliki hakim di bawah peruntukan seksyen 7 Enakmen yang sama.

Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan perbincangan di atas ialah peruntukan undang-undang sedia ada secara jelas membolehkan prosiding Qazaf dilaksanakan kepada mana-mana individu yang melakukan tuduhan liwat. Kenyataan yang mengatakan bahawa Qazaf merujuk kepada hanya tuduhan zina adalah tidak tepat. Enakmen Jenayah Syariah negeri-negeri memberikan ruang yang fleksibel untuk meluaskan tafsiran Qazaf berdasarkan hukum syarak. Oleh itu, Ketua Pendakwa Syarie hendaklah memberikan perhatian dan pertimbangan terhadap laporan Qazaf yang dibuat dan memulakan prosiding Qazaf sekiranya ia mempunyai asas yang kuat. Hakim juga boleh memainkan peranan yang penting dalam kes Qazaf ini dengan bertindak secara ‘inquisitorial’ dan pro-aktif bagi membicarakan kes yang mempunyai asas dan bukti serta sokongan keterangan yang kukuh. Lebih penting lagi, pindaan undang-undang yang menambah baik peruntukan di dalam enakmen sedia ada perlu dilaksanakan. Ini akan membuka ruang yang lebih luas ke arah penambahbaikan keseluruhan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang dilihat masih mempunyai pelbagai kelemahan dan kekurangan.

Wallahua’lam

Austria passes controversial reforms to Islam law banning foreign funding

Austria passes controversial reforms to Islam law banning foreign funding

Available at: http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/europe/austria/11435388/Austria-passes-controversial-reforms-to-Islam-law-banning-foreign-funding.html

Austria’s parliament has pushed through controversial reforms to the country’s law on Islam, banning foreign sources of funding and requiring imams to speak German. Austria’s parliament adopted legislation on Wednesday amending laws on Muslim organisations to ban foreign sources of FINANCING and require imams to be able to speak German.

The new law aims to promote what conservative Integration Minister Sebastian Kurz called an “Islam of European character”, by muting the influence of foreign Muslim nations and organisations, but giving Austrian Muslims more legal security in practising their faith.
Austria’s previous “law on Islam” dates from 1912, after the annexation of Bosnia-Herzegovina by the Austro-Hungarian empire.
The two-year-old bill passed by parliament on Wednesday predates the recent jihadist violence in France and Denmark, but is designed to “clearly combat” the growing influence of radical Islam, Mr Kurz said.
The new law will be carefully watched by other European countries facing the problem of SPREADING extremism.

Earlier this month French Prime Minister Manuel Valls similarly raised the notion of banning foreign FUNDING of Islamic organisations. Mr Kurz says officials in Germany and Switzerland have also expressed interest in the legislation.
Passage of the law comes amid estimates INDICATING around 200 people from Austria – including women and minors – have gone to Syria and Iraq to join jihadist militias like Islamic Front.

A poll published by the OGM institute on Tuesday found 58 per cent of Austrians feeling radicalisation of the nation’s Muslims was underway.
To combat the rising risk of radical indoctrination of foreign origin, the legislation bans Islamic cultural organisations and imams in Austria from receiving FUNDING from abroad.
It also requires the nearly 450 Muslim organisations in the country to demonstrate a “positive approach towards society and the state” in order to continue receiving official licensing.
Imams will be obliged to be able to speak German under the law – a bid to make their comments more accessible and transparent, while also facilitating the fuller integration of Islam into wider Austrian society.
“We want a future in which increasing numbers of imams have grown up in Austria speaking German, and can in that way serve as positive examples for young Muslims,” Kurz explained ahead of the vote.
The legislation also accords Muslims the right to consult Islamic clerics on the staffs of hospitals, retirement homes, prisons and in the armed forces.

Muslims in Austria will also have the right to halal meals in those institutions as well as in public schools, and will be allowed to skip work on Islamic holidays.
The adopted text scaled back farther-reaching measures contained in an earlier version, including the imposition of an “official” Koran in German that had sparked considerable controversy.
But the legislation has still generated opposition.
Before its adoption Turkey’s leading Muslim cleric, Mehmet Gormez, decried the bill as “a 100-year regression,” arguing no complaints have ever been lodged about the fact that Turkey FUNDS many imams in Austria.
The country’s main Islamic group, the Islamic Religious Authority of Austria, approved the bill despite other organisations denouncing its restrictions as “discrimination” that other religions aren’t saddled with.
Austria’s far-right Freedom Party, meantime, criticised the bill as insufficient in facing a rising threat, and dismissed it as a “placebo.”
Muslims make up roughly 560,000 of Austria’s total population of 8.5 million. Mist Austrian Muslims are of Turkish and Bosnian origin, as well as ethnic Chechens and Iranians.

Regards

FIQH JIHAD ASAS MEMAHAMI KRISIS DI SYRIA

FIQH JIHAD ASAS MEMAHAMI KRISIS DI SYRIA

Zulkifli Hasan

Pendahuluan

Krisis yang berlaku di dunia Islam khususnya di Timur Tengah seperti di Syria, Mesir, Libya, Iraq, dan Palestine termasuk di Xinjiang China begitu menyedihkan umat Islam dan masyarakat dunia umumnya. Berita serangan Israel di Gaza dan diskriminasi terhadap umat Islam di Xinjiang dalam Ramadhan yang mulia ini begitu mengoyak sanubari. Khususnya di Syria, hingga kini, krisis politik dan kemanusiaan berterusan seumpama tiada garisan penamat. Malangnya yang menjadi mangsa utama adalah rakyat awam terutama kanak-kanak, wanita, warga emas serta orang kurang upaya. Kekalutan dan kemuncak kesengsaraan kini berlaku di Syria. Pelbagai liputan media massa yang memaparkan situasi di Syria yang akhirnya menimbulkan kekeliruan. Bagi memahami krisis di Syria ini, penulis mengambil pendekatan bahawa hanya dengan menjadikan fiqh jihad sebagai asas membolehkan kita memahami krisis di Syria dan memastikan sebarang reaksi, persepsi dan tindakbalas adalah berhikmah. Penulis ingin menyarankan dua buah kitab tersohor karangan Sheikh Yusuf al Qaradawi dan Sheikh Said Ramadhan al Buti iaitu Fiqh al Jihad dan Al-Jihad fi al-Islam: Kaifa Tafhamuh? Wa Kaifa Numarisuh? sebagai teks wajib untuk diwacana dan didiskusikan secara meluas bagi memberi kefahaman kepada konsep jihad.

Berbanding dengan siri kebangkitan rakyat di Tunisia dan Mesir, krisis di Syria mendapat liputan dan analisis yang agak berbeza daripada pelbagai pihak. Secara umumnya, terdapat dua teori yang berkaitan dengan krisis di Syria. Golongan pertama berpandangan bahawa jatuhnya rejim Bashar Al-Assad akan mengukuhkan pengaruh Israel di Timur Tengah. Golongan kedua pula mempunyai teori dan pandangan yang berlainan di mana krisis di Syria dianggap sebagai sesuatu yang ’genuine’ dan penentangan terhadap rejim Bashar al Assad adalah suatu tuntutan jihad. ’Dichotomy’ dan dua teori yang bertentangan ini telah menimbulkan kesulitan kepada aktivis dan badan bukan kerajaan yang sedang memperjuangkan nasib dan kehidupan rakyat Syria yang kini menghadapi krisis kemanusiaan yang sangat membimbangkan. Hingga kini dilaporkan bilangan penduduk yang menghadapi krisis kemanusiaan akan mencecah lebih 2.5 juta.

Perkembangan terkini yang berlaku di Iraq juga memberikan satu dimensi baru kepada situasi di Timur Tengah. Sekumpulan pejuang yang dikenali sebagai Islamic State of Iraq and levant (ISIL) juga telah mengisytiharkan pembentukan khilafah apabila berjaya menguasai sebahagian besar kawasan di Iraq dengan menjadikan Abu Bakar al Baghdadi sebagai khalifah abad 21. Kini terdapat beberapa kumpulan yang sedang berjuang dan berjihad menentang kezaliman dan kekufuran seperti yang diketahui dan ini termasuk ISIL, Free Syrian Army (FSA) dan sebagainya. Situasi ini semakin menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam malahan masyarakat umum di seluruh dunia. Oleh itu, pemerhatian secara menyeluruh dan berhati-hati perlu diberikan bagi memahami dan meneliti perkembangan terkini apa yang berlaku di Syria. Asasnya, umat Islam perlu melihat dari aspek taklif atau tanggungjawab membantu rakyat Syria yang kini melalui saat kehidupan yang begitu dhaif, mencabar dan memeritkan dengan serba kekurangan khususnya dari aspek kemanusiaan seperti tempat tinggal, keperluan asas, ubat-ubatan, pendidikan dan juga hak untuk diberikan perhatian dari sudut hak kemanusiaan. Gagasan utama artikel ini merujuk kepada keperluan memahami Fiqh Jihad sebagai asas kepada sebarang reaksi dan tindakbalas serta persepsi terhadap krisis di Syria ini supaya bertepatan dan bersesuaian dengan tuntutan syarak.

Krisis di Syria dan Persoalan

Pandangan yang menganggap rejim Bashar al Assad sebagai pengancam Israel dan kejatuhannya hanya akan mengukuhkan hegemoni Israel di Timur Tengah ini disuarakan oleh ramai penganalisis politik dan jurnalis antarabangsa seperti Robert Fisk termasuk tokoh ulama iaitu Sheikh Imran Hossein. Robert Fisk di dalam artikelnya bertajuk ”Bashar al Assad, Syria, and The Truth About Chemical Weapons” menyuarakan pandangannya mengenai usaha Amerika memburukkan rejim Bashar al Assad dengan hasrat untuk menjatuhkannya melalui tuduhan menggunakan senjata kimia. Ini disokong oleh Professor Michel Chossudovsky di dalam artikel beliau ”Confronting Iran, Protecting Israel: The Real Reason for America’s War on Syria”. Beliau berpandangan bahawa kejatuhan rejim al Assad hanya akan mengakibatkan Syria dapat dikuasai oleh sekutu atau agen Amerika dan Israel dan dengan itu, Hamas dan Hezbollah dapat dihapuskan sekali gus melemahkan Iran yang dianggap musuh dan ancaman kepada mereka. Terdapat juga segelintir ahli akademik tanahair yang cenderung dengan pandangan ini malahan melabelkan pejuang pembebasan Syria ini dengan gelaran ”pemberontak” dan ”pengganas” yang sama sekali bertentangan dengan mauqif ulama muktabar.

Berdasarkan permasalahan di atas, penulis ingin berkongsi pandangan mengenai krisis yang berlaku di Syria dan cuba merungkaikan beberapa persoalan yang kini membelenggu pemikiran sesetengah pihak. Penulis telah merujuk pelbagai sumber makalah, artikel, buku, berita, laporan, jurnal dan sebagainya termasuk menghadiri syarahan ulama tersohor Syria, maklumat sumber pertama sahabat-sahabat di Syria serta penerangan oleh aktivis yang telah masuk ke Syria termasuk buku tulisan Dr. Zulkifli Al Bakri bertajuk ’Krisis Syria dan Mauqif Ulama’ yang menjelaskan pendirian dan pandangan ulama muktabar mengenai krisis di Syria. Berdasarkan sumber-sumber sahih ini, penulis sangat berkeyakinan bahawa krisis di Syria ini adalah sesuatu yang ’genuine’ dan umat Islam bertanggungjawab untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada warga Syria yang memerlukan. Rakyat Syria yang berjihad menentang kezaliman dan kemungkaran diketuai rejim Bashar al Assad ini bukanlah ’pemberontak’ tetapi adalah pejuang pembebasan dan jika gugur dikategorikan sebagai syahid. Bersama-sama dengan rakyat Syria bangun menentang kezaliman, keganasan, ketidakperikemanusiaan dan ketidakadilan adalah suatu tuntutan dan kewajipan umat Islam.

Merungkai Persoalan Krisis di Syria dan Mauqif Ulama

Bagi memahami krisis di Syria ini, perlu juga dilihat terlebih dahulu Syria dari sudut demografi. Syria mendapat kemerdekaan pada 1946 dengan penduduk berjumlah lebih 23 juta. 75% adalah Muslim-sunni tetapi kerajaan Syria dikuasai oleh parti Baath iaitu diwakili minoriti Alawi yang hanya 3-4%. Parti Baath yang minoriti Alawi ini bermazhab Syiah Nusairiah dan berideologi sosialis. Berdasarkan demografi ini, amatlah bermanfaat untuk menelusuri serba sedikit asal usul rejim al Assad di Syria ini. Setelah kemerdekaan Syria telah dipimpin oleh keluarga al Assad. Kemuncak kezaliman rejim al Assad ini telah berlaku pada 1982 di bawah pimpinan Hafiz al Assad (memerintah selama 32 tahun) sewaktu tragedi berdarah di bandar Hamah yang meragut nyawa lebih 40 ribu penduduk, 15 ribu hilang tempat tinggal dan 150 ribu menjadi mangsa pelarian. Bukan itu sahaja, dilaporkan lebih 88 buah masjid dimusnahkan dan infrastruktur awam dihancurkan. Sebegitu ramai ulama dan ilmuan Islam yang dipenjara, diseksa dan dibunuh. Di antara ulama yang menjadi pelarian politik ialah Sheikh Abu Fattah Abdu Ghuddah, Sheikh Said Hawa, Sheikh Muhammad Ali Al Sabuni, Sheikh Muhammad Hashim al Majzub, Sheikh Usamah al Rafie dan ramai lagi.

Bashar al Asad telah mengambil alih pemerintahan daripada Hafiz al Assad pada tahun 2000 setelah Perlembagaan Negara dipinda semata-mata untuk membolehkannya menjadi Presiden yang pada itu belum mencapai umur 40 tahun yang dibenarkan. Beliau meneruskan kekejaman lalu dengan beberapa insiden kemanusiaan seperti peristiwa berdarah Qamisyli pada 2004 dan 2008, peristiwa Hasakah pada 2004 dan peristiwa penjara Soydana. Tragedi 2011 hingga hari ini adalah yang paling trajis di mana telah meragut nyawa ratusan ribu rakyat Syria yang majoritinya adalah Muslim-sunni. Ini disahkan oleh Utusan Khas PBB dan Liga Arab, Lakhdar Brahimi. Malahan kekejaman rejim Bashar al Assad juga telah meranapkan pelbagai kesan sejarah penting Islam seperti Maktabah al Khanji yang dianggap antara perpustakaan tertua dunia yang mempunyai koleksi berharga yang tidak ternilai. Melalui fakta-fakta ini, sudah jelas lagi bersuluh betapa tidak logiknya sebarang pandangan yang menyokong rejim Bashar al Assad atas apa sahaja alasan. Malahan melabelkan rakyat yang menuntut keadilan dengan gelaran pemberontak atau pengganas adalah suatu perkara yang amat dikesalkan.

Selain itu, adalah amat penting juga untuk mengenali Alawi atau Shiah Nusairiah yang pengikutnya menguasai kerajaan Syria. Shiah Nusairiah di Syria ini mempunyai hubungan amat rapat dengan Iran dan Hizbullah. Ini kerana terdapat segelintir umat Islam termasuk di Malaysia yang tidak mempunyai gambaran sebenar malahan memberikan sokongan kepada rejim Bashar al Assad dan menganggap Iran serta Hizbullah sebagai pembela agama dan memberi ancaman kepada Israel. Dilaporkan juga Iran telah membekalkan pelbagai jenis senjata kepada Syria. Ayatullah Ali Khomeini pernah mengeluarkan fatwa bahawa wajib rakyat Iran mempertahankan rejim al Assad. Dalam hal ini, kita perlu merujuk kepada pandangan dan fakta-fakta mengenai shiah Nusairiah ini. Sebenarnya, terlalu ramai ulama muktabar telah terlebih awal memberikan fatwa mengenai kesesatan Syiah Nusairiah. Ibn Taimiyah, Ibnu Kathir, al Zahabi, Sheikh Abdul Aziz Baz dan Sheikh Ali al Sabuni secara jelas memfatwakan shiah nusairiah sebagai sesat. Sheikh Gharib al Sirjani mengatakan bahawa kesesatan shiah Nusairiah ini adalah berasaskan ijma. Oleh itu, sebarang pandangan yang menyokong rejim Bashar al Assad yang juga shiah Nusairiah ini adalah dianggap perkara mungkar dan menyesatkan.

Bagi mengukuhkan pandangan betapa rejim Bashar al Assad ini perlu ditentang dan dijatuhkan, penulis ingin merujuk kepada beberapa pendirian ulama muktabar kontemporari seperti yang dinukilkan di dalam buku ’Krisis Syria dan Mauqif Ulama”. Sheikh Abdul Aziz Baz pada 1982 berfatwa bahawa wajib memberi bantuan kepada umat Islam yang dizalimi oleh rejim Al Assad. Sheikh Yusuf al Qaradhawi dengan tegas menyatakan bahawa wajib bagi rakyat Syria untuk bangkit menentang rejim al Assad malahan menggesa jemaah haji berdoa untuk kehancurannya. Sheikh Ali al sabuni yang baru-baru ini berada di Malaysia dengan tegas menggesa umat Islam untuk memberikan bantuan sewajarnya bagi meringankan kesengsaraan rakyat Syria. Ramai lagi ulama tersohor seperti Sheikh Soleh al Luhaidan, Sheikh Muhammad Hasan, Sheikh Aidh al Qarni, Sheikh Muhammad al Irifi, Sheikh Ahmad Qattan dan Sheikh Wahbah al Zuhaili memberikan pandangan yang sama di mana menyeru umat Islam untuk membantu rakyat Syria.

Pandangan dan pendirian ulama muktabar mengenai kewajipan membantu rakyat Syria ini disahkan dan disokong oleh Resolusi Muktamar Syria di Istanbul iaitu persidangan para ulama sedunia pada 1-3 Julai 2012. Muktamar ini secara umumnya menegaskan bahawa revolusi rakyat Syria adalah kebangkitan yang hak dan benar dan adalah menjadi kewajipan semua umat Islam untuk membantu rakyat Syria dan menjatuhkan rejim Bashar al Assad. Muktamar ini merayu agar semua negara Islam di bawah pertubuhan OIC serta negara-negara lain untuk memberikan bantuan kemanusiaan termasuk membekalkan persenjataan. Informasi dan maklumat mengenai resolusi muktamar seperti ini dan bukti-bukti kezaliman rejim Bashar al Assad mungkin tidak sampai atau lambat diperolehi oleh umat Islam dan ini menyebabkan ada yang mempersoalkan tindakan rakyat Syria bangun menentang kerajaan Syria. Ini bukanlah sesuatu yang asing kerana rejim Bashar al Asad seringkali cuba untuk menyembunyikan keganasan mereka. Umpamanya telah ramai wartawan yang telah terkorban semasa membuat liputan di Syria seperti Mika Yamamoto, jurnalis Jepun yang sangat aktif melaporkan kebenaran krisis di Syria.

Fiqh Jihad: Jihad Misi Kemanusiaan Mengatasi Jihad Mengangkat Senjata

Fiqh jihad adalah terlalu luas untuk dibicarakan di sini. Umat Islam dinasihatkan untuk memahami fiqh jihad melalui penguasaan ilmu pengetahuan. Kerangka fiqh jihad itu perlu disesuaikan dengan fiqh waqi dan awlawiyah serta mengambil perhatian dari sudut mafsadah dan maslahah. Umumnya, jihad ini selalu difahami dengan erti mengangkat senjata sedangkan dalam konteks hari ini, bantuan kemanusiaan juga adalah jihad yang utama. Ini dinyatakan sendiri oleh ramai ulama dunia termasuk ulama tersohor Syria yang berpandangan penglibatan dari aspek kemanusiaan adalah lebih diperlukan berbanding dengan jihad mengangkat senjata. Ini juga bertepatan dengan isu pejuang-pejuang yang berjihad mengangkat senjata tanpa keizinan ibubapa dan yang mereka-mereka yang masih menuntut ilmu dan belum menamatkan pelajaran sepertimana yang diamanahkan. Sekiranya kefahaman fiqh jihad itu mendalam, sudah pasti keutamaan menunaikan amanah yang sepatutnya diaulakan diberikan perhatian.

Menelusuri pelbagai sumber bagi meneliti krisis di Syria menimbulkan persoalan yang sering dimainkan oleh ramai pihak. Keperluan jihad mengangkat senjata adalah antara perkara yang mendapat reaksi ramai. Dalam konteks ini, penulis ingin mengesyorkan selari dengan konsep fiqh awlawiyah berserta dengan nas-nas syarak dan bersesuaian dengan fiqh waqi dalam konteks semasa di Malaysia khususnya bahawasanya keperluan berjihad yang lebih aula dan utama pada waktu ini adalah dari sudut bantuan kemanusiaan. Fiqh Keutamaan dan Fiqh Waqi ini boleh disimpulkan sebagai disiplin ilmu yang merujuk kepada penguasan ilmu dan pemahaman dalam meletakkan sesuatu pada peringkat yang sebenar, sesuai dengan pertimbangan ilmu, keadilan, hukum syarak, akhlaq atau etika, keadaan semasa dan keadaan setempat. Ini adalah amat bersesuaian dengan ruh Islam itu sendiri di mana setiap perkara mesti diletakkan secara adil menurut syariat Islam dengan mengambil kira aspek maslahah dan mafsadah.

Dalam konteks di Syria, Mufti Wilayah Persekutuan, sohibus samahah Dr Zulkifli Muhammad Al Bakri dalam kenyataannya terkini bahkan ramai ulama tersohor dunia termasuk Syria secara jelas mengajak semua umat Islam untuk mengutamakan bantuan kemanusiaan kepada warga Syria yang kini mencecah jutaan dalam kesempitan dan kesusahan. Hingga kini dilaporkan bilangan penduduk yang menghadapi krisis kemanusiaan yang meruncing dengan ketiadaan sumber makanan, air mentah, pakaian asas, perubatan, pendidikan dan sebagainya mencecah lebih 2.5 juta orang. Fakta ini disahkan sendiri oleh ramai aktivis kemanusiaan seperti Malaysia Lifeline Syria yang secara langsung menyampaikan bantuan kepada rakyat Syria. Kehidupan saudara seagama seakidah yang begitu dhaif dan memilukan ini menuntut kita semua untuk mengutamakan misi kemanusiaan ini. Inilh jihad paling utama yang perlu diberikan perhatian oleh umat Islam khususnya Malaysia pada waktu ini. Jihad misi kemanusiaan juga sekaligus dapat menyelesaikan sebarang permasalahan mengenai isu kedudukan rejim al Assad mahupun status perjuangan rakyat Syria yang bangun menuntut keadilan. Jihad misi kemanusiaan ini memfokuskan kepada warga Syria yang sebenarnya perlu dibantu dengan meletakketepikan terus sebarang unsur perbezaan politik, mazhab dan ideologi.

Penutup

Dunia telah menyaksikan kebangkitan rakyat bermula di Tunisia diikuti Mesir, Libya, Syria dan kemungkinan negara-negara Timur Tengah yang lain. Namun, revolusi di Syria yang kini semakin meruncing menimbulkan pelbagai persoalan dan kekeliruan. Malahan persoalan yang lebih besar ialah nasib Syria pasca revolusi. Berbanding dengan revolusi di Tunisia, Mesir dan Libya, krisis di Syria adalah sedikit berlainan kerana ianya melibatkan pelbagai isu geo-politik. Teori menjatuhkan rejim al Assad sebagai tindakan meningkatkan hegemoni dan penguasaan Israel di Timur Tengah juga adalah satu perkara yang tidak mempunyai asas yang kuat. Pendirian atau mauqif ulama muktabar di seluruh dunia mengenai kewajipan umat Islam untuk membantu rakyat Syria mengesahkan bahawa kebangkitan rakyat Syria adalah sesuatu yang hak dan benar. Kezaliman dan keganasan tidakperikemanusiaan tahap luarbiasa rejim Bashar al Assad adalah tindakan yang tidak boleh sama sekali diterima akal. Rejim Bashar al Assad ini mesti dibawa ke muka pengadilan dan dibicarakan di Mahkamah serta segala keganasan dan kezaliman ini didedahkan kepada dunia supaya tragedi kemanusiaan ini dapat memberi pengajaran kepada semua umat manusia.

Krisis yang berlaku di Syria menimbulkan persoalan keperluan bentuk jihad yang digagaskan oleh Islam. Kefahaman jihad yang sering kali didominasikan dengan perjuangan mengangkat senjata adalah sama sekali tidak tepat. Fiqh Jihad itu adalah terlalu luas dan tidak sepatutnya disempitkan dengan elemen peperangan dan pertumpahan darah. Dalam konteks hari ini khususnya umat Islam di Malaysia, jihad utama yang dituntut ialah membantu dengan sedaya upaya menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada warga Syria. Yusuf al Qaradawi dalam bukunya Fiqh Jihad telah menulis ensiklopedia jihad yang sangat komperehensif begitu juga Said Ramadhan al Buti di dalam kitabnya Al-Jihad fi al-Islam: Kaifa Tafhamuh? Wa Kaifa Numarisuh? Juga menjelaskan konsep fiqh jihad ini dengan mendalam dan penuh berhikmah. Umat Islam khususnya di Malaysia disarankan untuk mendiskusikan dan mewacanakan kedua-dua buku ini secara meluas di seluruh Negara bagi menanamkan kefahaman yang ideal dan selari dengan tuntutan syarak serta keperluan umat. Hanya melalui penguasaan ilmulah, umat Islam akan dapat menangani sebarang permasalahan umat dan dalam masa mengembalikan semula kegemilangan Islam. Wallahua’lam.

5 Ramadhan 1435H

Ireland is more faithful to the Quran than Saudi Arabia

The most faithful country in the world to the Qu’aran is Ireland, a report has found.

Available at: https://uk.news.yahoo.com/ireland-more-faithful-qu-aran-saudi-arabia-161843866.html#GElTUDc
While one would reasonably expect a majority Muslim country such as Malaysia or Saudi Arabia to top such a list, Ireland, Denmark and Luxembourg are all rated higher at following the Muslim holy text.

Hossein Askari, a Professor of International Business and International Affairs at George Washington University in the US was one of the two authors of the Islamicity index along with Scheherazade S. Rehman, told the BBC that the paper tracked how countries applied the lessons of the Qu’aran to societal life.

“We looked at whether or not the countries did what they were supposed to do.
“We looked at governance, political and human rights and international relations.”

The findings of the report showed that Ireland, the UK and the US all scored higher than every single member of the Organisation of Islamic Cooperation (OIC).

In fact, the OIC’s highest-ranked member was Malaysia at 33, while Saudi Arabia and Qatar are at 93 and 111, respectively.
Professot Askari says that the reason for the low ranking of Islamic countries is their governance.

There are people who use religion as a tool of power and a tool of legitimacy. They don’t care about the Muslim people. They don’t say you have to go out and learn the Qu’aran.

The teachings of the Qu’aran say that economic prosperity is good for society, but Askari’s report found that prosperity rarely trickles down in Islamic countries.

Regards
Zulkifli Hasan

Saudi ‘cultural vandalism’ of Muslim heritage continues

Saudi ‘cultural vandalism’ of Muslim heritage continues

Hanan Chehata Available at: http://www.middleeasteye.net/culture/saudi-cultural-vandalism-muslim-heritage-continues

Sites associated with the life of prophet Muhammad have been close to the hearts of all Muslims for almost one and a half millennia. Over the centuries, rule over these sites has passed through numerous hands, including the Ummayads, Abassids and Ottomans. They are currently under the control of the Saudi royal family, under the self-appointed title “Custodian of the Two Holy Mosques”. This is not just an honorific title but one of substantive authority. It is the Saudis who control which of the 1.6 billion Muslims worldwide are permitted or denied entry for the annual pilgrimage of Hajj.

Despite this title as custodians, the estimated 3.7 mn internationals that flock to Arabia each year for the annual Muslim pilgrimage of Hajj may be hard pressed to find clear evidence of what is traditionally thought of as guardianship. Instead of preserving and protecting holy sites, which the Saudi authorities themselves call a “sacred trust”, critics say they are guilty of “cultural vandalism” there.

The Washington based Institute for Gulf Affairs estimates that 95% of Mecca’s millennium-old buildings have been demolished in the past two decades. The one-time desert region now has a skyline, not lit by stars, but by gaudy luxury hotels and flashy shopping malls hosting the likes of McDonalds, Starbucks, Baskin Robbins, and several Paris Hilton boutiques.

Pilgrims who have scrimped and saved for a once in a lifetime spiritual journey to the heartland of Islamic history and want, for example, to visit the site of the home of Muhammad’s first wife Khadijah will now find a block of 1,400 public toilets in the place where her home once stood. In place of the mosque of Abu Bakr – the first Caliph of Islam – they will now find a cash point. Cemeteries dating back over 1,000 years have been razed. Mountains have been crushed just to make way for car parks.

Global criticism has been muted to a large degree by fears that challenging the Saudi authorities would lead them to exert their control over the visa process; a risk not many Muslims are willing to take. Saudi Arabia also controls country quotas, i.e. how many pilgrims from each country can be admitted each year, leading to scant criticism at a government level.

Occasionally though there is vocal international condemnation of Saudi’s razing of Islamic heritage sites. In 2003, for example, an ancient Ottoman fortress that once guarded Mecca from attack and which dated back over 200 years was completely demolished only to be replaced with a giant 601 metre Mecca Royal Hotel Clock Tower – the third tallest building in the world. This did not go unnoticed and the Turkish Minister of Culture strongly condemned the destruction of the Ecyad Castle stating “I condemn the pulling down of Ecyad Castle as an act of barbarism.” He said, “Speaking on behalf of the Turkish State and Nation, after such destruction, it seems difficult to consider Saudi Arabia in a friendly light. This is not only disrespect to history, but is also a move to eliminate Turkish culture from their world and history.” However, while it may be the case that there is some sort of nationalistic element behind removing evidence of other cultures from their land, there is certainly much more to it than that.

From a Saudi perspective, the changes are all necessary. Prince Khaled Al-Faisal has dismissed criticisms and defended the developments saying “Of all the countries that have ruled Makkah, Saudi Arabia has undertaken the greatest reforms in the city. The expansion projects are conducted in a modern and sophisticated manner.” The Saudis claim that the multi-billion dollar expansion projects they are working on (including at least $6 bn to expand the Prophet’s mosque in Medina, $21 bn to expand the mosque in Mecca as well as $16.5 bn to modernise the transport system in Mecca) are necessary to accommodate the increasing number of pilgrims who flock to the region every year, and there is certainly some validity to that point. In terms of health and safety alone it is significant that more than two thousand people have been killed in stampedes due to overcrowding in the last couple of decades. Modernisation is clearly called for.

Not even Saudi’s staunchest detractors deny that expansion and development is needed but the expansion could easily be done in a way that also accommodates the preservation of ancient sites. Dr Irfan Al-Alawi, the Executive Director of the Islamic Heritage Research Foundation, a centre dedicated to the preservation of historical sites in Saudi, says “We do not deny that expansion is needed but there are ways they could expand while still preserving the historic sites. They could even move some of the buildings, hotels and so on just a mile further away into the desert area.”

One of the explanations as to why they do not do that is simple economics. The religious tourism industry is substantial with $16.5 bn in revenues in 2012 alone. According to Al-Arabiya, Mecca is one of, if not the most expensive areas of real estate in the world with the price of one square metre able to sell for well over $100,000. A royal suite in one of the Abraj al-Bait hotels can cost over $5,880 for a single night. That is quite a motivation when weighing up economics versus preserving an ancient burial plot or a centuries-old mosque.

There also seems to be a religious agenda behind the façade of modernity and development. Experts like Dr Al-Alawi directly blames the austere brand of “wahabism” that many Saudis adhere to as the motivating factor behind the destruction of historic sites. He argues that it is their fear of people committing shirk – associating anything or anyone with God – that is the driving force behind the destruction. While all Muslims consider shirk a sin, it seems the Saudis are taking their interpretation so far that they are trying to wipe out any place of historical significance that people might potentially attribute holy status to beyond those clearly set out in the Quran.

A prime example is the site where prophet Muhammad is believed to have possibly been born. At one point it was turned into a cattle market, then a library in the 1950s, and the Saudis are now on course to tear that library down, excavate the site and build part of the expanded palace, or Imam’s residence in its place. In fact, almost as if to pre-empt and quell any outrage in advance they have put up a sign at the location stating: “There is no proof that Prophet Muhammad was born in this place, so it is forbidden to make this place specific for praying, supplicating or get blessing.”

Religious figures in Saudi are cementing the status quo by not speaking out and on the contrary supporting expansion despite its impact on heritage sites. A case in point would be Saudi’s Grand Mufti Sheikh Abdul Aziz Bin Abdullah al-Sheikh who has not only commended efforts to expand the mosques but have said that people should thank the government for the expansion projects.

Islamic historians like Dr Irfan Al-Alawi emphasise that international pressure is an important way to halt further destruction. According to him, several times in the past the municipality have changed their plans to demolish one historic structure or another as a result of negative international publicity. He called for people to keep up the momentum of complaining when Islamic heritage sites are at risk.

When asked why people are not doing more to prevent this cultural vandalism, as he calls it, Dr Al Alawi said “Muslims should have reacted to this years ago, but now we have incompetent people who lack the knowledge and experience to comment on the destruction.”

It seems that if any other group was responsible for wiping out 95% of historical sites in a city considered to be as holy as Mecca is to Muslims, there would be widespread international condemnation. Whether it is fear, economics, an austere interpretation of Islamic teachings or anything else motivating this silence, it is already too late for many historically and religiously significant sites and artefacts in Mecca and Medina to be saved.

People are already mockingly referring to Mecca as a new Las Vegas. If Muslims want to retain any of the spiritual and religious integrity of their Islamic heritage sites, they need to start acting now before it really is too late.

Regards
Zulkifli Hasan
P1150849
Masjid al Nabawi